Khamis, 28 Ogos 2014

Dropship Projek Duit Raya

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Bila nampak perkataan 'raya' selalunya orang ingat hari raya sahaja kan. Saya bukan hendak cerita tentang hari raya kerana Syawal telah berlalu, hari ini sudah masuk 2 Zulkaedah 1435H.

Bagaimana hendak dapat duit raya setiap masa?

Dengan menyertai Dropship Makanan Sunnah & Projek Duit Raya. Pakej dropship 2 dalam 1 ini disediakan oleh ABDR. Walaupun namanya 'projek raya' tetapi produk yang ditawarkan mempunyai permintaan sepanjang tahun, produk yang semua orang suka dan guna. Jadi anda sebagai agen boleh dapat duit raya setiap masa :) 

Siapa yang sesuai untuk bisnes ini? 
  • suri yang mahu memulakan bisnes tetapi tiada produk.
  • suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah.
  • suri yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan.
  • suri yang malas keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos.
Suri rumah atau suri bekerja yang mahu belajar menjana pendapatan sampingan sebagai agen dropship Akademi Bekerja Di Rumah, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Antara kelebihan menyertai kelas dropship ABDR:-

1) Tidak perlu risau tentang stok barang.
2) Tidak perlu uruskan pembungkusan, penghantaran dan pengeposan pada pelanggan.
3) Tidak perlu risau stok tidak habis.
4) Tidak perlu keluar rumah menguruskan penghantaran barang.
5) Hanya perlu mula berjualan dan ambil komisen. 
6) Produk yang disediakan adalah permintaan sepanjang tahun.
7) Dapat belajar buat blog dan fanpage khas untuk produk.
8) Boleh terus mula promosi dan jual.
9) Pasukan sokongan ABDR.

Maklumat lanjut tentang makanan sunnah di sini. Manakala produk projek raya terdiri daripada kudapan kekacang (kismis, kurma, badam dan pistachio), rempah Nasi Arab (pakej mudah masak para suri), serunding (ikan, ayam dan daging), keropok ikan (kering) dan tamar cocoa sebagai pengganti Milo.

Jika anda berminat menjadi agen dropship, hubungi saya.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp: 013-2006586

Selain itu, kelas bisnes dropship ABDR yang lain adalah :-
- makanan sunnah 
- borong runcit telekung solat
produk islamik

Jumpa lagi :)

Rabu, 27 Ogos 2014

Perbezaan Cerpen dan Novel

Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik.

Cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. 

Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200 - 250 muka surat dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat.

Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah dan ia disebut pula novel bersiri. Istilah cerpen bersiri, pada pemahaman saya adalah novel atau novelet pada akhirnya, sebaik kisah di dalamnya ditamatkan.

Baca banyak lagi panduan menulis di http://monalitamansor.blogspot.com/


Bagi anda yang berminat menulis cerpen dan novel, boleh mendaftar Kelas Asas Blog Dan Penulisan Kreatif melalui saya.

Pengurus Online 
sms/whatsapp: 013-2006586

Anda akan di bimbing oleh guru online yang sangat komited dan dedikasi serta diberikan ebook sebagai panduan untuk memulakan penulisan.

Selasa, 26 Ogos 2014

Promosi Bengkel Asas Akaun

Teks: Ruslinda Abdul Jalil


Berita baik kepada sahabat bisnes yang berada di sekitar Shah Alam, Selangor dan Bukit Katil, Melaka. ABDR akan mengadakan bengkel asas akaun offline, jadi anda dapat bersemuka dengan guru akaun untuk bertanyakan kemusykilan pengurusan akaun bisnes anda.

Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam, Selangor
Masa: 9.30pg - 5.30ptg

Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Bukit Katil, Melaka
Masa: 9.30pg - 5.30ptg

Yuran promosi hanya RM 199.00
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul:
1. Pengenalan book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss. Anda untung atau rugi?
6. Case Study (full set of Bookeeping). case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Sahabat bisnes yang ingin menyertai bengkel ini, boleh menghubungi saya untuk tempahan tempat.

Pengurus Online
sms/whatsapp: 013-2006586

Cara-cara mendisiplinkan anak

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Setiap pagi sebelum menghantar anak ke nursery, saya akan cium dan peluk anak kuat-kuat. Terasa sayu hendak melepaskan mereka tetapi saya perlu membenarkan mereka belajar bergaul dengan rakan-rakan, belajar akademik dan kerohanian Islamik serta berdikari walaupun baru berusia 5 dan 4 tahun.

