Jumaat, 30 Januari 2015

Kumpulan Sokongan Suri

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3-5 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? 
Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk tutorial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai? 
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 29 Januari 2015

Modul Kelas Akaun Online

Kelas Urus Akaun Online

Proses merekod setiap transaksi secara harian.
Book Keeping, daily transaction recording in chronological order.
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Apa yang dipelajari dalam kelas ini:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira. 
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Tarikh : 6/2/2015 (Jumaat)
Masa : 9.30-12.30 tengahari
Yuran : RM150
Hanya 5 orang sahaja untuk satu sesi.

Peserta akan mendapat bonus:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes.
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 28 Januari 2015

Belajar Menulis Karya

Penulis / Sumber: Nurhidah Halun
Guru Online: Cikgu Monalita Mansor

ULASAN PELAJAR KELAS PENULISAN KREATIF

Melalui kelas, saya diajar pelbagai perkara seperti :-

1) Perkara-perkara asas seperti pembinaan blog, pautan dan menjemput trafik yang tinggi ke dalam blog. Saya yang hanya tahu tentang asas seperti memasukkan entri dan membuat pautan sudah mengetahui lebih banyak, termasuklah mencantikkan blog dan memasukkan muzik ke dalam blog.

2) Penggunaan tatabahasa dan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh seorang penulis. Penekanan diberikan kepada kepentingan tatabahasa yang betul mencerminkan kebijaksanaan penulis. Kekurangan kesilapan ini akan menarik minat penerbit untuk tujuan terbit karya, ataupun melancarkan pembacaan. Oleh itu, pelajar akan didedahkan kepada kesilapan-kesilapan ketara dalam penggunaan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, tanda baca, dan lain-lain lagi.

3) Bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Penggunaan tema, plot, konflik, gaya bahasa, teknik, perlukisan latar dan pemilihan watak dan perwatakan serta format penulisan dikupas satu per satu dengan teliti dan mendalam. Oleh itu, penulis diajar dan dikerah untuk mengguna pakai semua perkara di atas ketika menyiapkan tugasan yang berupa cerpen.

4) Cara menghasilkan karya (cerpen) dengan teknik yang mantap dan menarik minat pembaca. Melalui teknik ini, tugasan akan diberikan untuk menghasilkan cerpen yang baik. Saya sendiri telah siap menulis beberapa cerpen yang dikategorikan sebagai baik dan sesuai untuk terbitan (menurut komen cikgu kelas). Bagaimanapun, saya akan peram dahulu sebelum bersedia untuk dihantar terbit.

5) Pendedahan Melalui Sesi Bedah Karya. Di sini juga buat pertama kalinya saya berdepan dengan situasi ‘mengkritik’ karya yang dihasilkan. Setelah penat menulis dan menggarap idea, saya menyangkakan keberhasilan yang terbaik dan meminimakan kesilapan. Namun, kesilapan itu terlalu banyak yang tak terlihat oleh mata kasar sekalipun sebenarnya saya tahu. Paling menarik, kita didedahkan dengan pengurusan emosi selepas karya dikritik, dikomen, dihentam, ditegur dan diulas. Berdepan dengan para guru (termasuklah di kalangan rakan penulis sendiri) adalah lebih baik sebelum karya kita dihentam dan dikritik oleh para pembaca di luar sana.

6) Pengenalan tentang cara menghantar karya untuk tujuan terbit dan pemilihan sasaran pembaca. Nasihat dan panduan daripada tenaga pengajar dan para penulis yang pernah berkongsi pengalaman terbit karya. Oleh itu, selepas karya dikritik dan dibaiki, kita disarankan agar menghantar kepada pihak pernerbitan yang sesuai mengikut tema cerita. Jadi, kita akan diberikan garis panduan terma-terma yang perlu diikuti selaras dengan rumah penerbitan yang dipilih.

7) Pasukan/Jemaah pengkarya yang mempunyai angan-angan dan impian yang sama. Di sinilah saya membina pasukan jemaah penulisan untuk sama-sama berkongsi ilmu, memberi semangat dan nasihat/teguran membina serta melakar haluan penerbitan karya kami bersama. Syukur, saya temui rakan-rakan yang memberi impak yang cukup besar dalam dunia penulisan saya yang kecil ini. Sesungguhnya, inilah ganjaran yang tidak terukur nilainya pada saya.

