Rabu, 31 Disember 2014

Persediaan Ke Alam Baqa'


Nasihat Kubur:

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)


Bacalah surah almulk setiap hendak tidur d susuli dngn surah assajdah,inshAllah jika ikhlas mengerjakanya kita akan terhindar dri azab kubur...WALLAHU A'LAM.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selasa, 30 Disember 2014

Pemeriksaan Kesihatan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Apabila usia menghampiri '4 series', badan ada rasa tidak selesa bagai ada yang tidak kena. Tetapi bila buat pemeriksaan kesihatan, tiada masalah..sihat walafiat. Alhamdulillah. Cuma badan mungkin letih dengan bermacam kerja seharian yang kita lakukan di pejabat dan di rumah.

Saya mengambil kesempatan melakukan pemeriksaan kesihatan saringan yang diadakan di tempat kerja.


Ada orang takut jumpa doktor, takut tengok jarum, takut makan ubat dan sebagainya. Saya pun rasa seram juga kalau bau hospital.

Oleh itu, saya latih anak-anak saya supaya tidak takut makan ubat. Alhamdulillah, anak-anak saya kalau demam sikit pun, mereka sendiri yang minta hendak makan ubat. Tak demam pun nak juga makan ubat tu. Pulak!

Isnin, 29 Disember 2014

Apakah Bank Draf?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Rumah Lelong # 2.

Seperti yang dijanjikan, saya nak cerita pengalaman membeli bank draf (cek jurubank/banker’s cheque). Jika anda belum baca entri # 1, sila klik sini.

Bank draf ini untuk membayar deposit rumah lelong. Saya pun kali pertama membeli bank draf, tak pernah buat sebelum ini. Dalam kes saya, saya tiada tunai di tangan jadi saya terpaksa keluarkan wang simpanan ASB untuk bayar deposit rumah lelong tu. Sebelum itu, anda kena baca dalam P.O.S, berapa peratus bank minta kita sediakan deposit sama ada 5% atau 10% dari harga reserved rumah lelong.

Apa benda pulak P.O.S tu? Nanti saya cerita ye.

Untuk memudahkan urusan, saya ke cawangan Maybank yang terdekat. Saya isi dua borang, satu borang merah untuk keluarkan ASB dan satu lagi borang permohonan kiriman wang untuk buat bank draf.

Caj sebanyak RM 5.00 dikenakan untuk bank draf tersebut. Pastikan ejaan nama penerima betul, sama ada nama orang atau nama bank. Jangan salah ejaan kerana kalau salah satu huruf pun bank draf itu sudah tidak laku. Pastikan betul-betul dan tanya kepada agen anda.

Kemudian bawalah bank draf itu ke tempat lelongan. Kalau anda menang rumah yang anda bida tu dengan harga reserved, senanglah. Tapi kalau anda terpaksa lawan harga dengan pembida lain, anda kena bersiap sedia dengan tunai untuk membayar beza harga berjaya bida nanti.

Jika anda tidak masuk bida / tidak berjaya bida rumah, anda boleh tukarkan semula bank draf tersebut dan simpan semula wang itu dalam ASB. Sementara hendak cari rumah lelong yang lain, biarkan wang disitu untuk pengiraan dividen ASB akhir tahun nanti. Dan, caj untuk tukar semula bank draf itu dikenakan sebanyak RM 2.00. 

Isi borang ini dahulu

Inilah rupanya Bank Draf (cek jurubank/banker’s cheque)
Nota: Saya tidak berjaya masuk bida rumah lelong tersebut kerana called off (dibatalkan) disaat akhir. Antara sebab called off, mungkin pemilik rumah dah membayar tunggakan rumah tersebut dengan pihak bank. Maka, lelongan tersebut dibatalkan. Tentulah bank akan mengutamakan pemilik rumah kan. Namun saya tidak putus asa. Dan..dan..saya berjaya akhirnya. Alhamdulillah.

Tunggu entri seterusnya :)

Jumaat, 26 Disember 2014

Dugaan Hidup

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Google

Ketika kita sedang sakit, Allah tarik 3 perkara: 

1- Keceriaan wajah kita,
2- Selera makan kita,
3- Dosa kita.

Apabila kita sudah sembuh, Allah hantar 2 benda sahaja:
1- Keceriaan wajah kita,
2- Selera makan kita.

Tapi Allah tidak hantar balik dosa kita. Allahuakbar, sayangnya Allah kepada kita.

Segala musibah atau dugaan hidup adalah menguat keimanan bagi yang sentiasa mengingati Allah kerana kepadaNya sahaja tempat kita memohon pertolongan.

