Isnin, 5 Januari 2015

Apa makna P.O.S?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Rumah Lelong # 3

P.O.S adalah singkatan bagi perkataan Proclamation Of Sale atau Perisytiharan Jualan.


Anda boleh survey senarai rumah lelong di laman web seperti PropertyGuru.com, Public Auction House, Rumah Lelong Panas, Ng Chan Mau, Lelong Tips dan banyak lagi. Manakala untuk melihat senarai rumah yang hendak dijual oleh pemilik (subsale) di sekitar KL, Putrajaya dan Selangor, saya suka ke Rescom Realty.

Apabila anda klik pada rumah yang anda berkenan, akan ada satu pautan yang mengandungi maklumat am tentang rumah tersebut. Contohnya keluasan, harga rumah lelong, tarikh dan tempat lelongan diadakan, disertakan dengan pautan P.O.S. Anda boleh terus baca dan cetak.

Atau,
Anda boleh dapatkan salinan P.O.S ini daripada agen / pihak pelelong, minta mereka email / faks kepada anda. Sila baca dengan teliti dan buat pertimbangan yang sewajarnya.

Isi kandungan P.O.S itu adalah maklumat tentang rumah tersebut, syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggunggan, apa yang bank cover dan sebagainya.

Contoh P.O.S.
Tunggu entri seterusnya. Bank apakah yang menjadi pilihan saya untuk pinjaman perumahan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...