8) Penasihat/Pembimbing dan Editor utama. Bagi saya matlamat jangka panjang itu boleh dicapai dengan pembinaan ukhuwah yang berpanjangan terhadap sesama rakan dan guru pembimbing. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat luas. Bukan sahaja dalam penulisan cerpen tetapi juga penulisan novel. Jadi, melalui kelas ini saya berasa bersyukur mempunyai guru yang boleh bertindak sebagai editor saya bukan setakat untuk cerpen bahkan untuk penulisan novel yang sedang saya usahakan. Semoga kejayaan saya akan menjadi kebanggaan para guru suatu hari nanti.

Buat Cikgu Monalita Mansor, ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari saya. Semoga Allah dapat membalas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini dan akan datang. Amin.

Baca lagi di blog beliau http://nurhidahhalun.blogspot.com/

Anda yang berminat mempelajari kaedah menghasilkan blog dan menulis cerpen dalam kelas penulisan kreatif, boleh menghubungi saya. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Selasa, 27 Januari 2015

Kelas Akaun Februari


Bagi yang bertanya tentang tarikh kelas-kelas akaun anjuran ABDR. Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:

1. Grup Coaching.
a) Tarikh: 10 Februari 2015, Selasa
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 6 Februari 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh


3. Grup Coaching
Tarikh: 29 Januari 2015, Khamis.
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Masa: 9.00am-4.00pm
Lokasi: Putrajaya.

4. Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 7 Februari 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.

Hubungi saya untuk mendaftar.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

*******************************************************************

Selain dari itu, ABDR juga menyediakan kelas bisnes secara online untuk suri belajar menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah.

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online: 
* Produk sendiri
* dropship makanan sunnah
* dropship produk makanan
* dropship telekung solat
* dropship produk islami
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong (telekung solat)
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun online dan offline
6. Pendaftaran Pengurus Online.

Servis yang ditawarkan
1. Tempahan blog bisnes/penulisan - siap 3 hari
2. Beriklan di soho directory

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Isnin, 26 Januari 2015

Bercuti Ke Bandar Hilir dan Afamosa

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Untuk menggembirakan anak-anak tersayang, saya dan suami membawa mereka melancong ke Melaka. Bukan main suka dapat naik beca dan mandi di kolam. Kami dah rancang sejak hujung tahun 2014 lagi. Kebetulan dapat beli tiket murah daripada kawan suami. Tapi banyak kali juga tertangguh kerana hal-hal keluarga dan anak sulung jatuh sakit pula. Saya dah janji dengan anak, kalau dia senang makan ubat, minum air masak banyak dan cepat sembuh, barulah boleh pergi jalan-jalan.

23 Januari 2015 (Jumaat)

Untuk mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Plus (terutama ke Tol Sg Besi), kami memandu ikut MEX Highway keluar ke Nilai. Maklumlah, jalanraya utama memang sesak selepas waktu pejabat. Bergerak dari rumah jam 9.30 malam dengan kelajuan santai 90-110km/j. 

Anda akan sampai susur Simpang Ampat dahulu. Kalau anda hendak ke Afamosa Resort, anda kena keluar susur ini. Tetapi jika anda hendak ke Bandar Hilir, anda kena keluar susur seterusnya iaitu susur Ayer Keroh-Bandar Hilir.

Kami sampai di Bandar Hilir, Melaka jam 12.30 malam. Jalan-jalan di Dataran Pahlawan tengok beca meriah berlampu. Kemudian kami meronda dalam uptown yang menjual pakaian, keychain, perhiasan diri dan sebagainya. Uptown di sini kecil sahaja, tak macam uptown di Cheras atau Danau Kota - havoc!. Kebanyakan jalan di sini adalah jalan sehala, mungkin untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Tapi dah lewat malam ni mana ada kereta lagi, semua dah balik tidur daa.

Jam 3.00 pagi barulah kami check-in di Hotel Bendahara, ada tempat letak kereta yang selesa dan bilik yang selesa juga. Kami ambil bilik tidur 1 katil queen dan 1 katil single hanya RM 128 dengan sarapan. 


 24 Januari 2015 (Sabtu)

Jam 11.00 pagi kami dah check-out dari hotel. Anak-anak dah tak sabar nak main air di Afamosa Water Theme Park. 

