Sabtu, 27 September 2014

Kelas Online Penulisan Kreatif

Siapa ada bakat terpendam dan berminat menulis cerpen atau novel tapi tidak tahu bagaimana hendak menggilap bakat tersebut?. 

Kalau nak tahu, Akademi Bekerja Di Rumah ada guru berwibawa untuk mengajar dan menajamkan bakat penulisan anda dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.


Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang minat belajar menulis cerpen dan novel. Belajar teknik yang betul bagaimana menulis cerpen. Bila sudah mahir nak tulis novel pun tak jadi masalah.

1. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen dan travelog pengalaman. 

Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Belajar Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali atau seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu dan menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat ke? Boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

2 ulasan:

  1. Terima kasih Ruslinda. Salah seorang pengajar kelas tersebut Puan Mazlia Murat merupakan bekas editor di sebuah syarikat penerbitan terkenal di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedua-duanya guru terbaik penulisan kreatif ABDR ;-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...