Jumaat, 31 Oktober 2014

Rumah Lelong # 1

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Sob..sob, perasaan sedikit kecewa kerana rancangan nak masuk bida sebuah rumah lelong tapi call-off di saat akhir. Baru pertama kali hendak mencuba nasib, tapi tak mengapa saya akan cuba lagi. Mesti!

Anda pernah cuba bida / membeli rumah lelong? Macam-macam rasa ada dalam perut dan fikiran kan. Rasa gelisah, gemuruh, seram sejuk, pening, mual, eh..eh mengalahkan orang mengandung :)

Saya dah survey rumah lelong yang berpotensi dan berpatutan dengan sumber kewangan saya. Kenapa rumah lelong? Sebab harga hartanah di Kuala Lumpur ni sangat menakjubkan. Apartment untuk dijual 650sf pun dah mencecah RM150k! Bila saya tanya agen, dia kata gaji suami isteri tidak boleh lebih RM5k sebulan untuk membeli rumah tu.

Kalau hendak beli rumah bertanah (teres) pula, rasa macam putus nafas tengok harganya. Setengah juta dan lebih lagi ada.

Kalau beli rumah lelong dapat la murah 20%-30% kan. Tapi kena rajin cari la. Bukan setiap masa ada rumah yang molek dengan harga dan poket kita.

Memang salah satu hobi saya adalah membaca tentang jualbeli / lelong rumah. Saya mahu menyediakan 'payung sebelum hujan'. Sementara masih ada sumber pendapatan dan makan gaji, saya mahukan rumah (atau beberapa buah rumah-Insya Allah) sebagai aset saya di hari tua dan boleh di jual semula apabila memerlukan wang tunai segera untuk keperluan mendesak seperti anak-anak menyambung pengajian kelak atau kecemasan lain.

Mari saya ceritakan pengalaman saya hendak masuk bida rumah lelong tapi call-off di saat akhir. Tak sempat ke tempat lelong pun, dah kecundang sebelum bertarung dengan tukul :)

Untuk pertama kali ini, saya melalui seorang agen hartanah yang sudah lama dalam bidang ini, En. Izwan. Boleh je pergi / buat sendiri tapi saya belum yakin.

Selepas menghubungi En. Izwan untuk menyatakan khidmat yang saya mahukan, dia daftarkan saya dengan pelelong. Jadi ingat, semasa anda mendaftar untuk masuk proses lelong, anda hendaklah memberikan maklumat peribadi yang dikehendaki dengan betul. Jangan bagi nama samaran atau alamat palsu.

Proses lelongan yang saya sertai akan berlangsung jam 3.30 petang. Agen dah pesan suruh datang jam 2.30 petang bersama kad pengenalan dan bank draf. Jadi jam 10 pagi barulah saya pergi ke bank buat bank draf  itu. Tetapi jam 1130 pagi hari yang sama, agen telefon memaklumkan rumah yang saya hendak bida telah call-off :(

Memang saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana telah dinasihatkan oleh agen supaya tidak menaruh harapan dan jangan beli bank draf terlalu awal.

Sebelum hari lelongan, kita mestilah selidik tentang hartanah yang kita kehendaki itu. Pergi tengok keadaan rumah tu, mana tahu macam rumah hantu ke rumah tinggal ke. Kalau boleh cek yuran selenggara sekali (untuk flat/apartment/condo), mana tahu dah bertahun tertunggak.

Macam kes saya, suami pergi skodeng rumah yang kami nak bida tu pada waktu malam. Rumah tepi sekali (endlot). Pemerhatian dari luar nampak keadaan rumah tu baik je, ada pintu bergril, mungkin rumah keluarga kelamin. Kalaulah saya menang rumah itu.

Baca P.O.S tu betul-betul, berapa peratus kena bawa deposit semasa hari lelong nanti 5% atau 10%. Sama ada bank akan tanggung tunggakan cukai / bil selenggara / bil air dan elektrik.

Perlu bersedia dengan wang tunai di tangan untuk membayar beza harga berjaya bida nanti. Tapi ingat, tetapkan had anda, harga yang anda mampu. Jangan ikut hati. Banyak lagi rumah lain. Pastikan harga lelong dibawah nilai pasaran.

Semak juga kelayakan pinjaman bank anda. Kalau banyak komitmen, berhati-hatilah. Mana nak cekau duit nanti.

