Sabtu, 27 September 2014

Kelas Online Penulisan Kreatif

Siapa ada bakat terpendam dan berminat menulis cerpen atau novel tapi tidak tahu bagaimana hendak menggilap bakat tersebut?. 

Kalau nak tahu, Akademi Bekerja Di Rumah ada guru berwibawa untuk mengajar dan menajamkan bakat penulisan anda dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.


Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang minat belajar menulis cerpen dan novel. Belajar teknik yang betul bagaimana menulis cerpen. Bila sudah mahir nak tulis novel pun tak jadi masalah.

1. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen dan travelog pengalaman. 

Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Belajar Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali atau seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu dan menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat ke? Boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Jumaat, 26 September 2014

Pemulihan Kesihatan Selepas Bersalin

Ebook: Panduan 44 Hari Pantang Tradisional, Moden
Tulisan: Pn. Masayu Ahmad
Harga: RM 30

Baca sedikit kupasan tentang berpantang selepas tempoh kehamilan yang terdapat dalam ebook ini.

Bab 1: Tujuan rawatan pantang.

1.1. Tempoh rawat dan rehat.

Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental.

Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek  pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.

Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.

·         Pemulihan kesihatan dalaman.

Sepanjang tempoh kehamilan, banyak  perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin.

Manakala pemulihan dalaman seperti rawatan luka tempat bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.

Koyakan semasa bersalin.

Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor. Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan dan rawatan yang sesuai. Contohnya, ibu yang mempunyai koyakan yang banyak, perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti urutan, sauna dan sebagainya.

Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan terbaik dan menjalani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses rawatan semasa berpantang kelak.

Pembedahan.

Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza dengan kelahiran secara normal.

Kalau hendak tahu lebih lanjut, anda boleh order ebook ini di Borang Tempahan. Selamat Membaca!.

Khamis, 25 September 2014

Jual Barang ke Jual Orang?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Ada junior bercerita kepada saya tentang seseorang telah mengajak dia membuat 'side income'. 

Malam pertama, junior diajak keluar minum dan lepak sambil mendengar tentang kejayaan sidia dan sidia dalam 'bisnes ini' dengan matlamat mencari pendapatan sampingan dan hendak membantu keluarga. 

Malam kedua, junior dipelawa menghadiri 'event' untuk berjumpa lebih ramai orang yang telah berjaya. Gaya mereka berkarisma dan berkereta sport. 

Yuran dikenakan RM80 dan junior akan di'bimbing' untuk mendapatkan lebih ramai orang dibawah junior nanti walaupun tiada jualan, junior akan tetap dapat pendapatan bulanan. Tetapi junior perlukan modal RM30ribu untuk menjayakan 'bisnes ini'. Kalau tiada wang simpanan, mereka boleh tolong aturkan pinjaman bank. Junior cuma perlu sediakan dokumen yang diperlukan sahaja. Cari lebih ramai orang menghadiri 'event' ini dan mereka akan tolong beri penerangan bagaimana hendak menyertai 'bisnes ini'. Tawaran terhad bercuti ke luar negara menaiki kapal Cruise bagi peserta yang mendaftar segera. Nampak macam meyakinkan kerana kebanyakan yang hadir adalah penjawat awam.

Jadi junior tu tanya pendapat saya, tapi jawapan saya nanti jangan ada pembaca yang sentap pula ya. Ini adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman kawan terdekat dan melalui pembacaan.

JANGAN! Jangan terpedaya dik oi. Kalau nak berbisnes, kena jual barang bukan jual orang. Kalau kena cari orang untuk masuk 'bisnes ini' maknanya mereka hanya untung atas angin melalui modal pendaftaran orang-orang baru. Jangan mudah kelabu mata dengan janji wang terbang masuk ke dalam akaun setiap bulan. Sasaran mereka adalah penjawat awam kerana mudah lulus pinjaman bank, terutama orang muda yang baru memulakan kerja di jabatan kerajaan. Sampai sekarang dik oi pinjaman bank kawan akak tu belum habis lagi, kena tunggu 20 tahun baru langsai! Jangan dibelenggu hutang sampai ke anak cucu. Apa pun tak boleh -_-

Tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Kena berusaha dengan kudrat bukan guna air liur atau teh tarik.

Kalau hendak berniaga, boleh je sertai Akademi Bekerja Di Rumah. Nak buat sepenuh masa atau sambil-sambil pun boleh. Belajar buat kedai online dan promosi barang jualan. Dah ada orang yang uruskan stok, bungkus barang dan pos kepada pelanggan. Rumah pun tak semak dengan stok, tak perlu berpanas keluar rumah menempuh kesesakan lalulintas dan berpeluh beratur di pejabat pos. Yang paling best, ada guru untuk bertanya dan ramai kawan-kawan yang saling menyokong. 

