Khamis, 17 Julai 2014

Apakah Dropship?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Google

Ada kenalan yang bertanya, "Apa yang kau buat ni, apa benda dropship ni bagai". Bagi yang belum memahami dropship, mari saya terangkan.

Dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Cuba tengok gambarajah ini, mungkin anda lebih faham.
cartaDROPSHIP


Antara kelebihan menyertai dropship:-

1) Boleh pilih produk yang ingin dijual samada produk fizikal, produk digital atau servis / perkhidmatan.

2) Bisnes di hujung jari secara online tanpa keluar rumah.

3) Boleh menjalankan bisnes dropship secara sambilan / sepenuh masa.

4) Boleh mempamer dan menggunakan foto produk dan keterangan dari pembekal tentang produk tersebut di blog, FB, fanpage, twitter dan sebagainya.

5) Tidak perlu menyimpan membeli atau menyimpan stok produk (tanpa modal).

6) Masa berurusan jual beli yang fleksibel.

7) Tidak perlu membuat pembungkusan / penghantaran kepada pelanggan.

8) Lakukan promosi dan jualan = komisen.


Bagi yang betul-betul berminat untuk menjalankan bisnes dropship seperti ini, boleh sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), sambil menambah ilmu mempelajari dunia blog untuk pemasaran, bolehlah pilih mana-mana satu berikut :
1. Bisnes makanan sunnah + borong runcit telekung solat
2. Bisnes makanan sunnah + projek raya / selepas raya
3. Bisnes makanan sunnah + produk islamik

Dengan menyertai ABDR anda dapat 2 dalam 1, dapat income dan ilmu!.

Hubungi saya,
sms/whatsapp: 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...