Fuhh..kebas jari jemari menaip guna telefon bimbit, dah la telefon kecik, tulisan pun kecik. Mata pun dah kecik ni.

Nanti saya sambung cerita pengalaman membeli bank draf. Nak buat apa dengan bank draf tu, macam mana rupanya. Apa benda P.O.S tu, Poslaju ke. Hahaha, tunggu..

Mr. Bear ini tiada kaitan dalam cerita ini, saje nak interframe.
Jumpa lagi :)

Khamis, 30 Oktober 2014

Kelas Dropship

Kelas Blog Mula Bisnes.

-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
-suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital

Sudah ada produk, boleh mula dengan produk sendiri untuk belajar membina blog kedai online.

Belum ada produk, boleh mula dengan dropship ABDR, belajar hasilkan blog kedai online.

Pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.


Kelas dropship ABDR:

Satu Pilihan Produk 
1. Makanan Sunnah (Air Zam-Zam, Jus Delima, Madu dll) 
2. Produk Makanan (Pek Nasi Arab, Serunding, Keropok dll) 
3. Telekung Solat 
4. Produk Islamik (E Iqra, Quran Digital) 

Dua Pilihan Produk (2in1)
1. Makanan Sunnah & Produk Makanan 
2. Makanan Sunnah & Telekung Solat 
3. Makanan Sunnah & Produk Islamik 

Pilih kelas yang anda mahu dan hubungi saya,

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 29 Oktober 2014

Idea Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Bismillah..

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan Akademi ini. Banyak benda baru yang saya pelajari, banyak idea yang muncul dan ramai kenalan dalam berbagai kepakaran dan bisnes masing-masing.

Apabila membaca ebook 101 Idea Home Based Bisnes, perasaan teruja dan bersemangat terasa meresapi diri. Mahu memulakan segera idea yang dirasakan sesuai dengan kemahiran / kemudahan yang ada.

Minda anda akan terbuka apabila membaca ebook ini. Rupanya banyak lagi benda / perkara / kemahiran yang boleh di komersialkan dan menjadi sumber pendapatan kepada kita. Asalkan kita mahu melakukannya dan istiqamah. 

Ebook ini juga menunjukkan contoh dan jenis perniagaan yang boleh di cuba mengikut kesesuaian diri masing-masing. Walaupun hanya disenaraikan 101 idea tetapi mungkin boleh difikirkan dan berkembang menjadi 1001 idea!.

Tetapi jangan pula hanya separuh jalan apabila melakukan sesuatu. Kuatkan azam, sematkan matlamat dan panjatkan doa kepada Allah SWT, agar apa yang kita mulakan dapat dikecapi manis kejayaan.

Sekiranya tersasar dari landasan atau hilang fokus, baca semula ebook ini untuk membetulkan momentum anda. Pasti segar semula.

Borang Tempahan
Jumpa lagi :)

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Penulis: Norzalina Hamzah
Guru Online: Aishah Hussein
Kelas Blog dan Penulisan

Berikut saya kongsikan langkah demi langkah menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya dan rasa takut mencuba. Harapnya maklumat ini sedikit sebanyak merungkai persoalan dan pertanyaan yang ada. Kelas ini kelas online, tentunya perlu ada talian internet dan komputer.

Langkah 1- Berhubung dengan mana-mana pemilik blog yang memiliki logo ABDR atau terus dengan Guru Online. Tanya apa sahaja yang bersarang dalam kepala tentang ABDR atau kelas yang ditawarkan.

Langkah 2- Setelah memilih untuk belajar kelas blog penulisan, pilih pula yuran yang padan dengan bajet. Yuran antara RM150, RM180, RM200 atau RM250. Bezanya pada jumlah ebook yang akan diperolehi. Buat bayaran dan hantar bukti pembayaran.

Langkah 3- Baca Ebook Belajar Asas Blog sampai habis. Ini buku teks kelas ini.

Langkah 4- Jawab 8 soalan analisa. Soalan akan dihantar melalui email dan perlu dijawab sebaik-baiknya. Informasi yang diberikan dari 8 soalan ini akan membantu menentukan minat, kebolehan, potensi dan peluang untuk kita menentukan tajuk blog dan untuk kita bermula dalam penulisan blog.

Langkah 5- Anda akan diberi akses kepada satu facebook group untuk kelas yang anda pilih di bawah bimbingan Guru Online pilihan. Di sinilah kelas berlangsung. Guru Online akan menyediakan satu dokumen atas nama setiap pelajar. Dokumen ini menjadi rujukan pelajar merujuk senarai tugasan juga mendapatkan pelbagai panduan dan "how to".