Pendaftaran dibuka setiap hari untuk kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-Produk sendiri
-Dropship makanan sunnah
-Dropship produk makanan
-Dropship telekung solat
-Dropship produk islamik
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho
7. Kelas penulisan ebook
8. Kelas asas wordpress


Mana satu pilihan anda?. Baca dan fahamkan dulu kategori kelas. Pilih pakej yuran di sini, jejak dahulu rakan-rakan yang telah sertai kami. Bila sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
Sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Jumpa lagi :)

Bengkel Offline Asas Akaun


Kepada anda yang terlepas mengikuti bengkel offline asas akaun yang lepas, anda masih berpeluang menghadirinya pada:-

Tarikh: 11 Oktober 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220

Tempat sangat terhad.
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira dan Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Pengurus Online
Sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Rabu, 24 September 2014

Inspirasi Dan Motivasi

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber: Ebook Super WAHM, Super Mom

Ada masanya sebagai ibu bekerja, saya hilang fokus kerana sibuk menguruskan kerjaya, keluarga dan bisnes online yang dijalankan. Untuk menyegarkan kembali matlamat yang dirangka, saya mengikut nasihat otai supaya membaca buku-buku yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri. Antaranya adalah ebook ini yang ditulis oleh Pn. Masayu Ahmad.


Apa kata pembaca yang lain.

Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga, motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah? Ebook ini ada jawapannya.

Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalah masalah utama saya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.

Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang. Rugi bukan? Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.

Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan?. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.

Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`. Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:

WAHM (Work At Home Mom)
SOHO (Small Office Home Office)
SAHM (Study At Home Mom)
SAHM (Stay At Home Mom)

Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.

Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit, bukan? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi serta mengurusan masa - Norliza Tomiran.

Anda boleh dapatkan ebook ini di Borang Tempahan.

Jumpa lagi :)

Matlamat Akademi Bekerja Di Rumah

Dari Meja Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad.

Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.

Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.

Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.

Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog. Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.

Mulakan dengan apa yang ada.
Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambilan sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.

Akademi Bekerja Dari Rumah.
Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 800 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu anda?
Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
Masa yang fleksibel, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN. KESUNGGUHAN. FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.



*****************************************************
Anda sudah bersedia untuk menyertai saya di Akademi Bekerja Di Rumah?. Pendaftaran dibuka setiap hari untuk kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-Produk sendiri
-Dropship makanan sunnah
-Dropship produk makanan
-Dropship telekung solat
-Dropship produk islamik
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho
7. Kelas penulisan ebook
8. Kelas asas wordpress

Baca dan fahamkan dulu kategori kelas. Pilih pakej yuran, jejak dahulu rakan-rakan yang telah sertai kami. Bila sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
Sms/whatsapp 013-2006586

Jumpa lagi :)

Selasa, 23 September 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan

Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

-Meningkatkan kesetiaan pelanggan.
Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

-Menjaga integriti.
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggan dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

-Menjaga hubungan dengan pekerja.
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.



Siri 1 (terbit 25.9.2014).
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja).

Harga selepas ini RM50. Cepat! Cepat! :)

Jumaat, 19 September 2014

Cara Memulakan Bisnes Online

Contoh pertanyaan daripada pembaca tentang bisnes online.

Saya Puan Aina, pesara kerajaan. Bagaimana puan boleh bantu saya untuk bisnes online. Saya adalah kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online?

Masalah Puan Aina ini, ada beberapa sebab di bawah:
  1. Tak pandai guna email.
  2. Tak pandai buat email.
  3. Tak pandai transaksi online.
  4. Tak pandai nak cari produk.
  5. Tak pandai cari pelanggan.
  6. Tak tahu nak pilih produk.
  7. Tak tahu nak jejak pembekal/pemborong.
Itu sebabnya Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes.

Kelas asas ini sesuai dengan masalah di atas. Untuk yang sudah otai, boleh pilih kelas lain yang lebih baik dari kelas asas yang kami ABDR tawarkan.

Kami buka atas soalan dan pertanyaan sekalian suri.
Jadi bagi anda yang mempunyai senarai di atas, pilih kelas asas bisnes online, kemudian pilih pakej yuran di sini atau pakej dropship di sini.

Sudah faham, kemudian pilih guru. Mahu masuk guru mana, kita sangat terbuka. Kerana guru kelas bisnes ini, insya-Allah sudah biasa dengan urusniaga produk digital mahupun produk fizikal.

Apa pula produk digital?
Apa pula produk fizikal?

Ini semua kita ada terangkan di dalam kelas dan dalam ebook rujukan. Selepas daftar boleh faham dan hadam 4 ebook rujukan.

Bagaimana situasi anda? 

