Rabu, 23 Julai 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR

Bagi anda yang masih tercari-cari idea untuk menjalankan bisnes, ebook ini akan menjadi pencetus untuk diri anda. Sebenarnya terdapat banyak idea untuk menjalankan bisnes bergantung kepada kebolehan seseorang individu mengadaptasi masalah yang terdapat dipersekitarannya.

Di dalam ebook ini terdapat 101 cadangan bisnes produk dan perkhidmatan dalam aspek keperluan seharian dari segi pakaian, perhiasan, makanan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan. Senarai bisnes ini boleh dijalankan secara kecil-kecilan dan dikembangkan menjadi sebuah bisnes yang lebih besar. Bagi bisnes yang baru bermula boleh beroperasi dari rumah (SOHO) untuk menikmati gaya hidup bekerja dan matlamat untuk keluarga.

Secara asasnya sesuatu bisnes mesti berlandaskan kepada permintaan/keperluan dan minat/kepakaran. Tanpa perancangan, penyelidikan dan disiplin sesuatu bisnes tidak akan berpanjangan. Oleh itu kita perlu tahu tentang strategi pemasaran, periklanan dan jualan. Usahawan juga memerlukan motivasi dan tip untuk kekal produktif bekerja. Kita perlu belajar daripada perkongsian pengalaman usahawan SOHO untuk memahami dunia bisnes.

Sebagai seorang Muslim, model usahawan yang mesti dicontohi dalam menjalankan bisnes adalah Nabi Muhamad SAW dan Siti Khadijah kerana baginda dan isteri menjalankan bisnes untuk bekerja dan beramal.

Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut dan mahu mula bisnes, boleh membeli ebook ini dengan menghubungi saya :-

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
FB https://www.facebook.com/ruslindajalil

Jumpa lagi :)

Ahad, 20 Julai 2014

Bisnes Di Hujung Jari.

Teks : Ruslinda Abdul Jalil
Gambar : Perkongsian FB

Terasa cepat masa berlalu, bagaikan baru semalam bermula puasa rupanya sudah hari ke 22 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Terasa lebih cepat apabila mengejar malam penuh keberkatan iaitu LailatulQadar. Bertuahkah nanti? Berusaha dan berdoalah kepada Allah SWT agar diperkenankan.

Peredaran zaman bergerak sangat pantas. Malahan bisnes yang dulu dijalankan secara tradisional boleh bertukar kepada bisnes di hujung jari sahaja. Nak makan, cuma klik dan hidangan sampai ke rumah dalam tempoh masa yang singkat. Nak baju, cuma klik dan  pakaian dipos ke pintu rumah dalam 2-3 hari. Nak ketupat untuk jamuan raya, cuma klik dan bungkusan akan dipos terus kepada anda tapi kena rebus sendiri la :)

Bagaimana cara untuk memasarkan bisnes anda? Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang seperti Facebook, blog, fanpage, web, twitter dan sebagainya.

Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti, saya pasti ramai yang sudah cuba menghasilkan blog sendiri tapi masih belum berjaya.

Mudah sahaja. Sertai kelas online blog yang kami anjurkan. Masa belajar sangat fleksibel dan sesuai untuk rutin harian anda yang sentiasa sibuk. Tiada limit masa untuk belajar. Belajar dan terus buat blog bisnes yang anda mahukan.

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu anda?
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus Ebook Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar.

Cuma perlu KOMITMEN, KESUNGGUHAN, FOKUS & KONSISTEN.

Anda mahu memulakan bisnes tetapi tiada produk untuk dipasarkan? Jangan bimbang kami di ABDR ada produk fizikal dan servis. Promosikan sahaja.

Atau sertai agen dropship kami, 2 dalam 1.

- dropship makanan sunnah & projek raya / selepas raya
- dropship makanan sunnah & borong runcit telekung solat
- dropship makanan sunnah & produk islamik

Berminat untuk menjana pendapatan tambahan bersama kami? Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
FB https://www.facebook.com/ruslindajalil

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR


Setelah membaca Ebook Belajar Asas Blog ini, saya mendapat ilmu tentang fungsi dan kepentingan blog.

Semua orang boleh membina blog sendiri melalui carian internet tanpa bantuan guru / mentor. Tetapi banyak yang 'bersawang' kerana kurang pengisian maklumat berguna kepada orang lain. 

Renungkan semula tujuan blog diwujudkan. Blog bukan sekadar menulis tetapi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran yang memberi pengajaran / kesan positif kepada pembaca. Blog juga boleh digunakan untuk mengingatkan dalam perkara kebaikan. Di samping itu, blog dapat menjana wang melalui periklanan menjual produk atau menjual informasi.

