Sabtu, 29 November 2014

Iklankan Produk/Servis Anda

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber: Soho Directori

Pakej iklan di Soho Directori (http://sohodirectory.blogspot.com) merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk / perkhidmatan usahawan offline atau online.

Kami akan promosikan produk anda pada pautan 886 blog alumni yang dibina bersama ABDR dan membawa bersama iklan anda di blog mereka.

Ini antara contoh mereka yang sudah beriklan di SOHO Directory ABDR.

Make Up Pengantin By Make up artist, Dinie Awalluddin.

Make up artist, Dinie Awalluddin berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri solekan dan merias wajah selebriti, pelakon, penyanyi, golongan VVIP, VIP malah raja sehari di majlis pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun orang perseorangan yang mahu menghadiri majlis-majlis.

Kepakaran Dinie Awalluddin adalah menghasilkan sentuhan dan teknik solekan natural namun masih mengekalkan keayuan dan keanggunan wajah semulajadi pemiliknya. Bakal raja sehari boleh mencuba make up pengantin by Dinie Awalluddin.

Keterangan lanjut dapatkan di sini.


Bagi usahawan yang benar-benar berminat untuk beriklan di SOHO, untuk tempahan sewaan tapak iklan serendah RM50 sahaja boleh hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 27 November 2014

Bisnes Tanpa Sempadan (Online)

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dunia menjadi semakin kecil dan dekat dengan kemudahan teknologi. Kita boleh mengakses seluruh dunia hanya menggunakan hujung jari!

Namun perlu ada batasan supaya kita tidak terleka dan membuang masa. Gunakan ruang dan peluang yang ada ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Seperti yang diketahui, Akademi Bekerja Di Rumah bertujuan untuk membantu anda yang mahu belajar bisnes online tanpa meninggalkan keluarga, tidak perlu keluar rumah dan menjadi bos sendiri.

Panduan Menjana Pendapatan Dari Rumah

Matlamat utama:

1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.

2. Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari, belajar dengan pakar-pakar pemasaran lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.

3. Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana kelas ini dijalankan:

1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer / laptop / tablet / smartphone dan talian internet.

2. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.

3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.

4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.


Anda boleh mendaftar bila-bila masa.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 26 November 2014

Ulasan Ebook Asas Blog

Penulis: Bibi Normi
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Kelas Blog Bisnes

Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.

Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi dan menginspirasi’ pembaca.

Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang gigih membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.

Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah, kerana Tuhan itu Maha Kaya.

Akhir kata, apa yang pasti adalah 44 entri! Ya, kami WAJIB menulis entri di blog sehingga mencapai angka di tetapkan. Mungkin ini adalah pakej terbaik demi melatih kita para penulis blog agar konsisten dan bijak merancang penulisan entri mengikut label-label yang dicadangkan dari awal. Di sini kita perlu ingat bahawa MATLAMAT KELAS ASAS BLOG & PENULISAN ini adalah untuk memperkenalkan diri kepada dunia online bakal pembaca atau pelanggan di luar sana. Dan kerana itu blog kita begitu signifikan untuk dijadikan platform menarik pembaca yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Dan untuk pengetahuan semua di akhir bab ada satu bonus tip iaitu cara menulis ebook pertama. Semoga kita mendapat sesuatu menerusi ebook ini seterusnya memberi berpeluang kepada diri sendiri melakukan kebaikan dalam pembelajaran.

Nota Kaki: Bagi yang belum ada blog dan suka baca blog orang lain sudah sampai masanya anda punya blog sendiri. Kita mungkin tidak dinobatkan penulis popular tetapi kita perlu nobatkan diri kita selaku seorang penulis. Kerana setiap hari kita mungkin menulis!

Jejak beliau di sini http://bibinormimdnoor.blogspot.com

********************************************************************

Akademi Bekerja Di Rumah menerima pendaftaran setiap hari. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10 dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil / WAHM SOHO - Khas untuk usahawan kecil / WAHM SOHO yang mahu belajar cara urus akaun dengan lebih sistematik. Kelas urus akaun bisnes ini berlangsung dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini.

