Rabu, 1 Oktober 2014

Peralatan Asas Kraftangan Felt


Di Akademi Bekerja Di Rumah, pesertanya terdiri daripada berbagai latarbelakang, pendidikan dan mempunyai minat / kemahiran tersendiri. Kami bercerita dan berkongsi di ruangan blog dan fb masing-masing supaya perkongsian kami dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Sekiranya anda mahu belajar membina blog bisnes atau blog peribadi, boleh sertai kami 860 blog dan kami mara 1000 ahli.

Pendaftaran kelas online dan offline adalah setiap hari. Selamat datang Oktober yang cemerlang!

***************************************************
Penulis: Nor Amalina
Kelas asas blog dan penulisan

Peralatan asas kraftangan felt.

Bahan-bahan:

1) Fabrik felt.
Sebelum ini saya ada sebutkan tentang 2 jenis felt yang biasa digunakan di Malaysia. Felt poliester dan felt akrilik. Jadi pilihlah jenis fabrik yang sesuai mengikut projek jahitan yang bakal dijalankan.

2) Fiber.
Digunakan untuk mengisi ruang dalam pola rekaan yang dijahit. Bersifat ringan dan boleh dibeli di kedai alat jahitan dengan harga yang murah. Jika tiada fiber, kekabu juga boleh digunakan.

3) Mounting board atau kadbod keras.
Jika ingin menghasilkan rantai kunci nama atau bingkai gambar misalnya, mounting board ini digunakan di bahagian dalam kain felt sebelum dijahit.

4) Benang.
Untuk jahitan felt, penggunaan benang jahit kain biasa sudah memadai. Jika ingin hasilkan kesan jahitan yang nampak tebal, gandakan sahaja lapisan benang yang ingin digunakan.

Peralatan-peralatan:

1) Gunting.
Peralatan paling penting yang digunakan untuk memotong felt. Gunting haruslah dipastikan sentiasa tajam supaya potongan pola felt yang kemas dapat dihasilkan. Sediakan satu gunting khas untuk memotong kain dan satu gunting khas untuk memotong pola kertas.

2) Jarum.
Jarum yang digunakan haruslah bersesuaian dengan ketebalan fabrik felt yang akan dijahit. Untuk ketebalan sederhana, biasanya saya gunakan jarum yang digunakan untuk menjahit manik. Tujuannya agar jahitan nampak halus dan kemas.

3) Gam UHU.
Kesan lekatannya kuat jika digunakan untuk mencantumkan fabrik felt dengan fabrik felt juga.

4) Gam tembak.
Kesan lekatannya kuat dan lebih sesuai digunakan untuk melekatkan butang, reben atau hiasan tambahan ke atas fabrik felt.

5) Pensel penanda.
Untuk fabrik felt yang berwarna gelap seperti hitam, penggunaan pen penanda berwarna putih amat membantu. Tetapi sekiranya menggunakan pensel penanda, pastikan bahagian yang bertanda adalah bahagian yang akan berada di sebelah dalam jahitan. Kesan tandanya agak sukar dihilangkan dan boleh mencomotkan hasil akhir produk kraf.

6) Pen penanda.
Penggunaan pen penanda khas ini amat digemari di kalangan pengusaha kraftangan felt. Sifat kesan pen yang boleh terpadam dengan sendiri apabila terdedah kepada udara, memudahkan lagi kerja menghilangkan kesan tanda yang tidak diingini. Jika ingin hilangkan kesan tersebut dengan lebih cepat, tekapkan bahagian yang bertanda dengan sedikit air.

7) Pen.
Digunakan untuk melakar dan melukis pola secara bebas mengikut kreativiti sendiri.

8) Pola atau template.
Ada pelbagai cara untuk hasilkan pola kraftangan felt. Cara yang paling baik untuk menghasilkan produk felt yang asli dan beridentiti adalah dengan melukis sendiri polanya. Pola juga boleh dibeli secara atas talian. Cara yang paling biasa dilakukan adalah mencari gambar rekaan yang diingini menerusi carian Google. Cetak gambar tersebut dan guntingkannya untuk dijadikan pola.


****************************************************
Pendaftaran untuk kelas penulisan dibuka setiap hari.

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas-kelas berikut :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship produk makanan
- dropship produk islami
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
Bengkel offline
Grup Coaching 
Kelas Online 
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog

Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com

Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...