Ahad, 29 Jun 2014

Baju Kurung Pahang Sulam

Design : Baju Kurung Pahang Sulam Manik, kain susun tepi
Material : Cotton / Kain Kapas
Harga : RM 170
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS36, S38, M40, L42, XL44 dan XXL46

Terdapat dalam pilihan warna:-
  • Purple
  • Grey
  • Merah Bata
  • Maroon
  • Merah Delima
  • Pink
  • Biru (Electric Blue)
  • Kuning Telur (warna terbaru)
  • Green Turquoise (warna terbaru)
  • Red 100%
  • Pink Berry (warna terbaru)
  • Black 

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Purple 002

Grey 002

Merah Bata

Maroon

Merah Delima

Pink

Electric Blue

WARNA TERBARU!
Kuning Telur
Green Turquoise
Red

Pink Berry

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Cara Mandi Hadas Yang Sempurna Dan Mudah

Sumber : ilmudanulamak
 
Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang berminat nak jadi agen atau ingin beli secara borong dalam projek duit raya, boleh daftar melalui saya.
 
* pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka
* stok sedia ada (serunding, kurma/kekacang dan rempah nasi Arab)
* sasaran puasa, raya, rumah terbuka, tahun ni, tahun depan dan setiap masa.
* boleh juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kami siapkan terus jadual penghantaran.

Hubungi saya,
SMS/whatsapp: 013-2006586

Khamis, 26 Jun 2014

Mini Kurung Moden Double Lace

Design : Baju Kurung Sulam French Lace, Kain Potongan Princess Cut
Material : Soft Lycra
Harga : RM 180
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS - XL

Pilihan 9 warna menarik:
  • Red
  • Green
  • Grey
  • Peach 
  • Baby Pink
  • Black
  • Blue
  • Purple
  • Brown


Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Double Lace - Red

Double Lace - Green

Double Lace - Grey


Double Lace - Peach

Double Lace - Baby Pink


Double Lace - Black

Double Lace - Blue

Double Lace - Purple

Double Lace - Brown
Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Kelas Online

Semua kelas di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), belum ada lagi tarikh tutup dan pendaftaran kelas sentiasa terbuka.
 
Antara kelas-kelas yang dijalankan adalah:
- Kelas asas blog dan penulisan
- Kelas asas blog fanpage dan mula bisnes
- Kelas beriklan mudah.my
- Kelas penulisan ebook pertama
- Kelas penulisan kreatif
- Kelas telekung solat borong dan runcit
- Kelas asas wordpress
- Kelas mula bisnes makanan sunnah
- Kelas mula bisnes projek raya
- Kelas akaun online/offline
- Tempahan blog bisnes 5 hari siap.
- Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
 
Pendaftaran pengurus online / rakan niaga ABDR.
Baca lebih banyak ulusan dan keterangan kelas di sini, http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com.
 
Anda telah bersedia, sila hubungi saya di talian sms / whatsapp 013-2006586 ataupun email ruslindajalil@gmail.com

Baju Kurung Chiffon V

Design : Baju Kurung Moden/Fish Tale, Kain Potongan Princess Cut
Material : Chiffon Full Lining
RM 180
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS36, S38, M40

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Kuning Jagung

Orange

Turquise


Purple
Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)


Rabu, 25 Jun 2014

Tips Menghalang Kecurian

Sumber: Perkongsian FB
 
Sekadar peringatan buat semua.
 
Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.
Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari negara seberang yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.
Tips menghalang kecurian.
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan alarm untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat nombor motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).
 
Kredit kepada Kakinovel.

Baju Kurung Moden Bunga 3D

Sesuai digayakan untuk ke majlis-majlis dan keramaian.

Design : Baju Kurung Moden, Kain Princess Cut 
Material : Soft Lycra
Harga : RM 160
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS36, S38, M40, L42, XL44 dan XXL46

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com


Bunga Turquise

Bunga Kuning Biru

Bunga Belacan

Bunga Merah Hitam
Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)


Baju Kurung Chiffon Diamond

Design Baju : Baju Kurung Moden, zip belakang
Design Kain : Kain duyung, getah kiri kanan pinggang
Material : Chiffon Full Lining
Harga : RM 200
Free PosLaju
Stok tersedia saiz S - XXXL



Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586

Diamond Black

Diamond Blue

Diamond Dark Brown

Diamond Orange
Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Selasa, 24 Jun 2014

Ego Centric

Sumber : Perkongsian FB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Satu soalan telah diajukan; degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?

**********************
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.


Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun ke atas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam di minda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jangka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu, bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuatu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas dan dipukul. Kelak yang akan masuk ke unconscious mindanya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. Pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENTIASA, SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.

Salam kasih - Credit to Prof Dr Rozieta Shaary

Baju Kurung Pahang Rose 3D

Design : Baju Kurung Pahang, Sulam Rose Chiffon 
Material : Soft Cotton / Kain Kapas
Harga : RM 160
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS36, S38, M40, L42, XL44 dan XXL46

Terdapat dalam 7 warna menawan:
  • HIJAU DAUN
  • BLACK
  • WHITE
  • TURQUISE 
  • GREENY   SOLD OUT
  • CREAM 
  • GREY    SOLD OUT

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586

HIJAU DAUN

BLACK

WHITE

TURQUISE - XS, S DAN XXL SAHAJA

GREENY - SOLD OUT

CREAM - XS DAN S SAHAJA

GREY - SOLD OUT

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Baju Kurung Pahang Cleopatra

Design : Baju Kurung Pahang Sulam Manik
Material : Soft Cotton / Kain Kapas
Harga : RM 170
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS36, S38, M40, L42, XL44 dan XXL46



Coklat - XS, S, M dan L SAHAJA

Royal Blue- SOLD OUT
Perang Kemerahan - M dan L SAHAJA

Keemasan (Gold) - XS, S dan M SAHAJA


Ungu (Purple II) - XS dan S SAHAJA
Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Sabtu, 21 Jun 2014

Baju Kurung Duyung

Serlahkan gaya diri anda dengan baju kurung sempena Hari Raya yang bakal tiba. Di antara fesyen yang sesuai untuk menyambut lebaran nanti. Sesuai juga untuk digayakan dalam majlis dan keramaian.

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
atau pm di FB

Baju Kurung Duyung
Design : Fish Tale, Kain Duyung
Material : Chiffon Full Lining
Harga : RM 200
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS - XL

...Lebih Moden, Lebih Simple, Lebih Eksklusif...



Elektric Blue + Baby Pink

 Apple Green + Orange Salmon

 Red Maroon + Greeny Blue

Pastel Pink + Pastel Green


Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...