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosaku,
Ampunilah dosa ibu bapa dan mertuaku,
Ampunilah dosa anak-anakku,
Ampunilah dosa keluargaku,
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku,
Ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah,
Tetapkanlah keimanan kami,
Berkatilah usaha kami,
Jauhilah kami dari segala bentuk kejahatan dan fitnah dunia,
Lindungilah kami daripada azab api neraka.

Amin Ya Rabbal A'alamin.


Khamis, 25 Disember 2014

Rempah Masakan Kelantan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Untuk pembelian borong sahaja.

Kepada penggemar nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, laksam dan berbagai lagi masakan Pantai Timur.

Kini anda boleh mendapatkan rempah masakan asli Kelantan daripada kami.

Kepada anda yang mahu belajar membina pasukan dropship sendiri, inilah masanya. Beli dan letak label rempah sendiri. Boleh terus jual secara online atau offline.


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 24 Disember 2014

Kelas Offline Blog Di JB

Kelas offline blog fanpage mula bisnes Johor Bahru.

Pendaftaran dibuka untuk kelas offline blog di Johor Bahru sepanjang bulan Januari 2015.

Kelas ini terbuka untuk suri yang berada di sekitar kawasan Johor Bahru, Ulu Tiram, Kota Tinggi.

Pilih tarikh/hari anda : Jumaat @ Sabtu
Tempat : McD @ KFC sebelah Dataran JB atau McD @ KFC Tiram.
Masa : 2.00-5.00ptg
Yuran : RM 300

* Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.
* Terhad hanya untuk 2 peserta sahaja satu sesi.
Kelas berlangsung secara one to one (personal coaching).


Apa yang anda dapat melalui kelas offline blog ini :

1) Dropship produk makanan sunnah (air zam-zam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi Arab, keropok keping).

2) Bonus 4 ebook ABDR (Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Super Wahm Super Mom, Ebook Mula Bisnes Butik Dan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes).

3) Dapat belajar hasilkan blog bisnes dan boleh mula berjualan.

4) Alumni Akademi Bekerja Di Rumah.

5) Dapat masuk group support kelas secara online.

6) Handout akan diberikan.

7) Dapat jadi Pengurus Online Akademi, berpeluang perkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari RM50-100 untung bersih.

8) Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam.

Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Selasa, 23 Disember 2014

Mari Berusaha Dan Konsisten

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Lagi 8 hari kita akan melangkah ke tahun baru, 2015. Banyak perkara yang telah kita lalui untuk sampai di mana kita berada sekarang, sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. 

Meminjam kata Pn.Masayu Ahmad,
"Kita lihat laman orang subur menghijau, maka kita juga teringin. Sedangkan kita punya laman yang sama. Hanya perlu ada semangat dan kekuatan sahaja. Jika mahu hijau seperti jiran sebelah maka perlulah rajin dua kali ganda."

Saya mengingatkan diri saya sendiri supaya meneruskan apa yang telah saya mulakan, walaupun sebagai hobi atau 'part-time' namun bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa dan usaha untuk menampakkan hasil yang diinginkan. InsyaAllah.

*************************************************

Alhamdulillah, selamat datang peserta baru Disember. Mari kita sama-sama konsisten mengemaskini blog dan belajar berurus niaga secara dropship melalui produk ABDR.
- ebook
- kelas online
- produk dropship

Bergabung dengan kami jemaah ABDR yang menghampiri angka 1000 tidak lama lagi. 3 kategori kelas popular tahun 2014.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun

Ini soalan yang biasa ditanya.

1. Adakah ABDR MLM?
-Kami bukan MLM.
-Kami adalah kumpulan sokongan untuk surirumah yang mahu belajar asas bisnes online.
-Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja kalian berada.
-Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one

2. Bagaimana mahu daftar?
-Boleh lihat keterangan di sini dahulu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
-Pilih kategori kelas, kemudian pilih yuran.

3. Adakah boleh belajar secara berdepan (one to one)
-Iya, memang boleh. Sebelum daftar kenalpasti lokasi dan maklumkan kepada kami lokasi kalian. Kita sudah pun membuat kelas offline sepanjang 2014.

4. Apakah modul yang sesuai untuk saya belajar?
-Selepas kita analisa baru kita tahu modul apa yang sesuai kerana setiap orang tidak sama masalah.
-Ada yang tidak ada asas penulisan dan mahu belajar menulis secara konsisten.
-Ada yang sudah ada kedai online, tetapi mahu belajar menulis untuk membina trafik dan pembaca/pelanggan.
-Ada yang sudah ada website tetapi tidak ada jualan.
-Ada yang sudah ada blog tetapi tidak tahu mahu tulis apa.