Kami ke Dataran Pahlawan mencari kedai makan untuk mengisi perut. Kami redah sahaja dan menuju ke Asam Pedas Jr tapi menu belum siap lagi. Kami berjalan ke kedai makan hujung sekali, ada kaunter jual minuman. Belasah sahaja apa yang ada.

Selepas makan, kami ronda-ronda di kedai kraftangan dan cenderahati di sebelah Asam Pedas Jr. Barulah terjumpa kedai makan Selera Kampung yang macam best je. Tak pe, lain kali boleh datang cuba makan di situ pula.

Bila nampak beca, anak perempuan ajak naik beca Frozen, yang anak lelaki pula nak naik beca Transformer. Harga menaiki beca RM25, anda akan dibawa pusing ke beberapa muzium, melihat pokok Melaka, tugu 1511, lalu depan kapal layar, kapal TLDM. Kata abang beca tu, bayaran untuk naik ke kapal tu RM3 tapi boleh menggunakan tiket yang sama untuk masuk ke 2 muzium berdekatan. Jadi kalau anda dah beli tiket tu, jangan di buang. Nanti kena beli tiket lain pula. 

Kemudian kami ke Dataran Pahlawan semula sebab mama nak naik Menara Taming Sari hehe. Bayaran bagi pemegang Mykad adalah RM 10 dan anak RM5, manakala bagi warga asing RM 20 dan anak RM10. Selepas bayar harga tiket di kaunter, kita berjalan masuk dan mereka ambil gambar kita. Nanti sebelum balik kalau kita nak gambar itu untuk kenang-kenangan, kita beli di kaunter gambar. Kalau ambil 1 set yang mengandungi 1 gambar besar, 1 gambar kecil dan 1 bebola salji (dalam tu ada gambar kita) berharga RM 60. Kalau ambil 1 gambar besar sahaja RM 35.


Melalui Menara Taming Sari ini, kita dapat lihat pemandangan sekitar Bandar Hilir dari ketinggian 80 meter. Menara ini akan pusing 360*, jadi kita dapat lihat seluruh bandar dan Laut Selat Melaka. Kalau orang gayat memang tak mahu naik menara berpusing ini, nanti jadi merana (terbalikkan menara).

Sempat lagi mengurut kaki dengan orang buta di situ, RM10 bagi 15 minit. 

Sebenarnya ada satu benda yang kami tidak naik, iaitu duck boat. Kata orang lebih seronok naik duck boat ini pada waktu malam barulah menarik. Tak pe, lain kali kami akan datang lagi ke sini.


Jam 2.00 petang barulah kami bergerak ke Afamosa Water Theme Park. Dari Bandar Hilir ke susur Simpang Ampat memakan masa 1/2 jam. Selepas tol, belok ke kiri dan apabila nampak Balai Polis Simpang Ampat, belok ke kiri lagi. Selepas itu terus sahaja sampai jumpa Afamosa di sebelah kanan. Ada kolam patung ikan lumba-lumba menyambut anda.

Di pintu gerbang tu, anda diberi tiket masuk, jangan hilangkan nanti kena bayar denda. Selepas itu ikutlah papan tanda ke Water Theme Park, kena masuk ke dalam lagi. Dah sampai tu kena bayar parking RM3 sekali masuk.

Harga tiket ke Afamosa Water Theme Park bagi dewasa adalah RM45, kanak-kanak RM 37. Disebabkan kami dah ada tiket, jadi kami hanya tukar tiket di kaunter khas. Nasib baik Afamosa Water Theme Park ini tutup jam 7.00 petang, dapatlah anak-anak bermain air sampai kecut haha. Tapi tak lah best sangat, biasa sahaja macam kat tempat lain juga. Masa main air ni kami tak ambil gambar sebab semua barang disimpan dalam loker berkunci yang menggunakan token berharga RM 4.

Bila dah sejuk menggigil dan tamat masa, barulah kami bersalin baju. Semua kedai-kedai dan kaunter dah tutup. Anak-anak sampai tidak boleh berjalan sebab kejong. Sampai minta dukung, banyak cantik kan. 

Sebelum keluar tol untuk balik ke Kuala Lumpur, kami singgah makan malam di tepi jalan iaitu Rimbun Corner. Kebetulan hari hujan pulak, rasa sedap je makanan di situ. Ada jual burger dan nangka madu juga. Ada kedai runcit kecil dalam tu. Harga makanan pun tak lah murah, macam harga di KL juga.

