Selasa, 6 Januari 2015

Cara Menyertai ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Mungkin masih ada pembaca yang masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan langkah untuk menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Keluarga besar kami sudah hampir 1000 blogger. 

Apa kata anda baca penulisan rakan-rakan saya yang lain. Mungkin dapat membuka lembaran baru buat anda di tahun 2015 ini.

******************************************************
Penulis / Sumber: Zaridah Hj Hashim
Guru Online: Anys Idayu Zakaria

Bagaimana Saya Bermula.

Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.

Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.

Perlukan Bimbingan

Sebelum ini saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog untuk saya.

Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu. 

Harga Berpatutan

Bayaran yuran yang dikenakan untuk menyertai kelas sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada waktu terluang saya kerana saya juga perlu menumpukan kepada bisnes online SHAKLEE saya. 

Berpuashati

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai kerana banyak ilmu tentang blog dan penulisan yang telah saya pelajari. Alhamdulilah Cikgu yang mengajar saya juga iaitu Pn. Anys banyak berkongsi pengalamannya tentang penulisan serta memberi tips-tips kepada saya. Syukur kerana saya dapat mengenali beliau dan juga Pn. Masayu.

Saya rasa setakat ini dulu perkongsian dari saya, bagaimana permulaan saya dalam pembelajaran kelas secara alam maya ini. Ianya adalah satu landasan untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang blog dan ia boleh menaikkan lagi kredibiliti seseorang untuk membina jaringan dan bisnes di alam maya ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai kelas ini, jangan tunggu lagi atau teragak-agak kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk anda. Anda tidak akan rugi jika menyertai Kelas Asas Blog dan Pemulisan ini.

Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk bermula. Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sangat mengalu-alukan penyertaan anda.

Senyum Selalu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...