Lihat lagi pilihan pakej yuran kelas di siniHubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586

Selasa, 25 November 2014

Program Bersama Usahawan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber dan Gambar: Pn. Masayu Ahmad

Pada 5 November 2014 yang lalu bertempat di IKM Mara, Besut Terengganu telah berlangsung Program Bersama Pengasas ABDR yang berkongsi pengalaman berkaitan bisnes online dan bekerja dari rumah.

Beruntungnya pelajar-pelajar ini kerana Pn. Masayu turut berkongsi manuskrip terbarunya bertajuk Mula Bisnes Tanpa Modal dan mendapat pendedahan tentang bisnes tanpa sempadan (online). 



Anda juga boleh bermula dengan kelas online blog bisnes. Belajar bisnes online secara dropship dengan menggunakan produk yang ABDR sediakan dan menghasilkan blog kedai online.

ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih yang mana anda suka:

1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)

Pilih dropship dan belajar menghasilkan blog kedai online. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Isnin, 24 November 2014

Iklankan Produk Anda

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber: ABDR

Saya boleh membantu usahawan offline atau online yang ada produk / perkhidmatan untuk dipromosikan walaupun anda tidak ada blog sendiri. Asalkan anda ada produk, kami akan iklankan di SOHO ABDR secara online!

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) telah melancarkan Soho Directori (http://sohodirectory.blogspot.com) yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk / perkhidmatan usahawan offline atau online. 

Kami akan promosikan produk anda pada pautan 886 blog alumni yang dibina bersama ABDR dan membawa bersama iklan anda di blog mereka.

Perhatikan logo Soho Directory kami. Rumah kecil tiangnya beribu :)
Pakej Iklan 1 (RM50): 
1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

Jika ada usahawan yang berminat, boleh berikan butiran lengkap produk / perkhidmatan anda, 1 gambar utama produk, link fanpage dan link blog (jika ada).

Pihak kami akan mempromosi produk anda ke dalam SOHO ABDRSoho Directori ini khas untuk anda yang mahu memasarkan produk / perkhidmatan secara online. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Ahad, 23 November 2014

Peluang Bisnes Dropship

Di Akademi Bekerja Di Rumah, anda boleh belajar bisnes online dalam kelas blog bisnes secara dropship dengan menggunakan produk yang akademi sediakan.

ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Pilih yang mana anda suka:

1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)

Pilih dropship dan belajar hasilkan blog kedai online. Belajar bagaimana hendak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Selain itu, anda juga boleh belajar secara offline (personel coaching dropship produk makanan sunnah) tetapi di lokasi terhad sahaja. 

Kelas ini berlangsung secara one to one. Ada cikgu di depan anda. Jadi, boleh tanya macam-macam.

#sumber dan gambar daripada Cikgu Anys
Kelas offline seterusnya pada 29/11/2014 (Sabtu - jam 10pagi -1ptg / jam 2.30ptg - 5.30ptg)

Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.

Tempat : Sekitar kawasan Johor Bahru, Ulu Tiram dan Kota Tinggi.

Terhad hanya untuk 5 peserta sahaja satu sesi.

Yuran kelas RM300/orang.

Apa yang pelajar akan dapat melalui kelas online blog offline ini :

1) Dropship produk makanan sunnah (air zam-zam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi arab, keropok keping).

2) Bonus 4 ebook ABDR (Ebook belajar asas blog, Ebook super wahm super mom, Ebook mula bisnes butik dan Ebook 101 idea home based bisnes).

3) Dapat belajar menghasilkan blog bisnes dan boleh mula berjualan.

4) Alumni Akademi Bekerja Di Rumah.

5) Dapat masuk kumpulan sokongan kelas secara online.

6) Handout akan diberikan.

7) Dapat jadi Pengurus Online Akademi, berpeluang memperkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari RM50-100 untung bersih.

8) Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam.

Menarik tak?

