Sabtu, 1 November 2014

Aktiviti Akhir Tahun

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Salam hujung minggu kepada rakan pembaca semua. Kita menghampiri tahun baru dua bulan lagi. Apa aktiviti anda bersama keluarga hari ini? Memantau anak-anak membuat ulangkaji dan persiapan untuk ujian akhir tahun agaknya. Atau anda teruja merancang percutian akhir tahun, hendak jalan-jalan ke mana ya?.

Minggu depan 3 Nov - 7 Nov anak-anak saya yang bersekolah di Tadika Nilam akan menghadapi ujian akhir tahun. Anak sulung saya, 5 tahun, teruja bercerita cikgu akan bagi hadiah kalau dapat keputusan ujian di tempat pertama, kedua dan ketiga. Jadi, saya kata kalau nak hadiah kenalah jawab soalan ujian dengan betul dan dapat keputusan yang cemerlang. Cikgu nak bagi hadiah supaya abang bersemangat dan rajin belajar. Kemudian senang sahaja suruh dia buat ulangkaji dan selesaikan buku-buku yang saya beli tempohari. 




Manakala 18 Okt lalu, telah berlangsung majlis Konsert Tahunan dan Graduasi 2014 bagi murid-murid Tadika Nilam di Dewan Komuniti. Semua murid dari umur 3-6 tahun membuat persembahan. Kagum dan seronok melihat anak-anak kecil boleh mengingat dan mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru. Patutlah dua tiga minggu sebelum majlis ini anak-anak saya asyik menari-nari di rumah, sampaikan saya dan suami pun disuruh ikut apa yang mereka buat ;). Sebelum persembahan, Pengetua menyampaikan sijil kepada murid-murid 6 tahun yang tamat belajar di tadika dan akan melangkah ke alam sekolah rendah tahun hadapan.

Kemudian Pengetua menyampaikan hadiah kepada beberapa kategori murid cemerlang dan salah satunya di menangi oleh anak kedua saya, 4 tahun, dalam kategori Kehadiran Penuh. Sukanya kakak bila dapat piala tapi si abangnya pula tidak puashati kerana dia tidak dapat piala. Berebutlah pulak dengan piala tu!



Kecemerlangan anak-anak bukan diukur dengan keputusan peperiksaan atau jumlah piala yang diperolehi. Tetapi cara kita mendidik dan memberi ruang kepada anak-anak menunjukkan keupayaan dan kebolehan serta usaha ibu bapa mengilap kebolehan dan menegur kesalahan anak-anak akan membuatkan anak-anak mengikut landasan yang betul untuk berjaya. Insya Allah.

Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...