Rabu, 15 Oktober 2014

Ulasan Kelas Asas Akaun Online

Penulis: Nurhidayah Bahari
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor

Ulasan Kelas Asas Akaun Online


Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius di dalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.

Namun realitinya apa yang kita buat?. Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan?

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.

Namun realitinya?. Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1,000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya?. Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu di dalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.


******************************************************************

Jika anda berminat untuk baik pulih akaun bisnes, mari sertai kelas asas urus akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah bagi membantu WAHM SOHO menguruskan aliran kewangan bisnes:
  1. Bengkel offline
  2. Kelas Online
  3. Personal Coaching
  4. Grup Coaching
Hubungi saya,
Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...