Langkah 6- Kelas online beroperasi sepenuhnya atas platform facebook. Setiap tugasan yang diberi anda boleh buat pada bila-bila masa kelapangan anda. Sekiranya ada soalan, ajukan terus kepada Guru Online. PM terus. Walaupun Guru Online mungkin tidak menjawab terus, anda boleh teruskan dengan tugasan yang lain pula sementara kemusykilan anda terjawab.

Langkah 7- Tulis 44 entri. Tulis entri demi entri. Masa ini belajar mencari idea, belajar menulis, perbaiki teknik menulis dan macam-macam lagi.

Langkah 8- Sambil itu, kemaskini setiap tajuk entri pada dokumen tadi untuk mudah keep track status kita. Guru Online akan pantau dari semasa ke semasa, buat semakan pada entri penulisan kita, beri komen dan beri idea dan pendapat.

Langkah 9- Hendak siapkan tugasan mungkin ambil masa 22 hari, 44 hari, 88 hari atau berhari-hari lagi. Ini terpulang kepada keupayaan dan keterujaan pelajar sendiri. Tetapi adalah sangat digalakkan untuk pelajar menghabiskan tugasan dalam tempoh 2 bulan supaya mereka boleh fokus kepada peringkat seterusnya. 

Di akhir 44 entri, anda ada beberapa pilihan:

1) Terus menulis bagi membina kelompok pembaca blog anda sendiri secara konsisten.

2) Menjadi Pengurus Online ABDR mempromosi produk online menjana pendapatan.

3) Menjadi Rakan Niaga ABDR, bisnes dropship. Maklumat lanjut di http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com

4) Tambah ilmu dengan menghadiri kelas-kelas anjuran ABDR yang lain seperti Kelas Ebook Pertama, Kelas Wordpress dan macam-macam lagi.

Teruskan membaca di blog beliau
http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/10/kelas-online-asas-blog-penulisan.html

****************************************************************
Anda pemalu tetapi berminat memulakan bisnes online. Apa kata sertai saya di sini.


Kelas asas blog dan fan page (bisnes)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.

b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.

c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.

d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.

e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.

g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

h. Untuk mula, kita analisa dahulu. Pendaftaran adalah setiap hari. Hubungi saya untuk pendaftaran dan analisa awal.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Selasa, 28 Oktober 2014

Usahawan Dan Pelanggan Online

Ulasan pembaca.

E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.

Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan.

Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.

Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan.


RM 30 (harga asal RM 50)
Bonus satu ebook pilihan dengan pembelian ebook ini.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Isnin, 27 Oktober 2014

Tips Jejak Carian

Tips asas blog.

Meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan. Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali. Ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.

Tips jejak google:
1. Nama kita sebagai penjenamaan
2. Email juga penjenamaan
3. Blog

Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google. Sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum?

Jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google.

Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut kad pengenalan (ic).

Belajar lanjut cara ini dalam Kelas Online Blog ABDR.

RM 50

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Selamat Tahun Baru 1436H kepada semua rakan pembaca.

Hari ini 1 Muharam, bulan pertama Islam. Mari kita perbanyakkan doa dan minta keampunan dari Allah SWT agar tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Buka buku baru untuk HIJRAH kehidupan yang lebih baik, dirahmati, diberkati dan diredhai Allah SWT.

Ya Allah, 
Bukakanlah untuk kami pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.

Aamiiin ya Rabbal 'Alamin.
  
Berdoalah pada bila-bila masa kerana doa itu merupakan ibadah.

Salam Maal Hijrah.

Rabu, 22 Oktober 2014

Kelas Akaun Terkini

Pendaftaran bagi 3 jenis Kelas Asas Akaun ini masih dibuka:
1. Kelas Akaun online 
30/10/2014, Khamis
2/11/2014, Ahad
Sesi online selama 3 jam

2.Grup Coaching bagi grup kecil
Tarikh: 4/11/14, Selasa
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras

3. Bengkel bagi grup besar (15-30pax)
Harga PROMOSI RM199 
Tarikh: 8 Nov 2014
Lokasi: Shah Alam

Usahawan yang berminat untuk menghadiri kelas akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah ini, boleh hubungi saya untuk kelas yang dikehendaki.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tips Pengendalian Fondant

Penulis: Norliza Hamid
Guru Online: Norazizah Sudin
Kelas Asas Blog Dan Fanpage Mula Bisnes

Apa itu Fondant?