Jika ada masa terluang dari kekangan kerja, saya suka membaca ilmu keibubapaan (parenting) supaya saya juga dapat belajar untuk menjadi ibu terbaik buat mereka. In shaa Allah.

Cara-cara mendisiplinkan anak
Sumber: Perkongsian FB

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Nanti anak menjadi bertambah degil dan nakal serta tidak terkawal.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tidak mengapa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak berasa malu dan rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stres menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Semoga bermanfaat kepada ibu dan bapa yang lain.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Asyik bercerita tentang blog bisnes sahaja kan. Sebenarnya di ABDR ada Kelas Asas Blog dan Penulisan di mana anda belajar menulis cerpen atau novel menggunakan penulisan kreatif dan lenggok bahasa yang sesuai.

Bagi anda yang ada cita-cita untuk menjadi penulis cerpen atau novel, boleh mula belajar menulis dan mengasah bakat dalam kelas penulisan kreatif anjuran ABDR. Kelas ini akan diajar oleh salah seorang antara dua novelis hebat tanah air. Kelas juga lebih mudah dan santai kerana hanya atas talian sahaja.

Kelebihan Kelas Asas Blog dan Penulisan

1) Kelas dijalankan 100 % atas talian (online).

2) Masa belajar yang fleksibel.

3) Tidak perlu keluar rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas.

4) Menulis cara santai tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. 

5) Komunikasi dengan guru online secara one to one (personal coaching). 

6) Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam kumpulan kelas online.

7) Mengetahui teknik menulis yang betul dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.

8) Belajar teknik penulisan yang mempengaruhi pembaca datang lagi.

9) Bergabung dengan lebih rami blogger dalam Akademi untuk membantu aliran trafik ke blog.

Boleh lihat pakej kelas di sini.

Bagi yang mahu sertai kelas ini, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online Akademi
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586
FB https://www.facebook.com/ruslindajalil

Jumpa lagi :)

Jumaat, 15 Ogos 2014

Baju Kurung Moden Ala Jubah

Design Baju : Baju Kurung Moden, Kain Potongan Princess Cut
Material : Soft Lycra
Harga : RM 150
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS34 - XXL44

Hitam
Kelabu

Ungu
Hubungi saya untuk tempahan.
Email: ruslindajalil@gmail.com
Sms / Whatsapp: 013-2006586
FB Butik Fesyen Wanita

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kari Ikan Sempoi

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi Peribadi

Tadi jam 9 pagi saya dah masak untuk tengahari sebab En. Suami keluar kerja awal. Saya buat menu dengan bahan yang ada dalam peti sejuk sahaja, tak sempat dah nak ke kedai. Saya bagi nama 'Kari Ikan Sempoi' sebab tidak banyak bahan yang digunakan. Kalau nak lagi sedap dan menarik, mestilah banyak lagi bahan yang kena letak kan.

Bahan-bahan:
2  kepala ikan tongkol - dibelah jadi 4 ketul
4 camca serbuk kari ikan - di bancuh dengan 1 cawan air
2 ulas bawang kecil - di hiris
1 ulas bawang putih - di hiris
1 cawan air
1 camca kecil garam

Bahan optional - saya tak letak semua ni sebab nak sempoi :-) :
Santan
Daun kari
Halia
Halba campuran (halba, biji sawi, jintan)
Air asam jawa
Bendi / tomato / terung

Cara memasak:

Tumis bawang kecil dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan bancuhan serbuk kari.




Biar mendidih dan kacau hingga naik minyak.






Masukkan 1 cawan air dan kepala ikan,kacau dan biar hingga ikan masak. Perasakan dengan garam. Dah siap.





Saya kawankan Kari Ikan Sempoi dengan sayur campur, ikan goreng dan air asam. Jom makan.




Jumpa lagi :)

Kepentingan Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Sebelum terlibat dalam bisnes online dan menyertai ABDR, saya tidak ada blog atau facebook. Bagi saya ia bukan satu kepentingan kerana saya seorang yang pendiam dan tidak suka 'expose'.

Bila dah mula berjinak-jinak dalam bisnes online sebagai persediaan untuk bersara awal, saya perlukan platform untuk memasarkan produk saya.

