Jumaat, 14 November 2014

Panduan Menulis Blog

Untuk konsisten menulis blog, perlulah dengan kesungguhan, rajin, tulis dan kongsi dari hati. Blog yang selalu di kemaskini dengan entri baru setiap hari akan memudahkan untuk google jejak. 

Ada juga mereka yang bertanya adakah balik modal dengan mengikuti kelas online blog di ABDR. Bolehkan blog mereka capai traffik yang tinggi. Macam mana kalau tak sempat nak update blog setiap hari.

Di ABDR, guru online akan bimbing cara untuk mula membina blog berdasarkan analisa soalan yang akan diberikan. Analisa tersebut salah satu cara untuk mengetahui kemahiran dan kepakaran setiap pelajar. Dari situ, tajuk utama dan label akan diberikan. Panduan penulisan adalah berdasarkan apa yang kita tahu. Kerana analisa tersebut adalah maklumat atau biodata tentang diri kita. 

Sudah tentu penulisan juga berdasarkan apa yang kita tahu. Cuma lagi perlu gali dan banyakkan membaca untuk tambah ilmu dalam bidang tersebut. Guru online juga akan ajar cara untuk tarik traffik pelawat ke blog. 

Pelajar juga akan diajar cara untuk jadualkan entri. Entri akan publish setiap hari di blog walaupun pelajar sibuk dengan tugasan lain. Ini salah satu cara untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk menulis setiap hari. Kami akan bagi tutorial berterusan untuk menggalakkan pelajar sentiasa ada semangat untuk menulis.

Pulang modal atau tidak, bergantung pada matlamat. Kalau matlamat untuk buat jualan, sudah tentu perlu usaha untuk buat jualan. Bukan setakat ada blog sahaja. Pelajar sendiri perlu konsisten dan fokus untuk menulis di blog. Tiada idea untuk menulis, baca buku dan bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk blog. Kongsi cerita, kongsi pengalaman.

Ada ramai protege yang dahulunya malu untuk mula promosi produk sendiri di blog dan fb. Tapi sejak belajar di kelas ini mereka lebih yakin. Sudah pandai berjualan melalui fb, fanpage dan blog.

Bagi yang berminat untuk sertai ABDR boleh hubungi saya.


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...