Ahad, 20 Julai 2014

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR


Setelah membaca Ebook Belajar Asas Blog ini, saya mendapat ilmu tentang fungsi dan kepentingan blog.

Semua orang boleh membina blog sendiri melalui carian internet tanpa bantuan guru / mentor. Tetapi banyak yang 'bersawang' kerana kurang pengisian maklumat berguna kepada orang lain. 

Renungkan semula tujuan blog diwujudkan. Blog bukan sekadar menulis tetapi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran yang memberi pengajaran / kesan positif kepada pembaca. Blog juga boleh digunakan untuk mengingatkan dalam perkara kebaikan. Di samping itu, blog dapat menjana wang melalui periklanan menjual produk atau menjual informasi.

Blog juga digunakan sebagai penjenamaan diri / produk untuk membina keyakinan pembaca / pelanggan supaya membeli atau membaca tulisan kita. Blog yang berpengaruh, berinformasi dan santai akan menarik pembaca / pelanggan untuk datang kembali.

Selain itu penggunaan tatabahasa dan menulis dengan perkataan yang betul tetapi santai juga penting supaya pembaca seronok membaca dan faham apa yang anda sampaikan. Tidak semua orang faham maksud bahasa rojak atau singkatan perkataan yang digunakan.

Blog juga sebagai medium pemasaran / ruang jualan / promosi produk atau informasi. Sekiranya kita menjalankan bisnes online, maklumat tentang produk perlu diterangkan untuk memudahkan pelanggan atau bakal pelanggan membuat rujukan. Manakala fanpage di facebook digunakan untuk mempromosikan produk atau informasi kepada golongan sasaran.

Di dalam ebook ini juga diajar cara mengembangkan penulisan entri di blog untuk disusun bagi menghasilkan ebook anda sendiri. Apabila sudah mantap pengisian blog, bolehlah di sunting menjadi ebook dan menjual ebook anda pula!.

Jika anda mahu membeli ebook ini, jangan segan hubungi saya. Atau dapatkan ebook ini secara percuma dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah atau mana-mana kelas online berikut:-


1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho offline / online
7. Tempahan blog bisnes / blog penulisan - siap 5 hari
8. Beriklan bersama ABDR di SohoDirectory
9. Kelas blog borong telekung solat
10. Kelas penulisan ebook premium
11. Pendaftaran seminar
12. Kelas bisnes makanan sunnah
13. Kelas bisnes projek raya/selepas raya

Pengurus Online
sms/whatsapp: 013-2006586

Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...