KENAPA BISNES ONLINE MEMERLUKAN BLOG?

Sekiranya kita hanya mempunyai facebook bagi market bisnes online, apa yang kita tulis tentang bisnes kita hanya pembaca dan pelanggan yang "LIKE" page saja yang boleh membacanya. Itupun bukan semua yang buka untuk membacanya, hanya segelintir sahaja yang membaca. 

Jika menggunakan blog, apa sahaja yang kita tulis dan post boleh di akses, dijumpai dan dibaca oleh sesiapa sahaja melalui enjin carian. Berapa ramai yang sudah ada bisnes tapi masih belum membina blog kedai. 

Mari kita luaskan pasaran produk kita dengan mempromosi bukan hanya di facebook sahaja tapi di blog juga.

Kesimpulannya, apa sahaja produk yang kita ada sama ada ilmu atau kepakaran, kongsikan di blog untuk memudahkan orang jejak.

Jika anda tidak mahir atau tidak pandai membina blog, boleh hubungi saya untuk panduan bina blog.

Boleh sertai mana-mana kelas online berikut:-
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.

Sama ada anda sudah ada produk sendiri atau menyertai kami di ABDR yang mempunyai produk digital atau produk fizikal (dropship).

Setakat ini kebanyakan pelanggan mengenali saya melalui blog. Jadi marilah kita sama-sama belajar menjana pendapatan tambahan.

Pengurus Online

Jumpa lagi :)

Jumaat, 8 Ogos 2014

Panduan Keselamatan Dan Penjagaan Tayar Motorsikal

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber/gambar: JKJR

Tiba-tiba nak cerita pasal tayar pulak. Saya adalah pengguna tegar motorsikal untuk pergi balik kerja atau ke mana-mana jika tidak bawa anak-anak kerana perjalanan lebih mudah dan cepat. Boleh menyelit di tengah kesesakan lalulintas yang tidak pernah surut di Kuala Lumpur ni. Motorsikal juga adalah 'kekasih' pertama saya selepas mendapat kerja. Dialah peneman saya ke sana-sini. Tapi saya tidak mahir sangat tentang motorsikal, asalkan saya hantar dia servis bila sampai masa yang ditetapkan dan tidak melanggar lubang yang menyentap 'alignment' dia, saya rasa dia ok (hahaha). 

Sempena musim perayaan ni, banyak kempen keselamatan jalanraya dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya berhati-hati dan menggunakan peralatan yang berkualiti demi keselamatan. Kebanyakan kempen diadakan di plaza tol dan stesen minyak kerana menjadi tempat tumpuan ramai. Biasanya pihak yang terlibat adalah Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), KPDNKK, MIROS dan sebagainya.

Saya rasa panduan ini berguna kepada saya sebagai pengguna motorsikal, jadi di sini saya kongsikan maklumat yang saya dapat dari risalah kempen tersebut. Mungkin anda dah tahu tapi baca aje la.

Petua keselamatan untuk motorsikal dan skuter.

1. Patuhi had laju yang dibenarkan di jalan raya serta amalkan cara pemanduan yang selamat.

2. Jangan gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau botak.

3. Gunakan tolok (pressure gauge) untuk memeriksa tekanan angin waktu tayar sejuk.

4. Periksa tekanan angin tayar seminggu sekali atau lebih kerap jika selalu berjalan jauh dan sebelum memulakan perjalanan .

5. Jangan membawa lebih muatan daripada kemampuan tayar (Jadual A).

6. Selenggara tayar setiap 10,000 km perjalanan atau lakukan segera jika stereng berasa gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah.

7. Pastikan tekanan angin tayar ganti sentiasa mencukupi.

8. Pastikan tayar baru atau tayar yang masih tebal bunganya dipasang dibahagian belakang.

9. Pastikan skru (bolt) tayar dipasang dengan betul dan kemas.

10. Ganti tayar jika terdapat kesan rekahan, tanda haus tidak sekata atau benjol/bengkak di permukaan bunga atau dinding tayar.

11.  Pilih tayar yang tepat untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan ekonomi anda (saiz, indeks muatan dan kelajuan).

12. Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS SIRIM atau DOT atau E.

13.Tukar tayar motorsikal apabila bunga tayar menyentuh tanda paras amaran botak "Tread Wear Indicator" (TWI).

