Isnin, 29 Disember 2014

Apakah Bank Draf?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Rumah Lelong # 2.

Seperti yang dijanjikan, saya nak cerita pengalaman membeli bank draf (cek jurubank/banker’s cheque). Jika anda belum baca entri # 1, sila klik sini.

Bank draf ini untuk membayar deposit rumah lelong. Saya pun kali pertama membeli bank draf, tak pernah buat sebelum ini. Dalam kes saya, saya tiada tunai di tangan jadi saya terpaksa keluarkan wang simpanan ASB untuk bayar deposit rumah lelong tu. Sebelum itu, anda kena baca dalam P.O.S, berapa peratus bank minta kita sediakan deposit sama ada 5% atau 10% dari harga reserved rumah lelong.

Apa benda pulak P.O.S tu? Nanti saya cerita ye.

Untuk memudahkan urusan, saya ke cawangan Maybank yang terdekat. Saya isi dua borang, satu borang merah untuk keluarkan ASB dan satu lagi borang permohonan kiriman wang untuk buat bank draf.

Caj sebanyak RM 5.00 dikenakan untuk bank draf tersebut. Pastikan ejaan nama penerima betul, sama ada nama orang atau nama bank. Jangan salah ejaan kerana kalau salah satu huruf pun bank draf itu sudah tidak laku. Pastikan betul-betul dan tanya kepada agen anda.

Kemudian bawalah bank draf itu ke tempat lelongan. Kalau anda menang rumah yang anda bida tu dengan harga reserved, senanglah. Tapi kalau anda terpaksa lawan harga dengan pembida lain, anda kena bersiap sedia dengan tunai untuk membayar beza harga berjaya bida nanti.

Jika anda tidak masuk bida / tidak berjaya bida rumah, anda boleh tukarkan semula bank draf tersebut dan simpan semula wang itu dalam ASB. Sementara hendak cari rumah lelong yang lain, biarkan wang disitu untuk pengiraan dividen ASB akhir tahun nanti. Dan, caj untuk tukar semula bank draf itu dikenakan sebanyak RM 2.00. 

Isi borang ini dahulu

Inilah rupanya Bank Draf (cek jurubank/banker’s cheque)
Nota: Saya tidak berjaya masuk bida rumah lelong tersebut kerana called off (dibatalkan) disaat akhir. Antara sebab called off, mungkin pemilik rumah dah membayar tunggakan rumah tersebut dengan pihak bank. Maka, lelongan tersebut dibatalkan. Tentulah bank akan mengutamakan pemilik rumah kan. Namun saya tidak putus asa. Dan..dan..saya berjaya akhirnya. Alhamdulillah.

Tunggu entri seterusnya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...