Jumaat, 10 Oktober 2014

Kedai Dalam Talian

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi sendiri

Selamat bersantai di hujung minggu kepada semua suri. Hujung minggu sangat dinantikan untuk bebas dari tugas pejabat bagi suri bekerja macam saya. Dulu semasa saya bekerja shif, hujung minggu tiada maknanya kerana waktu bekerja tidak menentu. Orang tidur, saya bekerja. Orang bekerja, saya tidur. Letih minda dan fizikal kerana bekerja macam robot dan tidak perasan waktu siang atau malam.

Tapi sekarang, alhamdulillah dapat bekerja waktu pejabat (kadang-kadang sahaha kena keluar kawasan). Masuk kerja pagi, petang dah balik boleh ambil anak di nursery dan memenuhi permintaan anak-anak untuk bermain di taman.

Di kawasan perumahan saya ada taman permainan mini tetapi terlalu ramai kanak-kanak. Kesudahannya nanti, anak-anak saya akan bermain pasir sahaja kerana semua alat permainan sudah penuh.

Untuk tidak menghampakan mereka, sekiranya suami saya dan saya sendiri tidak bekerja di hujung minggu, kami akan membawa anak-anak bermain di Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa atau Padang Awam Selayang untuk bermain layang-layang. Seronok tengok gelagat mereka dan kanak-kanak yang lain di situ. Kami bawa dua buah bola untuk bermain sama-sama.


Di samping itu, boleh kemaskini kedai online saya ini ;)

Langkah awal memulakan bisnes tak semestinya kita perlu buka butik bertaraf 5 bintang di kompleks beli belah yang hebat. Memadai dengan kedai kecil. Nak lebih kecil lagi pun boleh, kedai dalam talian (online) sahaja melalui blog yang tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa. Malah ia mampu menjimatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit.

Untuk mereka yang baru mahu mula belajar bisnes, sertai kelas online blog mula bisnes. Belajar hasilkan blog kedai online. Anda akan belajar :-
  1. membuat tempahan
  2. menerima transaksi
  3. mengurus pelanggan
  4. belajar skrip jualan
  5. produk fizikal atau produk digital
Bagi yang tiada produk, boleh mula dengan dropship ABDR. Hanya buat pilihan produk dropship berikut :-
  1. makanan sunnah
  2. telekung solat
  3. produk makanan
  4. produk islamik
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Pengurus Online
https://www.facebook.com/ruslindajalil
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...