Rabu, 8 Oktober 2014

Kepentingan Akaun Semasa untuk Usahawan

Penulis: Anys Idayu Hj Zakaria
Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah

Alhamdulillah, sekarang sudah ada akaun semasa. Saya tak perlu risau lagi kalau sehari lebih daripada 10 transaksi keluar masuk ke akaun bisnes ini :)  Lebih mudah juga untuk kita asingkan wang bisnes dan wang peribadi sebenarnya.

Ok, di sini saya ringkaskan sedikit tips untuk mereka yang mahu buka akaun semasa untuk bisnes :

1. Daftar secara online di Maybank2u, daftar untuk buka akaun semasa. Hanya perlu sediakan RM500, tanpa penjamin jika daftar secara online. Baca segala syarat yang telah disediakan di situ.

2. Tunggu sehingga 3 hari, pihak bank telefon. Jika masih belum hubungi, kita perlu ambil alternatif hubungi pihak bank tersebut untuk pengesahan.

3. Pergi ke bank, bawa kad pengenalan. Wang RM500 boleh pindahkan secara online atau masukkan di mesin ATM bila akaun sudah dibuka.

4. Pastikan kita mengisi nama bisnes dengan lengkap untuk mengelakkan sebarang pertanyaan dan soal jawab dari pihak bank.

5. Jangan lupa minta pegawai bank ''link''kan akaun simpanan kita dengan akaun semasa yang baru dibuka. Untuk mudah kita semak dan urus pengeluaran dengan hanya satu kad bank sahaja.

6. Selesai.

Mudahnyakan. Ok untuk yang tambah ilmu kewangan bisnes, kalian mesti hadiri bengkel urus akaun bisnes ini. Insya Allah lebih banyak manfaat dan perkongsian tentang urus kewangan yang akan kita perolehi. 
  • Belajar rekod dan catat aliran tunai
  • Belajar mengapa banyak kos lebur, untung tidak ada
  • Jejak kenapa jualan sudah banyak, untung tidak ada
  • Belajar jejak punca kebocoran wang
  • Belajar untuk simpan dan reward diri atau gaji untuk diri sendiri dahulu
Baca lagi di blog guru saya ini di 

*****************************************************
Jika anda berminat untuk baik pulih akaun bisnes, mari sertai kelas akaun anjuran ABDR bagi membantu WAHM SOHO menguruskan aliran kewangan bisnes:

1.Grup Coaching (4-6pax)
14/10/14, Selasa
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Yuran RM250
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. Kelas online - 12 Oktober 2014, Ahad
13 Oktober 2014, Isnin
Sesi online selama 3 jam
10am-1.00pm
Yuran RM150


3. Bengkel bagi grup besar (15-30pax)
Harga PROMOSI RM199 di Shah Alam 11 Oktober 2014, Sabtu.
9.15am-5.15pm

4. Yang terbaru, Personal Coaching (One to one)
Ada dua jenis:
1. MYOB SOFTWARE: 6 jam kursus.
2. Basic accounting: 5 jam kursus. Manual accounting.

Hubungi saya untuk pendaftaran kelas.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...