Blog juga digunakan sebagai penjenamaan diri / produk untuk membina keyakinan pembaca / pelanggan supaya membeli atau membaca tulisan kita. Blog yang berpengaruh, berinformasi dan santai akan menarik pembaca / pelanggan untuk datang kembali.

Selain itu penggunaan tatabahasa dan menulis dengan perkataan yang betul tetapi santai juga penting supaya pembaca seronok membaca dan faham apa yang anda sampaikan. Tidak semua orang faham maksud bahasa rojak atau singkatan perkataan yang digunakan.

Blog juga sebagai medium pemasaran / ruang jualan / promosi produk atau informasi. Sekiranya kita menjalankan bisnes online, maklumat tentang produk perlu diterangkan untuk memudahkan pelanggan atau bakal pelanggan membuat rujukan. Manakala fanpage di facebook digunakan untuk mempromosikan produk atau informasi kepada golongan sasaran.

Di dalam ebook ini juga diajar cara mengembangkan penulisan entri di blog untuk disusun bagi menghasilkan ebook anda sendiri. Apabila sudah mantap pengisian blog, bolehlah di sunting menjadi ebook dan menjual ebook anda pula!.

Jika anda mahu membeli ebook ini, jangan segan hubungi saya. Atau dapatkan ebook ini secara percuma dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah atau mana-mana kelas online berikut:-


1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho offline / online
7. Tempahan blog bisnes / blog penulisan - siap 5 hari
8. Beriklan bersama ABDR di SohoDirectory
9. Kelas blog borong telekung solat
10. Kelas penulisan ebook premium
11. Pendaftaran seminar
12. Kelas bisnes makanan sunnah
13. Kelas bisnes projek raya/selepas raya

Pengurus Online
sms/whatsapp: 013-2006586

Jumpa lagi :)

Jumaat, 18 Julai 2014

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Sumber : Perkongsian FB
Gambar : Google


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Nanti mudah mendapat sakit pada hati.

Kredit kepada Legacy Secret Trading


*******************************

Sebarkan kebaikan makanan sunnah ini.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah sebagai agen dropship:

- makanan sunnah & borong runcit telekung solat
- makanan sunah & projek duit raya / selepas raya
- makanan sunnah & produk islamik

Hubungi saya,
Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp: 013-2006586
FB ruslindajalil

Baju Kurung Chiffon 2 Tone

Design Baju : Baju Kurung Peplum, Kain Potongan Princess Cut
Material : Chiffon Full Lining
Harga : RM 170 RM 150
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS34 - XXL44



Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Khamis, 17 Julai 2014

Apakah Dropship?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Google

Ada kenalan yang bertanya, "Apa yang kau buat ni, apa benda dropship ni bagai". Bagi yang belum memahami dropship, mari saya terangkan.

Dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Cuba tengok gambarajah ini, mungkin anda lebih faham.
cartaDROPSHIP


Antara kelebihan menyertai dropship:-

1) Boleh pilih produk yang ingin dijual samada produk fizikal, produk digital atau servis / perkhidmatan.

2) Bisnes di hujung jari secara online tanpa keluar rumah.

3) Boleh menjalankan bisnes dropship secara sambilan / sepenuh masa.

4) Boleh mempamer dan menggunakan foto produk dan keterangan dari pembekal tentang produk tersebut di blog, FB, fanpage, twitter dan sebagainya.

5) Tidak perlu menyimpan membeli atau menyimpan stok produk (tanpa modal).

6) Masa berurusan jual beli yang fleksibel.

7) Tidak perlu membuat pembungkusan / penghantaran kepada pelanggan.

8) Lakukan promosi dan jualan = komisen.


Bagi yang betul-betul berminat untuk menjalankan bisnes dropship seperti ini, boleh sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), sambil menambah ilmu mempelajari dunia blog untuk pemasaran, bolehlah pilih mana-mana satu berikut :
1. Bisnes makanan sunnah + borong runcit telekung solat
2. Bisnes makanan sunnah + projek raya / selepas raya
3. Bisnes makanan sunnah + produk islamik

Dengan menyertai ABDR anda dapat 2 dalam 1, dapat income dan ilmu!.

Hubungi saya,
sms/whatsapp: 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Selasa, 15 Julai 2014

Dropship Makanan Sunnah

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Google

Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan. Manakala sebaik-baik amalan adalah mengikut gaya hidup dan panduan kesihatan yang sudah pun dicatatkan dalam Al-Quran dan amalan yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w.

Makanan sunnah kini sudah menjadi pilihan ramai yang beralih kepada makanan sunnah untuk menjaga kesihatan rohani dan fizikal. Ia merupakan produk permintaan sepanjang tahun.

