Khamis, 1 Mei 2014

Pucuk Ubi Kayu

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Anda suka makan pucuk ubi kayu? Tak suka? Pahit? Tak pe, ubat memang pahit :). Saya suka pucuk ubi kayu ini sama ada di masak lemak, sambal daun kayu atau di makan begitu sahaja cicah sambal belacan. Jadi saya hendak ceritakan bagaimana mahu jadikan pucuk ubi kayu rebus itu tak terasa pahit sangat. Terima kasih kepada kakak ipar tersayang Nor Azila bt Che Hassan kerana memberitahu petua ini yang diperolehi dari rakan seberang.

1. Pilih pucuk ubi kayu dari batang pokok yang berwarna hijau. Kalau batang merah, manisnya turun ke ubi. Jadi rasa daun agak pahit.

2. Semasa merebus pucuk ubi kayu, letak sedikit garam dan ajinomoto dalam air rebusan. Apabila mendidih masukkan daun. Rebus hingga lembut dan toskan. Siap untuk di makan begitu sahaja.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...