Jam 8.30 malam barulah kami bergerak balik. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Plus Utara-Selatan, saya dan anak-anak tertidur kepenatan manakala suami memandu penuh tekun hingga selamat sampai depan rumah..hahaha.

Tak puas lagi melawat Melaka dan insya Allah kami akan datang lagi :)

Pakej Ansuran Kelas Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Tidak ada jalan mudah untuk memulakan sesuatu. Saya juga faham, tidak mudah bagi suri untuk mengeluarkan modal / yuran bagi memulakan langkah bisnes online. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan wang RM200. Nilai ini boleh digunakan untuk perbelanjaan dapur selama 2-3 minggu atau untuk membayar yuran mengaji anak-anak. 

Sebab itu Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan pakej ansuran kepada suri yang betul-betul mahu belajar bisnes online. Macam menabung, simpan sikit-sikit. 2-3 kali bayar dah langsai ansuran dan boleh mula kelas bisnes di ABDR. Cuma suri perlu bersabar dan cekal hati.


Pakej Mampu Milik ini untuk kelas blog mula bisnes (produk sendiri atau dropship ABDR).

Yuran penuh RM200 
@ RM50 x 4
@ RM100 x 2

Bonus 4 ebook:
1) ebook belajar blog
2) ebook supermom
3) ebook mula bisnes butik
4) ebook 101 idea home based bisnes

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Jumaat, 23 Januari 2015

Duo Ebook

RM 100
Dapatkan 2 ebook ini untuk persediaan bekerja dari rumah

Ramai yang tercari-cari idea untuk mula bisnes dari rumah. Masih bekerjaya tak semestinya kalian tidak boleh memulakan bisnes secara sambilan. Sepatutnya itulah jalan terbaik sebelum betul-betul memilih untuk menjadi WAHM sepenuh masa. Supaya kita tidak ribut di kemudian hari.

Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Buat persediaan terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.

Wajib ada:

1. Tabung modal (khusus untuk bisnes).

2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.

3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini).

Pakej duo ebook ini untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian. 

Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.

Jika kalian rasa masih tidak yakin untuk mula sendiri, boleh sertai kelas online blog. Kelas blog fanpage mula bisnes bersama akademi bekerja di rumah, daftar kelas ini dan belajar membina blog bisnes, melalui produk akademi, iaitu sebagai rakan niaga akademi atau boleh terus promosi produk sendiri.

Ebook ini boleh juga dibeli secara berasingan, RM50 setiap satu. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 22 Januari 2015

Jangkitan Kuman

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Empat hari sebelum sessi persekolahan 2015, anak sulung saya mengalami demam panas, sekejap baik sekejap demam. Jam 4 pagi mesti terjaga dari tidur dan mengadu sejuk sangat, sampai menggigil tubuhnya. Tapi bila saya sentuh badannya berhaba panas. Saya terus bagi ubat dan basahkan kepalanya, takut kalau suhu tinggi sangat nanti jadi sawan pula. 

Dia hanya sempat ke prasekolah sehari setengah sahaja. Hari kedua tu, cikgu telefon meminta saya mengambil anak di sekolah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak dapat menyiapkan tugasan yang cikgu berikan.

Kebetulan saya dan suami memang mengambil cuti minggu pertama persekolahan untuk melatih dia ke sekolah. Jadi, kami terus ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan. Ujian darah menunjukkan platlet darahnya rendah. Mujurlah tidak kena masuk wad. Doktor mengesyaki demam denggi kerana kami tinggal di kawasan wabak tetapi meminta kami datang lagi keesokan hari untuk ujian darah semula. Kami dibekalkan dengan ubat Paracetamol 250 dan hari kedua diberi ubat batuk (kerana anak saya mengalami batuk berkahak semasa demam ini).

Kasihan saya melihat keadaannya semasa sakit. Melepek sahaja dan tidak ceria. Mujurlah dia masih mahu makan dan minum air. Semasa bagi makan ubat pun mudah sahaja dia telan. Suami saya perasan ada bintik macam ruam merah di lengan dan kakinya. Bimbang saya kalau kena denggi berdarah.