5. Apa pilihan kelas popular di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

6. Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
-Selepas faham masalah.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka.
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Peserta boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja anda berada.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Isnin, 22 Disember 2014

Setiap Usahawan Mesti Ada Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Saya terbaca tentang pemasaran melalui blog yang dijangka akan menjadi pilihan pembeli dan penjual akibat pelbagai faktor sekatan di FB. Ada usahawan offline yang mengiklankan produk mereka di blog untuk meluaskan pasaran dan permintaan. Sesuai dengan situasi pembeli / bakal pembeli yang tiada masa keluar membeli-belah. Ramai yang lebih suka membeli secara online dan merujuk Google.

Saya petik ulasan tentang internet marketing pada tahun 2015 daripada Mohd Suhaimy:

Untuk tahun 2015, ini yang saya jangkakan akan berlaku di dalam dunia "pemasaran internet".

1. Email marketing akan terus kekal relevan dan menjadi senjata utama.

2. Facebook marketing - semakin ramai akan "turn off" dan beralih arah..ramai usahawan akan mula mencari alternatif lain setelah berkali-kali dikecewakan oleh facebook (reach fanpage semakin kurang, iklan semakin mahal, syarat makin ketat - tak boleh guna ayat power dan gambar sebelum/selepas dan macam-macam lagi)

3. Disebabkan itu, ramai akan kembali semula kepada Search Engine (SEO), maka blog (a.k.a content marketing) akan semakin menjadi tumpuan.

4. Google adword juga dijangkakan akan kembali mendapat sambutan semula kerana kos iklan google adword kini sudah kembali menjadi lebih murah dan lebih targeted berbanding facebook.

5. Video marketing (youtube) akan mula meriah tetapi dengan style "games yang baru".

6. Retargeting Marketing, tiada perubahan besar.

7. Instagram, pinterest, twitter - status masih lagi KIV .

Oleh itu, saya ingin mengajak semua usahawan menghasilkan blog niaga anda sendiri dengan Akademi Bekerja Di Rumah secara ONLINE. Kami ada barisan guru online yang berkaliber untuk membantu anda.


Ahad, 21 Disember 2014

Dropship Telekung Solat


Kelas membina Blog & Fanpage Borong Telekung Solat khusus bagi anda yang mahu belajar bisnes dropship. 

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Antara keistimewaan Kelas Blog & Fanpage Borong Telekung Solat ini.
1- Ilmu membina blog & fanpage niaga.
2- Blog yang menepati minat pembeli.
3- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah yang berpengalaman dalam bisnes online.
4- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.
5- Yuran RM250 (kelas premium) dan bonus 4 ebook rujukan.



Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Sabtu, 20 Disember 2014

Mula Bisnes Dropship

Sumber: ABDR

Perkongsian Puan N.
Mahu kenal siapa Puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.

Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.

Disebabkan suami sering keluar kawasan dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.

Mahu belajar dropship dan asas bisnes online, hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Jumaat, 19 Disember 2014

Tips suri bekerja dari rumah

Jaga Emosi

1. Ketika anak sedang melalak, pelanggan bertalu-talu tanya order. Bertahan dan bertenang sahaja. Pelanggan tak nampak pun anda tengah cemas kiri dan kanan. Jawab sehabis baik atau tinggal lima minit baru sambung. Bimbang nanti apa yang kita tulis berbaur emosi, pelanggan tak jadi beli.

2. Bersedia dengan apa sahaja risiko. Salah satu risiko biasa, pelanggan mahu esok sampai esok juga, walhal baru tu dia bayar. Sabar juga, jawab dengan baik dengan jujur.

3. Jangan menyalahkan sesiapa. Berusaha memperbaiki keadaan, siapa pun tidak salah, kadangkala ada perkara berlaku diluar kawalan kita. Belajar untuk bersabar dan menangani masalah. Nama pun pengurus rumah tangga dan pengurus online kan, urus sahaja masalah itu dengan baik.

4. Kata kunci di sini, jaga emosi, sabar dan usaha luarbiasa. 

Panduan hebat cabaran bekerja di rumah, kisah benar boleh baca di Ebook Super Wahm Super Mom berharga RM 25.00 sahaja.

