Rabu, 17 September 2014

Wanita, Ibu, Isteri Dan Pekerja



 Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Saya bermula di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dengan mendaftar dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage pada 7 April 2014. Tujuan asal saya menyertai ABDR untuk belajar bisnes online sebagai persediaan sebelum berhenti kerja.

Selepas mendaftar, saya diberikan 4 ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog, ebook 101 Idea Home-Based Bisnes, ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom.

Semua ebook ini saya cetak dan simpan supaya mudah diulang baca. Sampai sekarang ebook ini masih saya gunakan sebagai panduan. Apabila saya hilang fokus atau terbejat kerana terlalu banyak perkara baru di arus media sosial, saya akan membaca semula kisah-kisah motivasi dalam ebook ini untuk memulihkan  semangat yang terbang dan kembali ke landasan.

Hari ini saya hendak mengulas tentang ebook Super WAHM, Super Mom hasil pembacaan saya. 

Sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan pekerja, kita terpaksa berjuang setiap hari untuk menyelesaikan tugasan tersebut dan tidak dinafikan rutin harian itu amat memenatkan. Oleh itu tekanan mental dan fizikal tidak dapat dielakkan dan perlu diurus dengan baik supaya tidak membebankan fikiran dan emosi diri. Wanita mesti memberikan ruang di antara masa bekerja, masa untuk diri sendiri serta masa berkualiti bersama anak-anak dan keluarga.

Semua orang sentiasa sibuk tidak kira suri bekerja atau suri rumah. Namun suri yang berada di rumah adalah bekerja sepenuh masa untuk keluarga. Bekerja dari rumah (WAHM) pula adalah komitmen antara keluarga dan ekonomi (kewangan).

Bekerja dari rumah (WAHM) boleh dimulakan dengan mengenalpasti kekuatan atau kepakaran masing-masing untuk dijadikan punca pendapatan. Mesti berasa selesa dan serius untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga tetapi tetap berada disisi keluarga di rumah.

Kemudian pasarkan kepakaran atau kebolehan di ruang iklan media sosial seperti fb, blog, email, Mudah.com dan sebagainya untuk mendapat pelanggan atau bakal pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

Oleh itu diri sendiri adalah majikan yang utama tetapi masih memerlukan faktor penaik untuk mengekalkan momentum WAHM. 

Dan yang paling penting adalah MASA. Di antara cabaran yang perlu di ambil perhatian untuk menjadi Super WAHM Super Mom adalah :-
  1. Pengurusan masa
  2. Tidak membuang masa
  3. Membuat agihan masa 
  4. Rancang aktiviti harian 
  5. Multitasking
  6. Disiplin mengikut jadual atau rancangan
  7. Jangan terkongkong dengan suasana di rumah 
  8. Rehat dan rawat diri sendiri untuk kekal cergas

Terima kasih kepada Pn. Masayu Ahmad yang tidak jemu menulis tentang wanita, keluarga dan kerjaya.


Terima kasih kepada Pn. Anys Idayu Zakaria, seorang guru online yang sabar mengajar kakak didik ini tentang permulaan membina kedai bisnes online.

Ebook Super WAHM Super MOM (Harga : RM25)
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang suntikan motivasi yang terdapat dalam ebook ini, hubungi saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...