Untuk menyertai kelas ini, anda boleh hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Belajar Akaun Bisnes

Bisnes kencang tetapi tak nampak untung? Pelik!
Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan akaun bisnes anda.

Tidak kira sama ada anda menjalankan bisnes sambilan atau tepian kerana setiap sen yang diterima dalam urusniaga bisnes perlu direkodkan.

Bagi sahabat pembaca yang berada di sekitar Putrajaya dan Cheras, ABDR akan mengadakan kelas akaun di tempat anda.

Kelas asas Akaun Offline

Grup Coaching Asas Akaun

Tarikh: 27 Nov 2014, Khamis.
Lokasi: Putrajaya, Presint 16
Masa: 9.30pg - 4.00ptg
Kelas dalam kumpulan kecil (5-10 pax)
Sijil dan Refreshment Disediakan

Dan..

Tarikh: 27 Nov 2014, Khamis.
Masa: 9.30pg - 2pm
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
Kelas dalam kumpulan kecil ( 4-6 pax )
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Sijil dan Refreshment Disediakan


Hubungi saya untuk mendaftar tempat anda.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Sabtu, 22 November 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya.

... ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.

Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya perihal rezeki.

FULL VERSION
MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
FATHURI SALEHUDDIN
RM25 TERMASUK POS

Dapatkan Buku Fizikal ini dengan mendaftar di Borang Tempahan atau menghubungi saya di talian berikut:

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 20 November 2014

Bisnes Sambilan

Bila sebut tentang bisnes, semua orang teruja membayangkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sehingga ada yang sanggup melepaskan pekerjaan tetap tanpa berfikir panjang tentang perbelanjaan harian dan simpanan.

Oleh itu, penting bagi suri bekerjaya yang menjalankan bisnes secara sambilan untuk mengukuhkan pendapatan daripada bisnes yang diusahakan.

Nota Kasih Sayang Pengasas ADBR :-

1. Latih tubi RM100 bersih
2. Latih tubi RM100 bersih
3. Latih tubi RM100 bersih

Sekiranya belum dapat, belum berjaya, lupakan dahulu hasrat untuk berhenti. Jadi fokus sekarang adalah latihan di atas ya.

Di ABDR melalui rakan niaga / pengurus online, inilah saya tekankan. Daftar dan usahakan dahulu balik modal. Kemudian masuk fasa latih tubi pendapatan bersih harian RM100 sehari. Selagi tak dapat selagi itu buat latihan. Buat latihan ini dahulu sebelum fikir wang juta jutaan. Pandai urus yang kecil sebelum urus yang besar.

Ada ruang dan peluang untuk suri bermula di Akademi Bekerja Di Rumah, anda hanya perlu bertindak. 


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 19 November 2014

Urusniaga Tanah

Penulis: Rahimah Omar
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Kelas blog penulisan / Pengurus online akademi

Lebih kurang 3 bulan yang lepas, emak mertua ada merujuk kepada saya mengenai masalah pewarisan tanah daripada arwah ayah dan ibunya. Disebabkan terlupa, satu bahagian tanah yang sepatutnya menjadi miliknya telah dibahagikan dan diwarisi oleh adik-beradik yang lain. Perintah pembahagian harta pusaka juga telah dikeluarkan. Menurut emak, bahagian tanah tersebut telah dibeli daripada salah seorang ahli keluarga. Atas sebab-sebab tertentu, tanah tersebut didaftarkan di atas nama arwah ayahnya. Walau bagaimanapun, perkara ini diketahui oleh adik-beradik yang lain dan tiada sesiapa yang membantah akan hak emak terhadap bahagian tanah tersebut.

Perkara ini hanya disedari setelah geran tanah yang baru dikeluarkan. Emak pernah bertanya kepada Pejabat Tanah yang berkaitan, tetapi dimaklumkan ia hanya boleh dibetulkan dengan cara pembatalan Perintah Pembahagian Harta Pusaka berkenaan melalui satu perintah mahkamah.