Pakej dropship makanan sunnah ABDR terdiri daripada minyak zaitun, cuka epal, cuka kurma, madu, jus delima, zafaran air zam zam, kapsul habbatus sauda, buah tin dan buah kurma terpilih.

Contohnya, cuka kurma sangat bagus untuk membuang toksin dan merendahkan kolesterol badan. Juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.



Mari sertai dropship ABDR makanan sunnah + produk islamikSiapa yang berminat boleh mendaftar sekarang, mula belajar dan terus jual.

Antara kelebihan menyertai kelas dropship ABDR :-

1) Tidak perlu uruskan penghantaran dan pengeposan pada pelanggan.
2) Kami yang akan uruskan penghantaran.
3) Hanya perlu mula berjualan dan ambil komisen. 
4) Produk yang disediakan adalah permintaan sepanjang tahun.
5) Dapat belajar buat blog dan fanpage khas untuk produk.
6) Boleh terus mula promosi dan jual.
7) Pasukan sokongan ABDR.

Hubungi saya,
Pengurus Online
sms/whatsapp: 013-2006586

Selain itu, kelas bisnes dropship ABDR yang lain:-
- makanan sunnah & borong runcit telekung solat
- makanan sunah & projek duit raya / selepas raya
- makanan sunnah & produk islamik

Baju Kurung Moden

Design Baju : Baju Kurung Moden, Kain Potongan Princess Cut
Material : Chiffon Full Lining
Harga : RM 170
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS - XXL




Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Ahad, 13 Julai 2014

Bisnes Dropship

Bagi yang tiada produk, mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan.

Rakan Niaga di Akademi Bekerja Di Rumah juga adalah satu bisnes dropship dan produk kami adalah produk digital dan servis. 

Apa yang menarik, sebagai rakan niaga anda akan dapat belajar menghasilkan blog kedai sendiri untuk mempromosi produk-produk akademi ini. Jika ada produk sendiri boleh juga promosikan di blog ini. Jadi ia adalah 2 dalam 1.

Siapa yang sesuai untuk bisnes ini?

  • suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
  • suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
  • anda yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos
Bisnes apa pun tetap ada risikonya. Tetapi dengan produk dropship tiada sebarang risiko jika kita betul-betul buat dengan sungguh-sungguh, fokus dan komited.

Risikonya hanyalah pembaziran masa. Kalau buat sambil lewa, tidak pernah promosi langsung, buat ala kadar memang kena tanggung risiko sendiri, rasa rugi sebab dah keluar modal untuk belajar.

Tapi kalau buat sungguh-sungguh, bila sudah berhasil pasti akan rasa seronok. Insha Allah.


Pilih antara kelas berikut:-

1. Dropship makanan sunnah dan projek raya
2. Dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. Dropship makanan sunnah dan produk islamik

Berminat untuk sertai kami? Hubungi saya,

Pengurus Online
sms/whatsapp: 013-2006586

Sabtu, 12 Julai 2014

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut. 

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain. 

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!


Jumpa lagi :)

13 Perkara Yang Wajib Dijaga Oleh Wanita

Sumber : Perkongsian FB

(Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Hanif)

1. Bulu kening.

Menurut Imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian.


Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi.

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan ALLAH. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang).

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31).
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.). 
Sabda Nabi Muhamad SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka di lalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian.

Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D'An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59, bermaksud : Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali, lantaran itu mereka tidak diganggu.

ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut.

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 
Riwayat Imran bin Hushain RA : Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Sohih Muslim No.4921).

Wallahualam.

Jumaat, 11 Julai 2014

Acuan Untuk Anak

Sumber: Perkongsian FB

Untuk renungan bersama.

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2) Jangan gunakan tangan / anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil, nakal dan tak boleh di kawal.

3) Rotan / pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar, masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka membebankan.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk 'sound effect' sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

Wallahualam.

Mengurus Akaun

Walaupun anda menjalankan bisnes kecil secara online / offline, anda perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat. Antara pengurusan akaun yang perlu diketahui:-

1) Belajar buat bajet kewangan.

2) Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai.

3) Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji.

4) Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes.

5) Perlu tahu mana untung, mana rugi.

6) Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi.

7) Perlu tahu asas keluar masuk wang.

8) Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan.


Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan anjuran Akademi Bekerja Di Rumah:-

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19/7/2014 Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam, Selangor
Masa: 8.30-4.30ptg
Yuran: RM220
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul:-
1. Pengenalan Book Keeping and Accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss. Anda untung atau rugi?
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to how to do book keeping.

Hubungi saya untuk pendaftaran kelas akaun atau pertanyaan :
sms/whatsapp : 013-2006586
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...