Isnin, 3 November 2014

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Saya baru sahaja memulakan langkah bisnes online tahun ini, tanpa membuka kedai fizikal dan tanpa menyimpan stok. Blog ini dan fanpage Butik Fesyen Wanita terhasil setelah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Motivasi saya adalah wanita. Wanita sukakan kecantikan dan saya kagum melihat fesyen-fesyen pakaian wanita walaupun saya bukanlah seorang yang berpenampilan hebat. Saya biasa-biasa sahaja tetapi saya suka melihat wanita berpakaian cantik. 

Namun saya tiada kemahiran menjahit, tiada modal yang besar untuk membuka butik dan tiada pelajaran formal tentang fabrik / pemasaran. Tambahan pula saya masih terikat dengan komitmen yang hakiki di pejabat. Mana ada masa nak uruskan kedai dan barang jualan.

Pada mulanya, saya membeli stok pakaian di pusat pemborong berdekatan tempat kerja saya. Namun, modal saya agak terhad. Apabila melayari kedai-kedai online untuk membeli dan 'window shopping', barulah saya faham istilah dropship dan affiliate. Lalu saya beralih pula sebagai agen dropship. Saya tidak perlu keluarkan modal untuk menyimpan stok dan menguruskan pos.

Sebagai agen dropship pakaian, saya hanya dikenakan yuran minima semasa mendaftar dan diberi nombor keahlian untuk rujukan. Saya dibenarkan menggunakan gambar daripada pembekal untuk tujuan promosi. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan barang selamat sampai kepada pelanggan. Saya juga mempunyai rancangan untuk mempelbagaikan produk Butik Fesyen Wanita.



Selain itu, saya juga mempromosikan ebook dan kelas anjuran ABDR, juga tanpa modal kerana saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. 

Blog dan fanpage yang saya pelajari dalam ABDR saya gunakan untuk mempromosikan produk saya dan produk ABDR.

Tepuk dada tanya selera. Saya boleh dihubungi bila-bila masa sekiranya anda mahu menjadi agen dropship ABDR. Terbuka kepada semua suri rumah atau suri bekerja. 




Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Jumpa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...