Rabu, 12 November 2014

Menulis Dan Penulisan

Ini antara soalan yang ramai Suri tanyakan kepada saya dan juga Guru-Guru Online di Akademi Bekerja Di Rumah. Kenapa perlu menulis dan berkongsi informasi dan kemahiran di blog? Kenapa?

Di Akademi Bekerja Di Rumah, para Suri ditekankan kepada ‘start-up’ bisnes dengan kos paling minima atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘LEAN’. Ini adalah sebagai persediaan kepada Suri yang mahu menceburi bisnes kecil-kecilan sebelum kembali ke fitrah bekerja dari rumah mahupun mereka yang mahu jadikannya sebagai pendapatan sampingan di kala masih bekerja.

Apa hubungkait ‘Start-up Gaya ABDR’ ini dengan Penulisan?

Sebelum saya ulas soalan di atas ada satu lagi soalan yang selalu Suri yang baru menceburi perniagaan, khasnya perniagaan online tanyakan, “Kenapa tidak ada orang membeli dari website atau blog saya?”. Soalan saya kembali kepada yang bertanya ialah, “Kenapa pembeli perlu memilih website/blog Cik Puan di antara ribuan website/blog di luar sana? Mereka ada banyak pilihan.”

Jika anda punya bajet besar memang mudah, tekan sahaja butang FB Ads dan lakukan pemasaran secara konsisten dengan bajet besar tersebut website, fanpage dan produk anda memang akan melekat di minda bakal pembeli anda kerana iklan anda akan sentiasa muncul di skrin mereka. Tetapi bagi yang tidak punya bajet pengiklanan sebegini inilah yang cuba Akademi Bekerja Di Rumah tekankan, iaitu melalui PENULISAN di blog.

Kepercayaan, Kredibiliti dan Ruang Rasa Selesa

Melalui penulisan di blog dengan berkongsi kemahiran, pengalaman dan sebagainya anda sebenarnya sedang memberi peluang kepada bakal pembeli mengenali anda, mengetahui siapa anda, apa yang anda lakukan dan seterusnya membina kepercayaan dan kredibiliti. Ini juga sebenarnya satu langkah membina ‘ruang rasa selesa’ oleh bakal pembeli anda kepada anda sebagai pemilik bisnes. Penulisan yang mewujudkan rasa percaya dan selesa ini akan menjemput mereka datang berulang kali ke laman blog/website anda. Mereka juga akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini anda dan apa yang anda tawarkan samada melalui blog/website mahupun media sosial. Itulah apa yang Jutawan Besar Puan Ainon lakukan dengan melalui perkongsian ilmu bisnes beliau di dalam media sosial melalui ‘Ainon Bisnes School’.

Peluang Bisnes

Apabila perkara di atas sudah anda capai (pastinya bukan sekelip mata – perlukan konsistensi dan kesabaran) perkara lain akan menjadi mudah bagi anda. Ianya seolah-olah anda membuat persediaan menebas lalang terlebih dahulu sebelum anda melalui jalan tersebut. Jika tidak perjalanan anda akan tersekat-sekat kerana terpaksa kerap berhenti untuk menebas lalang yang mengganggu laluan. Sebagai contoh, apabila pengikut anda sudah ada rasa percaya dan ruang rasa selesa lebih mudah untuk anda mendapatkan ejen-ejen bagi produk-produk anda, mereka sendiri akan mara ke hadapan mahu menyokong apa yang anda lakukan. Jualan menjadi lebih mudah.

Dari Website/Blog Ke Media

Selain dari itu, anda juga mempunyai peluang untuk dihidu pihak media seperti wartawan dan editor-editor majalah tempatan melalui carian Google. Penulisan yang menarik dan konsisten dapat mengekalkan anda di muka pertama carian Google. Penulisan di blog/website membantu memudahkan kerja-kerja Editor/Wartawan dan ini adalah situasi menang-menang jika pihak mereka berminat dengan cerita-cerita anda. Anda mendapat promosi percuma dan meningkatkan lagi kredibiliti anda jika dapat keluar di dalam akhbar ataupun majalah., lebih hebat lagi di kaca TV. Orang lain bersusah payah mengeluarkan bajet beribu-ribu ringgit untuk keluar di akhbar, majalah dan kaca television tetapi anda dapatkannya secara percuma.

Perkongsian guru online ABDR
Pendaftaran ke kelas online blog setiap hari

Pendaftaran ke kelas jana wang dari rumah akan diadakan pada 29/11/2014 (lokasi Kota Bharu Mall)


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...