14.  Jangan beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak  "Tread Wear Indicator" (TWI) dan tayar toreh/korek.


Semoga bermanfaat. 

Jumpa lagi :)

Isnin, 4 Ogos 2014

Pap Smear

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Google

Sehari sebelum raya, saya terima panggilan telefon dari klinik kesihatan. Cuak! Ingatkan ada hal kecemasan. Rupanya nurse suruh datang buat ujian pap smear. Kali terakhir saya buat ujian pada tahun 2011, itupun sebab terpaksa kerana saya ikut perancang keluarga klinik ini. Selepas melahirkan anak kedua pada Disember 2010, saya dinasihatkan merancang keluarga kerana jarak usia anak agak rapat. Tahun pertama saya ambil Noriday kerana masih breastfeed dan tahun berikutnya saya diberi Rigevidon. Saya dah berhenti mengambil perancang awal tahun ini kerana bercadang untuk menambah ahli keluarga lagi.

Anda dah buat ujian pap smear? Takut dan ngeri? Mari saya ceritakan pengalaman saya. Walaupun malu tetapi demi kesihatan jangka panjang semua wanita mesti menjalani ujian ini. Cuma 5 minit sahaja tanpa bius dan bedah. Tarik nafas dan bertenang ok. Prosedur ini tidak menyakitkan cuma rasa tidak selesa. Ingat, ujian ini penting untuk mengesan kanser serviks atau kanser pangkal rahim. 

Baring dan ikut arahan doktor. Untuk mengurangkan stress anda, doktor akan mengajak anda berbual jadi anda akan terlupa seketika. Doktor akan memasukkan spekulum iaitu alat seperti paruh itik ke dalam laluan rahim (melalui faraj) lalu meletakkan berus 'cyto' ke dalamnya. Berus 'cyto' yang kecil itu digunakan untuk mengikis sedikit tisu pada pangkal rahim dengan memusingkannya 360 darjah dan sel yang diperoleh diletakkan di dalam botol khas lalu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal atau dijangkiti HPV dan berpotensi untuk menjadi kanser.

Sel serviks biasanya tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel normal akan berubah dalam jangka masa tertentu di antara dua hingga 10 tahun sebelum menjadi sel kanser.

Ujian pap smear secara berkala berpeluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser dan rawatan awal memberi peluang yang cerah untuk sembuh. Wanita yang pernah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian pap smear terutamanya mereka yang berusia 20 hingga 65 tahun setiap dua tahun sekali untuk mengesan jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim. HPV merupakan virus yang biasa terjadi dan selepas ia dikesan melalui pap smear, ia boleh diubati dengan rawatan biasa bagi mengelakkan ia semakin teruk lalu berubah menjadi kanser. Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan lain.

Jika terlewat, kanser ini boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. 

Baca lagi di  sini.

Jumpa lagi :)

Seronoknya Raya di Kampung

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi Peribadi

Hari ini ramai suri bekerjaya sudah memulakan tugas di pejabat seperti biasa. Pasti rasa malas dan berat hendak memulakan langkah kerja, maklumlah lemak dalam badan bertambah hasil makan lemang, ketupat, rendang dan masakan mak yang sedap tu. Tahun ini saya beraya di rumah mertua di Kedah bersama ipar-duai. Di utara sekarang musim buah, jadi puaslah kami makan rambutan, manggis, cempedak dan petai sampai kuku jadi kuning (sebab getah buah la). Selain menziarah rumah saudara mara untuk mengeratkan silaturahim, kami juga mengadakan aktiviti keluarga dan sukaneka kecil-kecilan untuk menggembirakan anak-anak. Semua orang seronok sebab dapat hadiah. Let the pictures talk!.


Acara Kanak-Kanak: rebut gula-gula, rebut buah rambutan, bawa bola dalam sudu dan cari syiling dalam tepung.
Acara Dewasa: bowling kelapa, baling belon air dan cari syiling dalam tepung.
Hoooreyyy! Semua dapat hadiah.
Acara Malam: Barbecue kambing, ayam dan sosej.
Sup tulang 4 kuntum dan bakar lemang.
Ikan keli yang dipelihara menjadi lauk untuk anak cucu.
Bermain sambil belajar.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan blog, rakan FB, rakan ABDR, pelanggan dan pembaca senyap yang singgah di blog saya.


Jumpa lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...