Fondant atau rolled fondant sering disebut dengan plastic icing atau juga disebut pasta gula (sugar paste).

Fondant adalah bahan dekorasi kek yang elastik dan sangat mudah dibentuk mengikut keinginan kita. Biasanya fondant digunakan untuk disalutkan pada kek dan juga digunakan untuk membuat hiasan seperti riben, kerutan/renda, bunga juga figurine.

Fondant 'ready made' bentuknya seperti play dough/plastic dough mainan anak-anak, hanya warna adunan ini berwarna putih. Saat baru dibeli dalam kemasan plastik biasanya keadaannya agak keras dan harus diuli terlebih dulu sampai lembut sebelum digunakan.

Fondant diperbuat dari campuran bahan seperti gula, gelatin, glucose, glycerin, dan shortening. Anda juga boleh membuatnya sendiri, tetapi pada pendapat BN lebih praktikal jika kita gunakan fondant yang sedia ada dijual di kedai menjual bahan-bahan bakeri. Terdapat pelbagai jenis brand fondant berada di pasaran dan harganya berpatutan dan tentunya lebih menjimatkan masa. Jika kita lihat fondant yang dijual bukan sahaja berwarna putih tetapi terdapat pelbagai fondant berwarna juga dijual di pasaran sekarang ini. Untuk mendapatkan fondant yang warna warni biasanya harus dicampur dengan pewarna makanan, yang paling bagus adalah bentuk pewarna yang berupa paste atau gel ataupun oil base.


********************************************************************

Sertai kami 860 blog. Kami mara 1000 penyertaan akhir tahun ini. Pendaftaran kelas online blog dibuka setiap hari. Khas untuk suri yang mahu belajar berbisnes online dan usahawan yang mahu belajar hasilkan blog kedai online sendiri. Jika tak sempat belajar boleh tempah sahaja. Kami akan siapkan. Khas untuk mereka yang sudah ada blog, tapi masih tidak konsisten menulis. Kerana menulis di blog juga perlukan sokongan, panduan dan tunjuk ajar.

Bagi yang mahu mula secara dropship, boleh sertai kelas online blog bisnes dropship pilihan. Mula belajar hasilkan blog kedai online dan boleh terus mula berjualan.


Antara produk-produk laku keras yang ditawarkan ialah:
  1. Produk Makanan Sunnah
  2. Keropok Kering Kelantan
  3. Serunding
  4. Set Nasi Arab
  5. Minuman Coklat

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Ahad, 19 Oktober 2014

Usahawan Online

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Boleh saya bantu anda?

1. Saya ada koleksi pakaian wanita yang mungkin menarik minat anda untuk digayakan dalam majlis dan kenduri.

2. Saya ada koleksi ebook untuk rujukan dan bacaan yang mungkin anda sedang cari dan perlukan.

3. Saya adalah Pengurus Online ABDR untuk membantu anda menjadi usahawan dalam talian (online). 

Sekiranya anda mempunyai sesuatu kemahiran, minat dan hobi, gunakan kebolehan itu sepenuhnya dengan berkongsi dan bercerita di blog dan fb

Sekiranya anda mempunyai produk bisnes kecilan atau besaran, kongsikan dan bercerita di blog dan fb. 

Menulis kelebihan diri dan kepakaran kita di blog bukan untuk bermegah, tapi dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang kita ada dan kita tahu, mungkin tak diketahui orang lain. Dan mungkin sangat-sangat diperlukan oleh orang lain.

*********************************************
Anda sudah bersedia untuk menyertai saya di Akademi Bekerja Di Rumah?. Pendaftaran dibuka setiap hari untuk kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
Mula belajar menulis berdasarkan minat dan kemahiran, belajar menulis secara konsisten.

2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.
-Produk sendiri
-Dropship makanan sunnah
-Dropship produk makanan
-Dropship telekung solat
-Dropship produk islamik

3. Kelas beriklan di mudah.my

4. Kelas penulisan kreatif.

5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online

6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

7. Kelas penulisan ebook

8. Kelas asas wordpress


Servis yang kami ada:

1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap

2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog

Baca dan fahamkan dulu kategori kelas. Pilih pakej yuran, jejak dahulu rakan-rakan yang telah sertai kami. Bila sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
Sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Jumpa lagi :)

Sabtu, 18 Oktober 2014

Tip Urus Masa dan Tekanan

Sumber: MasayuAhmad.com

Tips urus masa / tekanan suri kerja dari rumah.

