Rabu, 10 September 2014

Super Wahm Super Mom


Alhamdulillah, hanya kerana ingin mengisi kekosongan masa, bidang jahitan sudah mula menjadi sumber pendapatan saya sekarang.

Sebagai ibu dan isteri yang bekerja dari rumah, saya tidak perlu risau mengharungi kesesakan lalu lintas. Juga masalah lain seperti kenaikan yuran taska, masalah pembantu rumah lari, masalah cuti tahunan yang sudah habis. Saya bersedia apabila keluarga memerlukan saya, kerana saya sentiasa ada apabila mereka memerlukan. Saya tidak perlu risau anak-anak tertinggal van sekolah kerana saya sendiri boleh menghantar dan menjemput. Saya tidak perlu risau anak saya didera oleh pengasuh kerana mereka sememangya tidak memerlukan pengasuh.

“Mungkin ada yang menyangka kehidupan ibu-ibu bekerja dari rumah itu mudah. Akan tetapi saya merasakan pendapat itu tidak boleh diterima sepenuhnya. Ini kerana kami tidak akan berjaya tanpa pengurusan masa dan kewangan yang betul.” Norain Kanafi. 

Wahm (work at home mom) Ibu bekerja di rumah.

Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah. Jangan terikat apabila bergelar wahm, kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja kita dari masa ke semasa.

Usahawan sepenuh masa.

Apabila kita sudah ada peningkatan dalam pengurusan bisnes dari rumah atau pun bisnes sudah pun makin berkembang, ada yang akan berhijrah dari kedai online ke kedai fizikal. Ada juga dari kedai fizikal ke kedai online. Tetapi matlamat yang sama masih boleh bekerja di mana-mana sahaja dan kebebasan sebenar masih boleh urus dan ada pejabat dari rumah.

Ubah kebiasaan.

- Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada. Jadikan ia fleksibel mengikut kesibukan kita.
Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.

- Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat.
Saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.

- Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat.
Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu memberi perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.

Pengurusan masa untuk wanita.

Surirumah mahupun wanita bekerjaya tetap mempunyai rutin harian yang pelbagai. Menguruskan pelbagai perkara serentak atau setiap hari. Tuntutan waktu menyebabkan anda mengutamakan apa yang lebih penting agar tidak terperangkap dengan kerja bertangguh yang terlalu banyak pada satu masa.

Rutin harian wanita terutama yang sudah berkahwin tidak akan habis, ia sentiasa berulang-ulang setiap hari, minggu dan seterusnya. Pengurusan masa dan kerja sangat perlu untuk membolehkan kita tetap efektif setiap hari. Berikut beberapa tips mengurus masa agar lebih sistematik.

Baca lagi dari Ebook Super Wahm Super Mom.

Alhamdulillah, selamat datang pelajar September 2014, bergabung dengan kami, 850 blog, 40 pengurus online, 25 kelas, 11 guru online dan 2 trainer kewangan bertugas.

Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...