Rabu, 29 Oktober 2014

Idea Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Bismillah..

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan Akademi ini. Banyak benda baru yang saya pelajari, banyak idea yang muncul dan ramai kenalan dalam berbagai kepakaran dan bisnes masing-masing.

Apabila membaca ebook 101 Idea Home Based Bisnes, perasaan teruja dan bersemangat terasa meresapi diri. Mahu memulakan segera idea yang dirasakan sesuai dengan kemahiran / kemudahan yang ada.

Minda anda akan terbuka apabila membaca ebook ini. Rupanya banyak lagi benda / perkara / kemahiran yang boleh di komersialkan dan menjadi sumber pendapatan kepada kita. Asalkan kita mahu melakukannya dan istiqamah. 

Ebook ini juga menunjukkan contoh dan jenis perniagaan yang boleh di cuba mengikut kesesuaian diri masing-masing. Walaupun hanya disenaraikan 101 idea tetapi mungkin boleh difikirkan dan berkembang menjadi 1001 idea!.

Tetapi jangan pula hanya separuh jalan apabila melakukan sesuatu. Kuatkan azam, sematkan matlamat dan panjatkan doa kepada Allah SWT, agar apa yang kita mulakan dapat dikecapi manis kejayaan.

Sekiranya tersasar dari landasan atau hilang fokus, baca semula ebook ini untuk membetulkan momentum anda. Pasti segar semula.

Borang Tempahan
Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...