Rabu, 10 Disember 2014

Belajar Pemasaran Blog dan Fanpage

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami mengadakan kelas blog. Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.

Kelas ini kami adakan khas untuk suri rumah yang baru hendak mula bisnes. Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.

Kita ada platform yang diberikan percuma iaitu blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.

Inilah sumbangan Akademi Bekerja Di Rumah terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.

Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. Blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. 
Suri ini perlu belajar menjual di fanpage dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. 
Semua orang sudah pandai menulis tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.


Kami buka pendaftaran setiap hari. Pilih kelas yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Kelas asas blog penulisan
2. kelas asas blog fanpage mula bisnes
- produk sendiri
- dropship ABDR
- kelas blog offline 
3. kelas beriklan di mudah.my
4. kelas penulisan kreatif
5. kelas urus akaun bisnes 
6. kelas penulisan ebook
7. pendaftaran pengurus online akademi

Anda boleh lihat pakej kelas di sini.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...