Sabtu, 4 Oktober 2014

Suri Rumah dan Suri Bekerja

Kata guru saya, ada 10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah. 

Walaupun masih bekerja 'makan gaji' tetapi kita boleh buat secara sambilan dahulu :)

1. Anda sudah ada sumber pendapatan pasif dan aktif secara tetap.

2. Boleh bekerja di bawah tekanan dan bersedia menghadapi apa sahaja risiko.

3. Mendapat sokongan sepenuhnya dari suami atau isteri untuk menghadapi masa di atas di bawah.

4. Mudah dan tajam tindakan apabila mendapat peluang baru.

5. Bijak mengatur strategi untuk kelangsungan bertahan.

6. Boleh dan pandai meletakkan diri pada masa sibuk, tidak sibuk dan super sibuk.

7. Kemahiran, rancang dan rancang semula jenis kerja atau bisnes.

8. Sudah sebati dengan cara kerja sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.

9. Tidak ada istilah putus asa.

10. Seronok apabila berada dalam keadaan sukar mendaki dan terus berusaha, apabila sudah sukses suka berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan orang lain.

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah.

Suri rumah sepenuh masa
Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah
Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif
Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan semata-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Baca naskah wajib ini dahulu
http://www.janawangdirumah.com/ jika sudah tekad mahu bekerja dari rumah.

Sertai mana-mana kelas online ABDR berikut:-

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
- Produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk makanan
- dropship telekung solat
- dropship produk islami
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun online dan offline
6. Pendaftaran Pengurus Online.

Servis yang ditawarkan
1. Tempahan blog bisnes/penulisan - siap 3 hari
2. Beriklan di soho directory


Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...