Isnin, 12 Mei 2014

Belajar Asas Blog

Kenapa Perlu Ke Kelas Blog?

Memang senang je nak buat blog. Semua orang pun boleh buat. Tak pun, cari je di internet. Buat apa nak masuk kelas, boleh buat sendiri je. Takkan nak buat blog pun kena masuk kelas? Kena bayar pulak tu. Mahal. Baik buat sendiri. Senang je.

Itu yang selalu kita dengar. Saya pun pernah tergolong dalam golongan yang berfikiran begitu. Nak buat sendiri kononnya, kesudahannya tak ke mana-mana.

Hilang fokus, dah mula tapi tak tahu arah tuju.

Bila muhasabah balik, sebenarnya tak pandai pun. Lepas tu putus asa. Blog pun tergantung begitu saja.

Memang, namanya kelas asas blog. Online pulak tu kelasnya.

Banyak soalan kan?

Macam mana kelas dijalankan, siapa yang mengajar, buat apa ke kelas untuk tulis blog sedangkan ada orang dah kaya dengan blog buat sendiri je, internet tak ada, apa yang online-online ni semua?

Begini.

Kelas Online 

Maksudnya, kelas dijalankan dalam talian. Hanya perlu ada gajet dengan sambungan internet. PC atau telefon pintar atau tablet, terpulang anda. Masa kelas fleksibel. Kelas dijalankan melalui Facebook. Anda akan dipandu dengan tugasan demi tugasan (atau langkah demi langkah) oleh guru online yang anda pilih. Tiada tempoh masa nak siapkan setiap tugasan, terpulang kepada keselesaan anda hingga sempurna blog yang dimulakan. Tiada paksaan untuk siapkan dalam tempoh tertentu.

Guru Online

Adalah blogger yang dah biasa menulis blog dan menjana pendapatan dari blog mereka. Ditambah lagi ilmu daripada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR), Puan Masayu Ahmad. Anda akan dibimbing untuk menggunakan blog sebagai platform menjana wang juga selain dididik cara menulis entri yang berpengaruh dan berkesan.

Jaringan Bisnes

Bagi yang membina blog untuk bisnes, anda akan dapat meluaskan jaringan pasaran bisnes anda. ABDR bergabung daripada 700 blog yang akan membantu meluaskan sasaran pelanggan, yang sama-sama mengiklan bisnes alumni.

Kenapa perlu belajar sedangkan sumber boleh dicari melalui internet sahaja?Sebenarnya tidak sama belajar bersama guru dengan belajar tanpa guru. Guru dapat membimbing kita dan boleh bertanya soalan yang tidak difahami melalui komunikasi dua hala. Sedangkan tanpa guru, kita hanya menerima sahaja buruk baiknya.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah bagi suri bekerjaya atau suri di rumah yang mahu keluar dari zon anda berada sekarang untuk belajar bisnes atau meluaskan jaringan pasaran bisnes anda.

Pengarang : Masayu Ahmad
Harga : RM 50.00

Ebook ini adalah ebook rujukan wajib baca bagi yang ingin menyertai kelas Akademi Bekerja Di Rumah. Baca dan khatam.

Bagi anda yang ingin mempelajari asas membina blog, boleh membeli dengan harga RM50 dan bayar di sini: 
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

ATAU

Hubungi saya untuk menyertai kelas online yang lain di ABDR. Pendaftaran adalah setiap hari.

Pengurus Online
sms/whatsapp (013-2006586)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...