Isnin, 13 Oktober 2014

Membina Kepercayaan Pelanggan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Anda kenal saya ke?
Kita pernah berjumpa ke?
Apa yang anda cari?
Bagaimana anda jumpa blog saya?
Bolehkah saya dipercayai?

Tentu banyak persoalan sebelum anda membuat keputusan untuk berurusan dengan saya sama ada membeli pakaian/ebook atau mendaftar kelas online/dropship ABDR.

Semua orang ada sifat curiga dan susah percaya kepada orang yang baru dikenali. Ini langkah yang baik kerana dapat mengelakkan diri dari tertipu dan mudah ditipu. Orang kata manusia rambut je sama hitam, tapi hatinya lain-lain. Kita tidak tahu niat orang lain.

Anda kenal saya hanya melalui blog dan fb sahaja, kita tidak pernah berjumpa. Anda tahu sedikit tentang saya. Nama saya sama seperti nama blog ini. Kenapa saya guna nama sendiri?

Kata guru saya, elakkan guna nama samaran berbanding nama sendiri. Mana satu yang lebih nampak meyakinkan dan profesional? 

Dalam bisnes online, kepercayaan itu penting kerana kita melakukan proses transaksi wang secara online sahaja. Kalau tiada kepercayaan, tak mungkin orang sanggup transfer duit dalam nilai yang banyak untuk membeli sesuatu produk dari kita.


Cuba kita lihat Internet Marketer, penceramah dan pakar motivasi terkenal. Semua mereka menggunakan nama sendiri di website/blog. Inilah tujuannya untuk branding bisnes dan membina kepercayaan pelanggan serta bakal pelanggan.

Jadi kesimpulannya, belajar Asas Blog dahulu. Dari situ dapat belajar cara untuk terus melekat dalam 'google search' dan nama serta produk kita berada di carta carian goggle.

Bagi yang mahu belajar membina blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, boleh bergabung bersama kami 860 alumni.

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. 
Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. 
Semua orang pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk makanan
- dropship produk islamik
- dropship telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Kelas penulisan ebook
8. Kelas asas wordpress


Pendaftaran dan pentanyaan terus melalui saya.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

2 ulasan:

  1. saya pakai nama sendiri pun orang kata menyamar jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb nama akak klasik & rare, tu pasal dorang x caye. Tp saya suka nama akak :-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...