Selama empat hari kami berulang-alik ke hospital untuk mengambil ujian darah barulah doktor beritahu anak saya demam akibat jangkitan kuman sahaja, tiada virus denggi. Doktor bekalkan ubat antibiotik sebanyak 2 botol dan mesti dihabiskan dalam 1 minggu.

Kata doktor, jangkitan kuman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira di mana sekiranya terdapat virus pencemaran dalam udara yang kita sedut. Doktor suruh saya rasa benjolan-benjolan kecil di leher anak (bawah telinga dekat rahang). Kalau ada benjolah menandakan badan kita sedang melawan kuman / virus yang menyebabkan kesihatan terganggu.

Lagi satu doktor pesan, jangan korek telinga anak menggunakan putik kapas. Nanti najis akan masuk terus ke dalam dan menyebabkan masalah telinga. Biarkan najis dalam telinga keluar secara semulajadi, nanti keluar sendiri bila sampai masanya. 

Alahai, kasihan anakku sayang
Alhamdulillah, demamnya kebah selepas 11 hari. Dia kembali ceria untuk ke sekolah dan teruja bercerita tentang apa yang dipelajari setiap hari. 

Perkhidmatan Blog dan Iklan

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Di antara perkhidmatan atau servis yang ABDR sediakan adalah:

1. Tempahan blog bisnes – siap dalam 5-7 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory bersama pautan lebih dari 900 blogger.

Keterangan tempahan blog bisnes:
  1. Dapat email, blog, label, pages, link pages ke blog, form order dan 10 gambar utama.
  2. Bonus 2 ebook (belajar asas blog dan super wahm supermom).
  3. Bonus beriklan di soho directory setahun.
  4. Siap dalam 3-5 hari bekerja.
  5. Harga upah RM300.
  6. Tawaran istimewa: boleh bayar ansuran :)

Keterangan iklan SOHO Directory:

Soho Directory adalah tapak iklan usahawan online dan offline yang dipromosikan oleh lebih 900 pautan blogger ABDR. 
  1. Pakej Iklan serendah RM50 - 1 gambar, link fan page, link blog
  2. Tempoh 6 bulan
  3. Renew iklan RM50 untuk 6 bulan
Bagi usahawan yang tiada blog tapi ada produk bisnes yang mahu dipromosikan, pihak kami akan mempromosi produk anda ke dalam SOHO ABDR.

Sekiranya anda berminat, boleh berikan maklumat lengkap produk, 1 gambar utama produk, link fanpage dan link blog (jika ada).

Anda boleh lihat contoh mereka yang telah beriklan dengan kami di http://sohodirectory.blogspot.com

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 21 Januari 2015

Rekod Urusniaga Anda

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR

Tak kira perniagaan kecil atau besar, usahawan / peniaga perlu pandai merekod akaun kewangan bisnes masing-masing untuk melihat untung atau rugi. Kami di Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas asas akaun seperti berikut :

Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 23 Januari 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh


Grup Coaching
Tarikh: 29 Januari 2015, Khamis.
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Masa: 9.00am-4.00pm
Lokasi: Putrajaya.

Grup Coaching
Tarikh: 29 Januari 2015, Khamis.
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)


Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 7 Februari 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.

Selasa, 20 Januari 2015

Blog Bisnes Online

Pakej menarik 2015, khas untuk semua yang baru nak mula berbisnes dan belajar menulis di blog secara konsisten. Belajar bagaimana nak jadikan blog sebagai medium perkongsian untuk pembaca dan bakal pembeli.

Kelas blog mula bisnes + kelas asas blog penulisan (2 kelas serentak)

* yuran RM 300 (daftar kelas blog mula bisnes dan penulisan).

* Bonus 5 ebook 
(ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom - perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, ebook 101 idea home based bisnes - cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook rahsia khidmat pelanggan - bagaimana kita berurusan dengan pelanggan).

* Bonus beriklan di soho directory 2 tahun (http://sohodirectory.blogspot.com) - pautan tapak iklan usahawan online dan offline, yang dipromosikan oleh lebih 900 pautan blogger ABDR.

* Lebih menarik, bagi yang tiada produk boleh terus daftar sebagai agen dropship ABDR (Boleh pilih produk makanan, atau makanan sunnah, atau produk islamik).

* Dan, boleh terus jadi Pengurus Online ABDR apabila telah selesai siapkan blog.

