Rabu, 7 Januari 2015

Khidmat Jahitan Ringan

Penulis: Sariah Awang Senik
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Kelas Asas Blog Penulisan

Di samping menjalankan segala tugasan di rumah, ada beberapa masalah yang agak remeh temeh yang sering kita hadapi sebagai seorang surirumah ataupun pekerja. Pernah tidak anda menghadapi masalah, iaitu ketika hendak ke sesuatu majlis ataupun kenduri, kita menghadapi masalah tentang pakaian kita? Memang bukan semua daripada kita bukanlah berasal daripada golongan yang kaya , yang tidak menghadapi masalah tentang duit dan sebagainya. Hampir kesemua daripada kita berasal daripada golongan sederhana.

Kadang di rumah, terdapat banyak pakaian yang koyak di sana sini tetapi masih elok dan boleh di pakai lagi. Ada juga pakaian yang butangnya telah tercabut ataupun zip baju atau seluarnya telah rosak tetapi semuanya nampak masih baru lagi. Sebenarnya semua pakaian tersebut boleh di perbaiki dan kita masih boleh memakainya . Atau terpulang kepada kita untuk menjualnya kembali sebagai pakaian terpakai ataupun menderma kepada golongan yang memerlukannya. Di kedai-kedai yang ada sekarang tidak banyak yang memberi khidmat seperti ini iaitu memperbaiki semula pakaian yang rosak . Memang ada tetapi amatlah terhad.

Untuk pengetahunan semua, saya telah lama menjalankan aktiviti ini di rumah sejak saya telah berumahtangga hingga lah kedua-dua anak saya meningkat remaja. Pernah suatu ketika saya terlihat di sebuah pasaraya besar yang menawarkan khidmat ini. 

Khidmat jahitan yang di beri adalah :
- Membaiki zip baju atau seluar yang rosak
- Menukar butang yang rosak atau hilang kepada yang baru
- Memotong seluar ataupun baju jika terlalu panjang
- Mengecilkan baju
- Menjahit poket seluar yang koyak
- Menjahit langsir dengan jahitan yang ringkas
- Menjahit lencana sekolah

Semua khidmat jahitan ini saya lakukan hanya dirumah. Walaupun hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak mana, namun ianya amat memuaskan hati saya sebagai pendapatan sampingan. Harganya amatlah berpatutan.

Berkenalan dengan penulis blog / pengurus online ABDR Sariah Awang Senik. Singgah di blog http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/01/mengambil-upah-jahitan-jahitan-yang.html

******************************************************************************

Pendaftaran setiap hari di Akademi Bekerja Di Rumah.

1. kelas asas blog penulisan - khas untuk mereka yang mahu belajar menulis dan berkongsi kepakaran melalui penulisan blog, untuk mereka yang sudah ada blog belaapjar berkongsi link dengan alumni ABDR untuk menbantu tarikan pelawat ke blog, belajar menulis secara konsisten.

2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes - untuk usahawan yang mahu menggunakan blog sebagai medium pemasara produk, untuk yang sudah ada produk tapi belum ada blog. Untuk yang mahu belajar berbisnes secara online melalui dropship ABDR.

3. Kelas akaun bisnes - belajar urus akaun bisnes secara lebih sistematik.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula belajar dan konsisten menggunakan blog untuk belajar menjana pendapatan.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...