Selasa, 9 Disember 2014

Kad Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil


Cuba perhatikan orang yang menjalankan bisnes, apabila bertemu dengan pelanggan atau bakal pelanggan, mereka akan memberikan kad bisnes. Biasanya kad bisnes itu tertera nama syarikat, khidmat/produk yang ditawarkan, nombor telefon, alamat web/fanpage/Instagram dan sebagainya. Mungkin kad itu hanya dilihat seketika dan disimpan dalam poket tetapi mereka akan mencari semula kad bisnes itu apabila memerlukan khidmat anda. 

Jadi, dalam menjalankan bisnes offline atau online, kita memerlukan tag/label tersendiri. Bagaimana cara menyebarkan kad bisnes kita secara percuma sahaja melalui carian google.

Kad bisnes percuma adalah melalui email, blog dan google. Tulis yang baik-baik dan bermanfaat, olah cerita negatif kepada cerita positif dan sebarkan. Tulis dengan integriti bukan menciplak. Jadikan tiga medium ini bertebaran secara online.

Inilah salah satu asas yang diajar dalam kelas asas blog dan fan page mula bisnes. Ia sangat asas, nampak macam mudah tetapi ia sangat berkesan.

Blog adalah medium percuma yang sangat sesuai untuk mula memperkenalkan diri kepada pembaca dan bakal pelanggan. Mula sebarkan kad bisnes percuma kita hanya atas talian sahaja. Mula bina penjenamaan diri dan bisnes melalui penulisan di blog.

Ini kad bisnes saya :)

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...