Rabu, 29 Oktober 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Penulis: Norzalina Hamzah
Guru Online: Aishah Hussein
Kelas Blog dan Penulisan

Berikut saya kongsikan langkah demi langkah menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya dan rasa takut mencuba. Harapnya maklumat ini sedikit sebanyak merungkai persoalan dan pertanyaan yang ada. Kelas ini kelas online, tentunya perlu ada talian internet dan komputer.

Langkah 1- Berhubung dengan mana-mana pemilik blog yang memiliki logo ABDR atau terus dengan Guru Online. Tanya apa sahaja yang bersarang dalam kepala tentang ABDR atau kelas yang ditawarkan.

Langkah 2- Setelah memilih untuk belajar kelas blog penulisan, pilih pula yuran yang padan dengan bajet. Yuran antara RM150, RM180, RM200 atau RM250. Bezanya pada jumlah ebook yang akan diperolehi. Buat bayaran dan hantar bukti pembayaran.

Langkah 3- Baca Ebook Belajar Asas Blog sampai habis. Ini buku teks kelas ini.

Langkah 4- Jawab 8 soalan analisa. Soalan akan dihantar melalui email dan perlu dijawab sebaik-baiknya. Informasi yang diberikan dari 8 soalan ini akan membantu menentukan minat, kebolehan, potensi dan peluang untuk kita menentukan tajuk blog dan untuk kita bermula dalam penulisan blog.

Langkah 5- Anda akan diberi akses kepada satu facebook group untuk kelas yang anda pilih di bawah bimbingan Guru Online pilihan. Di sinilah kelas berlangsung. Guru Online akan menyediakan satu dokumen atas nama setiap pelajar. Dokumen ini menjadi rujukan pelajar merujuk senarai tugasan juga mendapatkan pelbagai panduan dan "how to".

Langkah 6- Kelas online beroperasi sepenuhnya atas platform facebook. Setiap tugasan yang diberi anda boleh buat pada bila-bila masa kelapangan anda. Sekiranya ada soalan, ajukan terus kepada Guru Online. PM terus. Walaupun Guru Online mungkin tidak menjawab terus, anda boleh teruskan dengan tugasan yang lain pula sementara kemusykilan anda terjawab.

Langkah 7- Tulis 44 entri. Tulis entri demi entri. Masa ini belajar mencari idea, belajar menulis, perbaiki teknik menulis dan macam-macam lagi.

Langkah 8- Sambil itu, kemaskini setiap tajuk entri pada dokumen tadi untuk mudah keep track status kita. Guru Online akan pantau dari semasa ke semasa, buat semakan pada entri penulisan kita, beri komen dan beri idea dan pendapat.

Langkah 9- Hendak siapkan tugasan mungkin ambil masa 22 hari, 44 hari, 88 hari atau berhari-hari lagi. Ini terpulang kepada keupayaan dan keterujaan pelajar sendiri. Tetapi adalah sangat digalakkan untuk pelajar menghabiskan tugasan dalam tempoh 2 bulan supaya mereka boleh fokus kepada peringkat seterusnya. 

Di akhir 44 entri, anda ada beberapa pilihan:

1) Terus menulis bagi membina kelompok pembaca blog anda sendiri secara konsisten.

2) Menjadi Pengurus Online ABDR mempromosi produk online menjana pendapatan.

3) Menjadi Rakan Niaga ABDR, bisnes dropship. Maklumat lanjut di http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com

4) Tambah ilmu dengan menghadiri kelas-kelas anjuran ABDR yang lain seperti Kelas Ebook Pertama, Kelas Wordpress dan macam-macam lagi.

Teruskan membaca di blog beliau
http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/10/kelas-online-asas-blog-penulisan.html

****************************************************************
Anda pemalu tetapi berminat memulakan bisnes online. Apa kata sertai saya di sini.


Kelas asas blog dan fan page (bisnes)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.

b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.

c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.

d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.

e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.

g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

h. Untuk mula, kita analisa dahulu. Pendaftaran adalah setiap hari. Hubungi saya untuk pendaftaran dan analisa awal.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...