Pembatalan Perintah Pembahagian Harta Pusaka melalui satu perintah mahkamah sememangnya boleh dibuat. Tetapi perlu difikirkan kos untuk melantik peguam dan sebagainya. Pada pandangan saya, selain pembatalan perintah berkenaan, ia juga boleh dibetulkan melalui pindahmilik biasa iaitu daripada adik-beradik kepada emak atas dasar kasih sayang memandangkan semua adik-beradik emak tahu mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, ia bukanlah semudah seperti pindahmilik tanah biasa kerana ia melibatkan bahagian tanah yang tidak dipecah bahagi. Tambahan, tidak dapat dipastikan ahli keluarga atau waris bahagian tanah yang lain masih hidup atau telah meninggal dunia. Complicated? Memang agak complicated.

Apabila bercerita bab urusniaga tanah, saya bukanlah seorang pakar. Tetapi pengalaman saya yang sedikit semasa berkhidmat di Pejabat Tanah serta di pejabat lama khusus dalam bidang tanah menjadikan saya sedikit ‘celik tanah’. Kalau tidak pandai pun, saya tahu di mana boleh saya rujuk untuk mendapatkan jawapan.

Berbalik kepada masalah emak, tanah yang dipegang adalah tanah pertanian yang tidak dipecah bahagi. Maknanya, sekeping tanah mempunyai ramai pemilik berdaftar. Walau bagaimanapun, bahagian tanah telah ditentukan. Sebagai contoh, sekeping tanah mempunyai 10 orang pemilik di mana setiap seorang memegang 1/10 bahagian.

Dalam hal ini, menurut seksyen 214 Kanun Tanah Negara, hanya keseluruhan bahagian tanah sahaja yang boleh dipindahmilik. Dari segi konsepnya, bahagian milik A iaitu 1/10 tadi boleh dipindahmilik kepada Encik Z. Tetapi dari segi undang-undang ia tidak boleh dipindahmilik secara terus daripada A kepada Encik Z kerana hanya keseluruhan tanah sahaja yang boleh dipindahmilik. Bagaimana nak bagi ia boleh dipindahmilik kepada Encik Z? Dalam hal ini, kesemua 10 orang pemilik tanah berkenaan dikehendaki mengisi satu Borang 14A (borang pindahmilik tanah) dan memindahmilik 1/10 bahagian milik A kepada Encik Z. Maknanya di ruang pemindahmilik perlu dituliskan kesemua 10 nama pemilik berdaftar tanah berkenaan, manakala di ruang penerima pindah milik perlu ditulis 9 nama pemilik berdaftar asal beserta dengan nama pemilik baru iaitu Encik Z. A tiada lagi dalam senarai penerima pindahmilik. Nampak tak? Secara tidak langsung pindahmilik berkenaan menepati kehendak undang-undang kerana keseluruhan tanah dipindahmilik dan bukannya sebahagian tanah sahaja.

Saya tahu. Mesti pening. Kerana undang-undang tanah bukanlah semudah yang disangka. Kalau tidak ada keperluan untuk mengetahui mengenai urusniaga tanah, tidak perlulah memahami apa yang saya tulis. Cukuplah sekadar membaca. Manalah tahu, suatu hari nanti anda memerlukan maklumat ini untuk membantu anda menyelesaikan masalah keluarga. Sekurang-kurangnya adalah sedikit maklumat asas.

Baca kisah perkongsian puan peguam ini di 
http://mrsrahimahomar.blogspot.com/2014/11/urusniaga-tanah.html

********************************************************************************


Alhamdulillah. Di Akademi Bekerja Di Rumah, pesertanya terdiri daripada berbagai latarbelakang, pendidikan dan mempunyai minat / kemahiran tersendiri. Kami bercerita dan berkongsi di ruangan blog dan fb masing-masing supaya perkongsian kami dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Sekiranya anda mahu belajar membina blog bisnes atau blog peribadi, boleh sertai kami 886 blog dan kami mara 1000 ahli.

Pendaftaran kelas online dan offline adalah setiap hari.

Matlamat kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) untuk membantu suri rumah atau suri bekerjaya yang mahu memulakan bisnes secara online dengan menggunakan blog.

