Khamis, 1 Januari 2015

Mengukur Kemajuan Diri

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Betapa cepat masa berlalu. Masih belum puas rasanya menatap wajah anak-anak ketika mereka masih bayi. Minggu depan anak-anak ini akan mula bersekolah. Seiring itu juga usia mama dan abah semakin bertambah. Banyak lagi hasrat dan azam yang belum terlaksana. 

Azam hanyalah matlamat kemajuan diri yang digariskan sebagai panduan atau dorongan. Walau apapun azamnya saban tahun, kita sendiri yang mesti berusaha merealisasikan azam itu. Jangan lupa buat senarai semak azam yang lalu untuk mengukur sejauh mana kemajuan atau perubahan yang telah dicapai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...