Ramai yang sertai kami dari zero basic. Langsung tidak tahu bagaimana hendak mula. Mereka usaha dan belajar buat hingga selesai. Alhamdulillah, sudah ramai yang pandai berbisnes online melalui blog dan fb.

Bagaimana mahu mula, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Jumpa lagi :)

Rahsia Orang Berjaya

Sumber: ABDR
Gambar: Google


Dalam satu kumpulan yang mahu berubah, Cik Jah, Cik Kiah dan Cik Tipah menyertai kursus motivasi anjuran surirumah. Kumpulan tersebut ada 10 orang. Mereka digerakkan dan dibantu dengan:-
1. Seorang pakar motivasi
2. Alat untuk bantu penjana pendapatan
3. Strategi untuk berubah

Selepas 3 hari selesai berkursus, maka ini hasilnya:

1. Cik Tipah pada bulan ke dua selepas balik berkursus terus memulakan usaha dan sudah mendapat hasil pendapatan 4 angka sebulan.

2. Manakala Cik Jah, hari ini kalau dia rajin maka dia buat, kalau hari ini dia malas katanya Cik Jah mahu rehat. Maka begitulah pendapatan Cik Jah macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada.

3. Cik Kiah pula sering mengadu pada Cik Tipah, dia mengalami banyak masalah itu ini sebab dia tak boleh menjana pendapatan. Anaknya bising jadi dia tak boleh fokus. Dia selalu sakit kepala apabila mengadap kerja, tetapi ajaibnya apabila mengadap fb dia sangat ok.

Hasil pandangan terang Cik Tipah dari masalah Cik Jah dan Cik Kiah, maka ini sebab musababnya :

1. Pengaruh dalam diri adalah salah satu batu lonjatan orang BERJAYA.

2. Pengaruh persekitaran membantu sama untuk dua kali BERJAYA.

3. Pengaruh menukar aliran negatif kepada tenaga positif juga membantu untuk tiga kali BERJAYA.

4. Pengaruh malas, alasan, masih kekal tidak berubah juga kekal bagi mereka yang TIDAK BERJAYA.

5. Pengaruh fokus, kekal pada rutin yang sama, mencerap ilmu dan bertindak pantas adalah rahsia kejayaan Cik Tipah berbanding 9 orang yang hadir kelas yang sama.

Maka bagi yang mempunyai ciri-ciri Cik Tipah di atas, saya dengan terbuka mencari calon-calon Pengurus Online sebagaimana Cik Tipah. Calon ini adalah layak menjana pendapatan 4 angka sebulan bersih, sebagaimana dia sanggup dilatih.

Jadi apa pandangan pembaca sekalian, anda di kategori yang mana. Mari kita fikir-fikir. Jika sudah bersedia jom bertindak.

- Saya tidak bersedia untuk orang tidak mahu berubah.
- Saya hanya bersedia bagi suri yang mahu berubah dan bertindak dengan pantas.
- Pendaftaran Pengurus Online masih dibuka sehingga tarikh tutup dan syarat kemasukan sudah penuh.
- Pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi saya.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Jumpa lagi :)

Khamis, 18 September 2014

Promosi Aidiladha

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Butik Fesyen Wanita akan mengadakan promosi pakaian terpilih untuk pelanggan yang dikasihi. Lihatlah fesyen dan warna yang anda minati dan tempah segera sebelum promosi tamat. Sesuai juga untuk digayakan dalam majlis keramaian.

Mini Kurung Double Lace
Design : Baju Kurung Sulam French Lace, Kain Potongan Princess Cut
Material : Soft Lycra
Harga : RM 180  Promosi terhad RM 150 SAHAJA!
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS - XL (GREY cuma ada size L dan XL sahaja).

Hubungi saya untuk tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586








Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Promosi Aidiladha

Baju Kurung Chiffon Duyung
Design : Fish Tale, Kain Duyung
Material : Chiffon Full Lining
Harga : RM 200   Promosi terhad RM 150 SAHAJA!
Free PosLaju
Stok tersedia saiz XS - XL

Hubungi saya untuk tempahan.
Sms / Whatsapp: 013-2006586


Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Khasiat Madu Dan Kayu Manis



Siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku, didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas dan tutup api dari terus menyala. Biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis, campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat, ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat:

Penyakit Jantung:
Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung, apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan Kanada, pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit dengan jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang fleksibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat, madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (Arthritis)
Pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap, pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen, mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan, hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol:
Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol, didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari, sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal, madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema:
Bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam:
Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. 

Kembung (gas)
Kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi DNA) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam:
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza
Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang:
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis, bila diambil secara tetap, mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (Dalam Islam, kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya Allah, umur kita akan panjang).