Borang Tempahan

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Khamis, 18 Disember 2014

Ruang Iklan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Salah satu kaedah pemasaran dalam perniagaan adalah dengan iklan. Usahawan mengiklankan produk atau perkhidmatan untuk menghebahkan / war-warkan kepada orang ramai. Mungkin ada orang yang memerlukan dan sedang mencari produk atau perkhidmatan tersebut. 

Akademi Bekerja Di Rumah telah melancarkan Soho Directory yang merupakan sebuah blog iklan online bagi usahawan online/offline yang berminat mengiklankan produk atau perkhidmatan secara online.




Pakej Iklan 1

RM50
1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan






Logo iklan SOHO Directory ini membawa iklan produk atau perkhidmatan anda usahawan online/offline di pautan 901 blog yang dibina bersama kami.


Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 17 Disember 2014

Memarahi vs Menerangkan

Anak kecil ditimang-timang, dipeluk dan dicium hampir setiap saat. Lihat sahaja muka bayi, mahu sahaja dipeluk cium. Hilang semua tekanan dan masalah apabila dapat peluk dan cium ahli syurga ini.

Apabila anak semakin besar, 4-5 tahun usianya sudah semakin lincah, pandai meneroka sekeliling. Bedak dijadikan salji, air dilantai dijadikan permainan meluncur. Apabila memegang pen, pensil mula melakar dan menghasilkan karya seni di kertas dan dinding rumah. Mencampurkan semua bahan yang ada di dapur untuk resepi rekaan terbaru dan dimasukkan dalam peti ais untuk lihat hasilnya.

Ini cuma sebahagian kecil penerokaan dan kaji selidik anak-anak. Semakin membesar semakin mencabar. Ada sahaja perkara yang mereka lakukan. Pada mereka ianya satu keseronokan tapi kenapa dimarah pula?

Kasihan anak-anak yang semakin membesar. Hampir setiap perkara baru yang mereka lakukan dimarahi ibu. Peluk cium ibubapa semakin berkurangan. Apa puncanya?.

Apakah ibu dan ayah sudah tidak sayangkan saya? Sudah tentu tidak. Tetapi kenapa saya selalu dimarahi? Apabila bermain dengan adik, adik ambil barang saya, saya yang kena marah. Adik tumpahkan air, saya yang kena lap. Adik sepahkan mainan, saya yang kena kemas.


Mungkin inilah antara keluhan anak-anak yang semakin membesar. Adakala tindakan ibubapa menyebabkan anak berfikir begitu. Setiap perkara yang ditegur perlu diberi penerangan kenapa tidak boleh. Anak-anak akan lebih memahami setiap situasi. Namun bukan sekali dua, anak-anak perlu diterangkan berkali-kali tentang sesuatu perkara untuk mengingatkan mereka.

Memarahi anak adalah perkara yang biasa bagi segelintir ibubapa, namun jangan sampai mencederakan emosi anak-anak. Ini memberi impak tindakan anak-anak apabila berhadapan situasi sama. Ia boleh terbawa-bawa sehingga anak dewasa sekiranya tidak diubah.

Saya teringat pada satu hadis yang dipelajari semasa kursus mendorong pelajar menggunakan Teknik Nabi..

Anas bin Malek melaporkan, pada satu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab dari kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil.

Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaku tersebut. Sebaliknya Nabi Muhammad berkata,"Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja". Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya.

Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya di dalam masjid ini tidak boleh kencing atau membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah, bersembahyang dan membaca Quran". Kemudian Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada pergi mengambil air setimba, lalu disirami kencing itu
Hadis no 186 dalam kitab ringkasan Sahih Muslim.

Sudah ada idea bagaimana untuk menerangkan kepada anak-anak apabila membawa mereka ke masjid?

Baca lagi di blog penulis 

Penulis: Wan Rohani Ismail
Kelas asas blog dan penulisan.

Selasa, 16 Disember 2014

Kurung Moden Chiffon Button

Jika anda minat dengan baju kurung moden, boleh lihat dan tempah di sini. Sms / whatsapp saya 013-2006586. Boleh juga ke page Butik Fesyen Wanita.

Lihat dahulu ukuran badan anda. Ukur betul-betul, nanti ketat atau longgar baju kain tu, akak tak tahu dik. Bila dah tempah tidak boleh tukar / pulangkan balik tau.

Perlu di ingatkan, potongan design ini lebih kecil daripada saiz biasa. Kurung moden ini ada butang sebagai hiasan di bahagian belakang.

















Baju Kurung Moden Chiffon Button
Harga : RM 150
Free PosLaju
Stok tersedia size XS, S, M, L

Code:Chiffon Modern Button Design
Color: Dark Brown
Top: Round Neck
Material: Chiffon Full Lining
Waist: Elasticized  & Zip
Bottom: Mermaid 8 Cut
**Size: Please be advised, this design is fit slim and smaller than normal cutting.