Bagi suri yang zero basic belajar berjualan secara dropship.
Bagi yang sudah ada blog, asah penulisan dan konsisten menulis di blog.
Perkongsian link blogger ABDR untuk membantu traffik pelawat ke blog.

Bagi yang sedang merancang menambah pendapatan pilih kelas asas bisnes online sama ada dropship atau rakan niaga.
Bagi yang sudah ada blog dan mahu belajar menulis secara konsisten, boleh mendaftar kelas asas blog dan penulisan.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Selasa, 18 November 2014

Jom Heboh Di Johor Bahru

Eh! Bukan Jom Heboh TV3 tu. Saya nak war-warkan kelas offline blog fanpage mula bisnes akan diadakan di Johor Bahru. 

Kelas ini terbuka untuk suri yang berada di sekitar kawasan Johor Bahru, Ulu Tiram dan Kota Tinggi.

Kelas ini berlangsung secara one to one. Ada cikgu di depan anda. Jadi, boleh tanya macam-macam.

Tarikh : 
22/11/2014 (Sabtu - jam 10pagi -1ptg / jam 2.30ptg - 5.30ptg)
29/11/2014 (Sabtu - jam 10pagi -1ptg / jam 2.30ptg - 5.30ptg)

Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.

Tempat : Berdekatan dengan persetujuan pelajar.

Terhad hanya untuk 5 peserta sahaja satu sesi.

Yuran kelas RM300/orang.

Apa yang pelajar akan dapat melalui kelas online blog offline ini :

1) Dropship produk makanan sunnah (air zam-zam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi arab, keropok keping).

2) Bonus 4 ebook ABDR (Ebook belajar asas blog, Ebook super wahm super mom, Ebook mula bisnes butik dan Ebook 101 idea home based bisnes).

3) Dapat belajar menghasilkan blog bisnes dan boleh mula berjualan.

4) Alumni Akademi Bekerja Di Rumah.

5) Dapat masuk group support kelas secara online.

6) Handout akan diberikan.

7) Dapat jadi Pengurus Online Akademi, berpeluang memperkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari RM50-100 untung bersih.

8) Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam.

Menarik tak? 

Bagi sabahat pembaca yang berada di sana dan berminat menyertai kelas kami, boleh mendaftar sekarang.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

#sumber dan gambar daripada Cikgu Anys.

Isnin, 17 November 2014

Resepi Pantang Tradisi Melayu

Jom tengok senarai resepi ringkas dan sihat untuk ibu berpantang.

Bahagian 1: Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam

Bahagian 2: Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Panggang
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang
10. Ikan Selar Panggang
11. Ikan Selar Rebus Halia
12. Ikan siakap Kukus Halia
13. Ikan Tenggiri Singgang
14. Sup Ikan Haruan
15. Ikan Tenggiri Kukus Istimewa
16. Sup Ikan Merah

Bahagian 3: Daging
17. Daging Lada Hitam
18. Singgang Daging

Bahagian 4: Ayam
19. Ayam Organik Bakar
20. Ayam Organik Bakar Halia Muda
21. Ayam Organik Lada Hitam
22. Ayam Organik Masak Tomato
23. Bergedel Tempe Istimewa
24. Sup Bebola Tauhu
25. Sup Bebola Tenggiri

Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
26. Kailan Bertauhu
27. Kerabu Pegaga
28. Pisang Kebatu Rebus
29. Sawi Lada Hitam
30. Sawi Rebus
31. Tauhu Sayur Campur
32. Sup Sayur Campur
33. Sup Ayam Organik
34. Tempe Goreng Istimewa
35. Tumis Sawi Herba
36. Halwa Halia

Bahagian 6: Minuman Herba
37. Air Halia Muda
38. Air Kunyit
39. Air Rebusan Pegaga
40. Jus Halia Kurma
41. Rebusan Manjakani

Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
42. Jus Lobak Merah
43. Jus Lobak Merah dan Saderi
44. Jus campuran lobak dan tembikai susu

Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang

Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang
-Tip makanan Sihat Ibu Berpantang
-Info Herba / Ulaman untuk Ibu Berpantang
-Diari Menu Sihat 44 Hari Pantang
-Apa Kata Pakar / Perbidanan


Penulis Pn. Masayu Ahmad
Ebook 44 resipi pantang
RM 30

Dapatkan ebook ini untuk rujukan suri yang akan melahirkan anak atau para suami boleh mempelajari resepi ini untuk isteri tersayang. Klik Borang Tempahan atau hubungi saya :-

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Sabtu, 15 November 2014

Santai dan Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri
Aktiviti Hujung Minggu



Bagaimana hari anda?


