Rabu, 3 September 2014

Kenapa saya menyertai kelas bisnes ABDR?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Bagi suri bekerja, waktu cuti adalah hari yang paling bahagia sekali. Kenapa? Sebab tidak perlu menghadapi suasana kerja yang penuh 'politik' dan birokrasi. Apabila berada di rumah bersama anak-anak, saya rasa bahagia walaupun rumah bersepah dengan mainan, makanan tumpah ke lantai, kain baju penuh sebakul dan kena memasak lebih kerap/banyak daripada biasa. Rasa puas dapat melihat anak-anak di depan mata dan menyuap mereka makan. Bertambah riuh apabila anak-anak saudara bertandang, macam kena pecah rumah!

Pada sambutan Hari Kebangsaan ke-57 yang lalu jatuh pada hari Ahad, maka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bercuti selama 3 hari pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin sebagai ganti. Mertua dan ipar-duai telah datang berkampung di rumah saya kerana bapa mertua mahu menyaksikan secara langsung perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Jadi berangkatlah semua kaum bapa dan anak-anak lelaki ke Dataran Merdeka, manakala kaum ibu dan anak-anak kecil hanya menyaksikan acara di kaca tv sahaja, tak kuasa mak nak berasak-asak di tengah-tengah panas dan orang ramai tu.

Bila duduk di rumah beramai-ramai ni perut asyik lapar sebab banyak bercakap dan bercerita. Selepas makan, makan lagi. Tak sempat kering air sinki dah mula memasak semula. Walaupun badan letih tetapi tidak sama dengan keletihan dan stress bekerja seharian di pejabat.

Atas sebab itulah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah - saya mahu bersama anak-anak dalam masa sama dapat menjana pendapatan. Maka, saya perlu membina asas dan belajar bisnes online sebelum saya melepaskan pekerjaan sekarang atau bersara awal.

Di sini lahirnya sebuah cinta.


Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...