* Tiada yuran berkali-kali, hanya sekali yuran boleh terus mula belajar. Masa belajar sangat fleksibel ikut masa sendiri. Tiada limit masa. Belajar dan terus boleh mula menjana pendapatan melalui blog dan facebook.

Bagi yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar hari ini. Kita belajar hasilkan blog kedai online dan belajar menulis dengan konsisten di blog.

Pendaftaran boleh terus menghubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Isnin, 19 Januari 2015

Kronologi Rumah Lelong

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Rumah Lelong # 5

18 Nov 2014 - Menang bida, bayar duti setem, bayar agen.

19 Nov 2014 - dapat kontrak.

20 Nov 2014 - Serah borang pinjaman BSN. Rupanya bagi pinjaman perumahan bawah RM 100k, BSN guna BLR semasa jadi tiada minus. Maka, kadar faedah yang dikenakan adalah 6.85.

24 Nov 2014 - Serah borang pinjaman perumahan CIMB. Ada minus -1.7 daripada BLR semasa 6.85. Maka faedah yang dikenakan 5.15.

25 Nov 2014 - Serah salinan EC ke CIMB.

27 Nov 2014 - Terima surat peguam bank pelelong.

1 Dis 2014 - BSN telefon memaklumkan permohonan pinjaman perumahan saya telah lulus dan boleh datang tandatangan dokumen.

2 Dis 2014 - Selepas berfikir, saya telefon BSN minta tangguh hingga hari Jumaat untuk tunggu jawapan daripada CIMB.

10 Dis 2014 - Tandatangan pinjaman perumahan CIMB Islamic dan membuka akaun simpanan dengan bayaran RM250 (kerana saya belum ada akaun dengan CIMB). Dapat kad ATM sahaja, tiada buku akaun simpanan.

17 Dis 2014 - Peguam bank telefon untuk pengesahan.

24 Dis 2014 - Serah salinan kad pengenalan ke CIMB kerana pihak CSA minta salinan (hard copy).

08 Jan 2015 - Telefon pejabat peguam untuk mengetahui perkembangan permohonan pinjaman. Semua ok, rumah itu dah ada strata title. Katanya sedang tunggu surat jawapan daripada pemaju untuk mengetahui jumlah tunggakan cukai rumah dan lain-lain bil yang perlu dijelaskan. 

15 Jan 2015 - Pergi pejabat peguam CIMB Bank untuk tandatangan dokumen pinjaman. Katanya masih tunggu surat jawapan daripada pemaju untuk mengetahui jumlah tunggakan cukai pintu. Dan rumah itu sudah ada strata title.

22 Jan 2015 - Terima panggilan dan email daripada peguam berkenaan tunggakan bil selenggara rumah tersebut yang perlu dibayar kepada JMB sebanyak RMxxx.

Nota:

Saya akan kemaskini kronologi ini mengikut perkembangan yang saya lalui.

* Saya petik daripada tiphartanah: Belilah apa yang anda mampu bukan menunggu sehingga anda mampu. Sekiranya tidak menemui apa yang anda layak untuk membeli, teruskan mencari.

Ahad, 18 Januari 2015

Panduan Menyertai ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Mungkin masih ada pembaca yang masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan langkah untuk menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Keluarga besar kami sudah hampir 1000 blogger. 

Apa kata anda baca penulisan rakan-rakan saya yang lain. Mungkin dapat membuka lembaran baru buat anda di tahun 2015 ini.

******************************************************
Penulis / Sumber: Bibi Normi
Guru Online: Anys Idayu Zakaria

Salam inspirasi.

Hari ini penulis ingin membawa anda untuk mengenali siapa sebenarnya Akademi Bekerja Di Rumah. Nama ringkasnya ABDR. Ramai yang bertanyakan saya apakah fungsi dan konsep ABDR. Paling penting apa keuntungan yang kita akan dapat apabila menyertai akademi ini. Di sini saya nyatakan sedikit untuk lebih difahami dan bagaimana mahu bermula.

Saya jelaskan bahawa ABDR bukan Akademi Fantasia (AF) yang kita tonton di saluran Astro. ABDR adalah sebuah akademi yang fokus kepada wanita atau lebih dikenali sebagai suri. ABDR sangat fokus kepada bagaimana cara menjana pendapatan dari rumah sama ada secara full time atau part time. ABDR tidak menggalakkan suri berhenti kerja dahulu sebelum mampu menjana pendapatan sendiri. ABDR mengajar suri erti berfikir dan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Suri yang bagaimana? Suri yang sama ada bekerjaya atau tidak bekerjaya yang bercita-cita ingin memulakan bisnes secara atas talian (online).

