Jumaat, 8 Ogos 2014

Panduan Keselamatan Dan Penjagaan Tayar Motorsikal

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber/gambar: JKJR

Tiba-tiba nak cerita pasal tayar pulak. Saya adalah pengguna tegar motorsikal untuk pergi balik kerja atau ke mana-mana jika tidak bawa anak-anak kerana perjalanan lebih mudah dan cepat. Boleh menyelit di tengah kesesakan lalulintas yang tidak pernah surut di Kuala Lumpur ni. Motorsikal juga adalah 'kekasih' pertama saya selepas mendapat kerja. Dialah peneman saya ke sana-sini. Tapi saya tidak mahir sangat tentang motorsikal, asalkan saya hantar dia servis bila sampai masa yang ditetapkan dan tidak melanggar lubang yang menyentap 'alignment' dia, saya rasa dia ok (hahaha). 

Sempena musim perayaan ni, banyak kempen keselamatan jalanraya dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya berhati-hati dan menggunakan peralatan yang berkualiti demi keselamatan. Kebanyakan kempen diadakan di plaza tol dan stesen minyak kerana menjadi tempat tumpuan ramai. Biasanya pihak yang terlibat adalah Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), KPDNKK, MIROS dan sebagainya.

Saya rasa panduan ini berguna kepada saya sebagai pengguna motorsikal, jadi di sini saya kongsikan maklumat yang saya dapat dari risalah kempen tersebut. Mungkin anda dah tahu tapi baca aje la.

Petua keselamatan untuk motorsikal dan skuter.

1. Patuhi had laju yang dibenarkan di jalan raya serta amalkan cara pemanduan yang selamat.

2. Jangan gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau botak.

3. Gunakan tolok (pressure gauge) untuk memeriksa tekanan angin waktu tayar sejuk.

4. Periksa tekanan angin tayar seminggu sekali atau lebih kerap jika selalu berjalan jauh dan sebelum memulakan perjalanan .

5. Jangan membawa lebih muatan daripada kemampuan tayar (Jadual A).

6. Selenggara tayar setiap 10,000 km perjalanan atau lakukan segera jika stereng berasa gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah.

7. Pastikan tekanan angin tayar ganti sentiasa mencukupi.

8. Pastikan tayar baru atau tayar yang masih tebal bunganya dipasang dibahagian belakang.

9. Pastikan skru (bolt) tayar dipasang dengan betul dan kemas.

10. Ganti tayar jika terdapat kesan rekahan, tanda haus tidak sekata atau benjol/bengkak di permukaan bunga atau dinding tayar.

11.  Pilih tayar yang tepat untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan ekonomi anda (saiz, indeks muatan dan kelajuan).

12. Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS SIRIM atau DOT atau E.

13.Tukar tayar motorsikal apabila bunga tayar menyentuh tanda paras amaran botak "Tread Wear Indicator" (TWI).

14.  Jangan beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak  "Tread Wear Indicator" (TWI) dan tayar toreh/korek.


Semoga bermanfaat. 

Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...