Kata suri K,
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."

Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap:

1-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangun dahulu. Mulakan apa boleh selesai.

2-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang.

3-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu.

4-Buat senarai malam hari 1 hingga 20.

5-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi.

Baca lagi dalam naskah ebook Super Wahm Super Mom, perkongsian sebenar ibu-ibu bekerja dari rumah.

RM 25

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Jumaat, 17 Oktober 2014

Pakej Mampu Milik


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan Pakej Mampu Milik khas untuk suri yang serius mahu belajar berbisnes secara online.

Apa yang dimaksudkan dengan Pakej Mampu Milik ini?

☆ Belajar siapkan blog kedai online, dengan bayaran yuran yang sangat minima
☆ Boleh menjadi agen dropship ABDR
☆ Tak perlu simpan stok
☆ Tak perlu uruskan pengeposan/penghantaran

Berapakah yuran pakej ini?

☆ RM200 yuran kelas blog mula bisnes + boleh menjadi Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (jalankan promosi kelas online dan ebook dan kumpul komisen bagi setiap jualan).

☆ Boleh pilih sama ada dropship produk makanan, makanan sunnah atau produk islamik.

☆ Boleh dibayar penuh atau ansuran.
> RM200 (bayaran penuh) atau
> RM100 x 2 atau
> RM50 x 4

Bagi yang mahu dapatkan pakej mampu milik ini, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 16 Oktober 2014

Jubah

Siapa peminat jubah, mai tengok sini sat kot-kot ada yang berkenan di hati untuk majlis kenduri kendara yang akan datang di musim cuti sekolah nanti. 

Jubah Sulaman
Color: Red + Black (XXL sahaja)
Material: Chiffon
Harga: RM 90
Free PosLaju
Ukuran: Rujuk Gambar


Jubah Sulaman
Color: Purple Green (M sahaja)
Harga: RM 90
Free PosLaju
Material: Chiffon + Cotton
Ukuran: Rujuk Gambar



Printed Jubah
Color: Yellow + Turquoise  (L sahaja)
Harga: RM90
Free PosLaju
Material: Chiffon + Cotton
Ukuran: Rujuk Gambar


Emerald Green Printed Jubah
Color: Emerald Green (M sahaja)
Material: Chiffon
Harga: RM 90
Free PosLaju
Ukuran: Rujuk Gambar

Flowery Chiffon Jubah
Color:Yellow + Green (M sahaja)
Harga: RM 90
Free PosLaju
Material: Chiffon + Cotton
Ukuran: Rujuk Gambar


Kalau ada yang berkenan, whatsapp saya ye. 
Saiz cuma tinggal yang dinyatakan sahaja tau. Ukur betul-betul ;)

5 Rahsia Bilik Hotel

Kepada anda yang suka melancong dan menginap di hotel, sila baca demi kesihatan anda. Saya pun baru terbaca ni sebab kami anak-beranak suka melancong dalam negara, bajet ciput je ;), tak kan nak balik hari kalau perjalanan jauh, mestilah bermalam di hotel dahulu untuk menghabiskan cuti atau cuti hujung minggu.

Sumber: http://www.vvip.my/2014/10/awas-5-rahsia-bilik-hotel-yang-wajib.html

5 Rahsia Bilik Hotel

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya diberi masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. 

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh. 

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. 

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. 

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik 

Ah! Cerek air di bilik hotel, siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. 

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. 

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. 

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada. 

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.  

Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka 

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. 

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah sama ada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri. 

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. 

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum 

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa. 

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. 

Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa? 

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. 

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik 

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. 

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. 

5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Rabu, 15 Oktober 2014

Ulasan Kelas Asas Akaun Online

Penulis: Nurhidayah Bahari
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor

Ulasan Kelas Asas Akaun Online


Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius di dalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.

Namun realitinya apa yang kita buat?. Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan?

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.

Namun realitinya?. Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1,000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya?. Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu di dalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.


******************************************************************

Jika anda berminat untuk baik pulih akaun bisnes, mari sertai kelas asas urus akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah bagi membantu WAHM SOHO menguruskan aliran kewangan bisnes:
  1. Bengkel offline
  2. Kelas Online
  3. Personal Coaching
  4. Grup Coaching
Hubungi saya,
Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...