Selasa, 30 Disember 2014

Pemeriksaan Kesihatan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Apabila usia menghampiri '4 series', badan ada rasa tidak selesa bagai ada yang tidak kena. Tetapi bila buat pemeriksaan kesihatan, tiada masalah..sihat walafiat. Alhamdulillah. Cuma badan mungkin letih dengan bermacam kerja seharian yang kita lakukan di pejabat dan di rumah.

Saya mengambil kesempatan melakukan pemeriksaan kesihatan saringan yang diadakan di tempat kerja.


Ada orang takut jumpa doktor, takut tengok jarum, takut makan ubat dan sebagainya. Saya pun rasa seram juga kalau bau hospital.

Oleh itu, saya latih anak-anak saya supaya tidak takut makan ubat. Alhamdulillah, anak-anak saya kalau demam sikit pun, mereka sendiri yang minta hendak makan ubat. Tak demam pun nak juga makan ubat tu. Pulak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...