Baju Kurung Moden Chiffon Button
Harga : RM 150
Free PosLaju
Stok tersedia size XS, S, M, L

Code:Chiffon Modern Button Design
Color: Yellow Green
Top: Round Neck
Material: Chiffon Full Lining
Waist: Elasticized  & Zip
Bottom: Mermaid 8 Cut
**Size: Please be advised, this design is fit slim and smaller than normal cutting.



















Baju Kurung Moden Chiffon Button
Harga : RM 150
Free PosLaju
Stok tersedia size S, L

Code:Chiffon Modern Button Design
Color: Maroon
Top: Round Neck
Material: Chiffon Full Lining
Waist: Elasticized  & Zip
Bottom: Mermaid 8 Cut
**Size: Please be advised, this design is fit slim and smaller than normal cutting.



Isnin, 15 Disember 2014

Mengira Detik Tahun Baru

Jemaah kami di Akademi Bekerja Di Rumah menghampiri 1000 blog tidak lama lagi. Kategori kelas popular tahun 2014 :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun

Ini soalan yang biasa ditanya tentang ABDR.

1. Adakah ABDR MLM?
-Kami bukan MLM.
-Kami adalah kumpulan sokongan untuk surirumah yang mahu belajar asas bisnes online.
-Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja anda berada.
-Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one.

2. Bagaimana mahu daftar/menyertai ABDR?
-Boleh lihat keterangan di sini dahulu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
-Pilih kategori kelas, kemudian pilih yuran.
-Selepas pilih yuran pilih guru mana pula. ABDR ada 10 guru online yang bertugas.
-Anda boleh menghubungi saya sebagai pemudahcara untuk pertanyaan dan pendaftaran. Sms/whatsapp 013-2006586.

3. Adakah boleh belajar secara berdepan (one to one)
-Iya, memang boleh. Sebelum daftar kenalpasti lokasi dan maklumkan kepada kami lokasi kalian. Kita sudah pun membuat kelas offline sepanjang 2014.

4. Apakah modul yang sesuai untuk saya belajar?
-Selepas kita analisa baru kita tahu modul apa yang sesuai kerana setiap orang tidak sama masalah.
-Ada yang tidak ada asas penulisan dan mahu belajar menulis secara konsisten.
-Ada yang sudah ada kedai online, tetapi mahu belajar menulis untuk membina trafik dan pembaca/pelanggan.
-Ada yang sudah ada website tetapi tidak ada jualan.
-Ada yang sudah ada blog tetapi tidak tahu mahu tulis apa.

5. Apa pilihan kelas popular di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

6. Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
-Selepas faham masalah.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR. Terdapat dua logo pada blog mereka..macam blog saya :)
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Peserta boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja anda berada.



Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Ahad, 14 Disember 2014

Fish Tail Jubah Moden

Jika anda minat dengan fesyen fish tail, yang ini dalam koleksi jubah moden. Boleh lihat dan tempah di sini. Sms / whatsapp saya 013-2006586. Boleh juga ke page Butik Fesyen Wanita.

Lihat dahulu ukuran badan anda. Ukur betul-betul, nanti ketat atau longgar baju kain tu, akak tak tahu dik. Bila dah tempah tidak boleh tukar / pulangkan balik tau.





Fish Tail Jubah Modern
Harga : RM 130
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS, S, M

Color: Dark Grey
Top: Round Neck
Material: Premium Lycra (not slim fit)
Waist: Elasticized & No Zip
Bottom: Princess Cut
* Top and Bottom did not attach




Fish Tail Jubah Modern
Harga : RM 130
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS, XL

Color: Dark Purple
Top: Round Neck
Material: Premium Lycra (not slim fit)
Waist: Elasticized & No Zip
Bottom: Princess Cut
* Top and Bottom did not attach









Fish Tail Jubah Modern

Harga : RM 130
Free PosLaju
Stok tersedia saiz L, XL

Color: Brown Flowery 
Top: Round Neck
Material: Premium Lycra (not slim fit)
Waist: Elasticized & No Zip
Bottom: Princess Cut
* Top and Bottom did not attach









Fish Tail Jubah Modern
Harga : RM 130
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS, S, XL

Color: Black 
Top: Round Neck
Material: Premium Lycra (not slim fit)
Waist: Elasticized & No Zip
Bottom: Princess Cut
* Top and Bottom did not attach

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...