Sakit Tekak:
Apabila tekak rasa tidak selesa, ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat: 
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya ketika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu, ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan, akan menyembuhkan ekzema dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan
Pagi, sejam setengah sebelum sarapan pagi dan ketika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur. Minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap, ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah
Kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. Masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan fleksibel. Dr. Milton, yang menjalankan kajian ini mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas
Penduduk di Amerika Selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi, bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran
Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh, Dia menurunkan penyakit dan dari Dia disembuhkan segala penyakit. AsSyafi, ArRahman, ArRahim. Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!

Bengkel Asas Akaun


Kami menawarkan 3 jenis kelas akaun berikut bagi membantu WAHM menguruskan aliran kewangan bisnes:

1.Grup Coaching (4-6pax)
25/9/14, Khamis
2/10/14, Khamis
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)

2. Kelas online - 21 Sept 2014, Ahad
Sesi online selama 3 jam
10am-1.00pm
Yuran RM150
Modul 1: Basic book keeping. Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya. - Mengenal dan belajar kepentingan dokumen. - Invois, cash, bil, resit, purchase order
Bonus : ebook 101 idea home based bisnes, beriklan setahun di soho directory.

3. Bengkel bagi grup besar (15-30 pax)
Harga PROMOSI RM199 di Shah Alam 27 Sept, Sabtu.
Daftar 2 orang RM350
9.15am-5.15pm

Pilih jenis kelas yang ingin anda sertai dan hubungi saya untuk info dan pendaftaran selanjutnya.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 17 September 2014

Wanita, Ibu, Isteri Dan Pekerja



 Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Saya bermula di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dengan mendaftar dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage pada 7 April 2014. Tujuan asal saya menyertai ABDR untuk belajar bisnes online sebagai persediaan sebelum berhenti kerja.

Selepas mendaftar, saya diberikan 4 ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog, ebook 101 Idea Home-Based Bisnes, ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom.

Semua ebook ini saya cetak dan simpan supaya mudah diulang baca. Sampai sekarang ebook ini masih saya gunakan sebagai panduan. Apabila saya hilang fokus atau terbejat kerana terlalu banyak perkara baru di arus media sosial, saya akan membaca semula kisah-kisah motivasi dalam ebook ini untuk memulihkan  semangat yang terbang dan kembali ke landasan.

Hari ini saya hendak mengulas tentang ebook Super WAHM, Super Mom hasil pembacaan saya. 

Sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan pekerja, kita terpaksa berjuang setiap hari untuk menyelesaikan tugasan tersebut dan tidak dinafikan rutin harian itu amat memenatkan. Oleh itu tekanan mental dan fizikal tidak dapat dielakkan dan perlu diurus dengan baik supaya tidak membebankan fikiran dan emosi diri. Wanita mesti memberikan ruang di antara masa bekerja, masa untuk diri sendiri serta masa berkualiti bersama anak-anak dan keluarga.

Semua orang sentiasa sibuk tidak kira suri bekerja atau suri rumah. Namun suri yang berada di rumah adalah bekerja sepenuh masa untuk keluarga. Bekerja dari rumah (WAHM) pula adalah komitmen antara keluarga dan ekonomi (kewangan).

Bekerja dari rumah (WAHM) boleh dimulakan dengan mengenalpasti kekuatan atau kepakaran masing-masing untuk dijadikan punca pendapatan. Mesti berasa selesa dan serius untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga tetapi tetap berada disisi keluarga di rumah.

Kemudian pasarkan kepakaran atau kebolehan di ruang iklan media sosial seperti fb, blog, email, Mudah.com dan sebagainya untuk mendapat pelanggan atau bakal pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

Oleh itu diri sendiri adalah majikan yang utama tetapi masih memerlukan faktor penaik untuk mengekalkan momentum WAHM. 

Dan yang paling penting adalah MASA. Di antara cabaran yang perlu di ambil perhatian untuk menjadi Super WAHM Super Mom adalah :-
  1. Pengurusan masa
  2. Tidak membuang masa
  3. Membuat agihan masa 
  4. Rancang aktiviti harian 
  5. Multitasking
  6. Disiplin mengikut jadual atau rancangan
  7. Jangan terkongkong dengan suasana di rumah 
  8. Rehat dan rawat diri sendiri untuk kekal cergas

Terima kasih kepada Pn. Masayu Ahmad yang tidak jemu menulis tentang wanita, keluarga dan kerjaya.


Terima kasih kepada Pn. Anys Idayu Zakaria, seorang guru online yang sabar mengajar kakak didik ini tentang permulaan membina kedai bisnes online.

Ebook Super WAHM Super MOM (Harga : RM25)
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang suntikan motivasi yang terdapat dalam ebook ini, hubungi saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...