Konsepnya semudah ABC, iaitu tidak perlu buat pinjaman dengan mana-mana pihak untuk jadikan impian bisnes suri menjadi kenyataan. Kita di sini menggunakan apa yang ada. Maksudnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dengan menggunakan semaksimum mungkin bakat, minat, kelebihan, pengalaman dan ilmu yang ada untuk mulakan bisnes suri. Bersama ABDR, suri akan dilatih agar berkongsi ilmu yang ada bersama suri-suri yang lain. Berkongsi dan berkenalan sesama suri. In Syaa Allah ada ganjaran dan peluang yang kita tidak tahu menanti di hadapan. Kita memberi dan menerima sesama suri demi bisnes online masing-masing dengan gaya tersendiri berpandukan panduan dan assistance guru online yang profesional.

Maka apakah bisnes online? Penulis tahu ada suri di luar sana bertanyakan soalan ini. Untuk makluman suri yang dikasihi, kedai fizikal kita MESTI bayar sewa tetapi kedai online suri TIDAK PERLU bayar sewa. Jelas bukan? Dalam erti kata lain bersama ABDR bisnes online TIADA sewa tapak.

Suri sekalian mahu miliki bisnes online? Boleh, tiada halangan. Saya kongsikan langkah yang pernah saya lakukan satu ketika dahulu. Apa yang saya buat adalah:

1. Klik Like & Follow Fb page Akademi Bekerja Di Rumah dan Wahm Sahm Soho.

2. Baca informasi dan info yang dikongsi di Fb Page berkenaan dan cuba fahami apa konsep yang ingin disampaikan.

3. Berkenalan dengan Puan Pengasas ABDR iaitu Masayu Ahmad. Boleh add beliau di Fb: Masayu Ahmad atau baca blog beliau Masayuahmad.Com atau Blog NaufalSayang. Nota: Untuk pengetahuan suri, Puan Masayu adalah penulis kepada ebook popular seperti Jana Wang Dari Rumah salah satunya.

4. Berkenalan dengan guru online saya sendiri iaitu Puan Anys Idayu Zakaria. Boleh singgah dan baca perkongsian beliau di blog Panduan Mula Bisnes Dropship.

5. Berkenalan dengan saya sendiri iaitu pemilik blog Inspirasi Cinta Wanita pada bila-bila masa. Klik dan baca apa yang saya kongsikan di Tab menu : Kelas Online dan Pakej Ebook (WAHM) untuk permulaan dan jika suri faham apa yang kami sampaikan di sini maka anda 50% sudah bersedia untuk bergabung dengan ABDR dan mulakan bisnes online sendiri.

6. Klik dan baca mana-mana blog bisnes online suri yang lain yang sudah sertai ABDR. Suri boleh dapat di blog saya, Puan Mas, Puan Anys atau suri lain yang anda kenal. Mereka adalah senior kepada kita dan suri boleh berkenalan dengan mereka secara online.

7. Sebaik sudah lakukan semua langkah di atas, suri hanya perlu kenal diri, tanya diri apakah bakat dan kelebihan yang suri ada untuk suri jadikan ia sebagai bisnes online. Pasti ada kerana setiap makhluk ciptaanNYA tidak sama dan unik.

8. Sebelum mendaftar suri boleh bertanyakan kepada mana-mana pengurus online untuk dapatkan kepastian sejauh mana ABDR dapat membantu suri berbisnes secara online.

9. Dapatkan khidmat nasihat daripada guru/pengurus online yang suri yakin dapat membantu suri dan..

10. Mendaftar sebagai ahli dan bergabung dengan kami di ABDR yang semakin menghampiri 1000 ahli.

Maklumat yang suri perlu tahu adalah...Pendaftaran dibuka setiap hari dan guru online akan membantu suri. Ada banyak perkara dan niche yang suri boleh pilih dan fokus selepas menjadi ahli. Contohnya:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.
3. Kelas beriklan di Mudah.My.
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung.
8. Perkhidmatan Upah Blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...