Isnin, 19 Januari 2015

Kronologi Rumah Lelong

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Rumah Lelong # 5

18 Nov 2014 - Menang bida, bayar duti setem, bayar agen.

19 Nov 2014 - dapat kontrak.

20 Nov 2014 - Serah borang pinjaman BSN. Rupanya bagi pinjaman perumahan bawah RM 100k, BSN guna BLR semasa jadi tiada minus. Maka, kadar faedah yang dikenakan adalah 6.85.

24 Nov 2014 - Serah borang pinjaman perumahan CIMB. Ada minus -1.7 daripada BLR semasa 6.85. Maka faedah yang dikenakan 5.15.

25 Nov 2014 - Serah salinan EC ke CIMB.

27 Nov 2014 - Terima surat peguam bank pelelong.

1 Dis 2014 - BSN telefon memaklumkan permohonan pinjaman perumahan saya telah lulus dan boleh datang tandatangan dokumen.

2 Dis 2014 - Selepas berfikir, saya telefon BSN minta tangguh hingga hari Jumaat untuk tunggu jawapan daripada CIMB.

10 Dis 2014 - Tandatangan pinjaman perumahan CIMB Islamic dan membuka akaun simpanan dengan bayaran RM250 (kerana saya belum ada akaun dengan CIMB). Dapat kad ATM sahaja, tiada buku akaun simpanan.

17 Dis 2014 - Peguam bank telefon untuk pengesahan.

24 Dis 2014 - Serah salinan kad pengenalan ke CIMB kerana pihak CSA minta salinan (hard copy).

08 Jan 2015 - Telefon pejabat peguam untuk mengetahui perkembangan permohonan pinjaman. Semua ok, rumah itu dah ada strata title. Katanya sedang tunggu surat jawapan daripada pemaju untuk mengetahui jumlah tunggakan cukai rumah dan lain-lain bil yang perlu dijelaskan. 

15 Jan 2015 - Pergi pejabat peguam CIMB Bank untuk tandatangan dokumen pinjaman. Katanya masih tunggu surat jawapan daripada pemaju untuk mengetahui jumlah tunggakan cukai pintu. Dan rumah itu sudah ada strata title.

22 Jan 2015 - Terima panggilan dan email daripada peguam berkenaan tunggakan bil selenggara rumah tersebut yang perlu dibayar kepada JMB sebanyak RMxxx.

Nota:

Saya akan kemaskini kronologi ini mengikut perkembangan yang saya lalui.

* Saya petik daripada tiphartanah: Belilah apa yang anda mampu bukan menunggu sehingga anda mampu. Sekiranya tidak menemui apa yang anda layak untuk membeli, teruskan mencari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...