Banyak jemputan kenduri kahwin di musim cuti sekolah hujung tahun ini kan. Namun keadaan cuaca juga tidak menentu di musim tengkujuh ini. Jadi berhati-hati semasa memandu, perhatikan anak-anak anda, minum banyak air masak dan jaga kesihatan sekeluarga. 

Banyak belanja akan diperlukan untuk membawa anak-anak bercuti, balik kampung menziarah saudara-mara dan membeli persiapan persekolahan (pakaian dan yuran). Maka ibu bapa mesti mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Kepada sahabat suri yang berminat belajar bisnes online bersama Akademi Bekerja Di Rumah tetapi menghadapi kekangan kewangan, kami menyediakan Pakej Mampu Milik (ansuran) untuk Kelas Blog Bisnes atau Dropship sahaja.

Pilihan Dropship:-

1. Makanan Sunnah 
2. Produk Makanan 
3. Telekung Solat 
4. Produk Islamik 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut,

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Jumaat, 14 November 2014

Inginkan Anak Bijak Quran Dan Tajwid?

Belajar Quran Dan Tajwid Interaktif

Dapatkan E-iqra - belajar quran dan tajwid secara interaktif.

Belajar tajwid tidaklah susah lagi.

E-iqra belajar quran dan tajwid secara interaktif.

E-iqra ialah set pembelajaran quran dan tajwid secara interaktif. Ia terdiri daripada 3 buah buku, 3 cd interaktif dan sekeping penanda buku info tajwid.


4 Cara E-Iqra Menguntungkan Anda?

1. Satu sistem belajar interaktif yang diterbitkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) hasil usaha 7 ulama terkemuka di Malaysia.

2. Mengabungkan sistem pembelajaran iqra dan tajwid, yang dipersembahkan dalam bentuk animasi, warna-warni dan ulangkaji dalam bentuk permainan yang menyeronokkan.

3. Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

4. Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas. Maksudnya seluruh isi rumah boleh menggunakannya. Sebagai rujukan dan juga ulangkaji.

Ada watak 'kartun' interaktif, warna warni, latar muzik yang menghiburkan kanak-kanak untuk belajar quran dan tajwid dengan suasana seronok.
Cara Menggunakannya Amat Mudah :

Hanya pasangkan cd di komputer atau lap top seperti biasa, ia akan berfungsi. Hanya pilih CD 1 (jilid 1), CD 2 (jilid 2) atau CD 3 (jilid 3).

Buku boleh digunakan untuk ulangkaji seperti biasa, manakala CD adalah penggunaan yang lebih interaktif. Gerakan 'mouse' sangat membantu terutama kanak-kanak untuk beralih dari satu topik ke satu topik yang lain.

HARGA hanya RM210 Dapat PERCUMA Pos Seluruh Malaysia.

Anda akan dapat :-
1. 3 cd intertaktif
2. 3 buku / jilid
3. 1 penanda info tajwid

*Entry ini menceritakan satu kaedah mudah belajar quran dan tajwid, walaubagaimanapun belajar quran yang terbaik adalah dengan berguru.

Belajar quran dan tajwid, terbitan DBP daripada kami pengedar esklusif online hanya RM210, pos adalah percuma. Tidak terdapat di kedai buku fizikal, dapatkan terus dari kami. Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.


Hubungi saya,

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

# E-Iqra ini adalah salah satu produk yang terdapat dalam pakej Dropship Produk Islamik ABDR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...