Khamis, 27 November 2014

Bisnes Tanpa Sempadan (Online)

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dunia menjadi semakin kecil dan dekat dengan kemudahan teknologi. Kita boleh mengakses seluruh dunia hanya menggunakan hujung jari!

Namun perlu ada batasan supaya kita tidak terleka dan membuang masa. Gunakan ruang dan peluang yang ada ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Seperti yang diketahui, Akademi Bekerja Di Rumah bertujuan untuk membantu anda yang mahu belajar bisnes online tanpa meninggalkan keluarga, tidak perlu keluar rumah dan menjadi bos sendiri.

Panduan Menjana Pendapatan Dari Rumah

Matlamat utama:

1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.

2. Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari, belajar dengan pakar-pakar pemasaran lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.

3. Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana kelas ini dijalankan:

1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer / laptop / tablet / smartphone dan talian internet.

2. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.

3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.

4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.


Anda boleh mendaftar bila-bila masa.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...