Khamis, 25 September 2014

Jual Barang ke Jual Orang?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Ada junior bercerita kepada saya tentang seseorang telah mengajak dia membuat 'side income'. 

Malam pertama, junior diajak keluar minum dan lepak sambil mendengar tentang kejayaan sidia dan sidia dalam 'bisnes ini' dengan matlamat mencari pendapatan sampingan dan hendak membantu keluarga. 

Malam kedua, junior dipelawa menghadiri 'event' untuk berjumpa lebih ramai orang yang telah berjaya. Gaya mereka berkarisma dan berkereta sport. 

Yuran dikenakan RM80 dan junior akan di'bimbing' untuk mendapatkan lebih ramai orang dibawah junior nanti walaupun tiada jualan, junior akan tetap dapat pendapatan bulanan. Tetapi junior perlukan modal RM30ribu untuk menjayakan 'bisnes ini'. Kalau tiada wang simpanan, mereka boleh tolong aturkan pinjaman bank. Junior cuma perlu sediakan dokumen yang diperlukan sahaja. Cari lebih ramai orang menghadiri 'event' ini dan mereka akan tolong beri penerangan bagaimana hendak menyertai 'bisnes ini'. Tawaran terhad bercuti ke luar negara menaiki kapal Cruise bagi peserta yang mendaftar segera. Nampak macam meyakinkan kerana kebanyakan yang hadir adalah penjawat awam.

Jadi junior tu tanya pendapat saya, tapi jawapan saya nanti jangan ada pembaca yang sentap pula ya. Ini adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman kawan terdekat dan melalui pembacaan.

JANGAN! Jangan terpedaya dik oi. Kalau nak berbisnes, kena jual barang bukan jual orang. Kalau kena cari orang untuk masuk 'bisnes ini' maknanya mereka hanya untung atas angin melalui modal pendaftaran orang-orang baru. Jangan mudah kelabu mata dengan janji wang terbang masuk ke dalam akaun setiap bulan. Sasaran mereka adalah penjawat awam kerana mudah lulus pinjaman bank, terutama orang muda yang baru memulakan kerja di jabatan kerajaan. Sampai sekarang dik oi pinjaman bank kawan akak tu belum habis lagi, kena tunggu 20 tahun baru langsai! Jangan dibelenggu hutang sampai ke anak cucu. Apa pun tak boleh -_-

Tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Kena berusaha dengan kudrat bukan guna air liur atau teh tarik.

Kalau hendak berniaga, boleh je sertai Akademi Bekerja Di Rumah. Nak buat sepenuh masa atau sambil-sambil pun boleh. Belajar buat kedai online dan promosi barang jualan. Dah ada orang yang uruskan stok, bungkus barang dan pos kepada pelanggan. Rumah pun tak semak dengan stok, tak perlu berpanas keluar rumah menempuh kesesakan lalulintas dan berpeluh beratur di pejabat pos. Yang paling best, ada guru untuk bertanya dan ramai kawan-kawan yang saling menyokong. 

Pendaftaran dibuka setiap hari untuk kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-Produk sendiri
-Dropship makanan sunnah
-Dropship produk makanan
-Dropship telekung solat
-Dropship produk islamik
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho
7. Kelas penulisan ebook
8. Kelas asas wordpress


Mana satu pilihan anda?. Baca dan fahamkan dulu kategori kelas. Pilih pakej yuran di sini, jejak dahulu rakan-rakan yang telah sertai kami. Bila sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
Sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Jumpa lagi :)

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...