Ahad, 18 Januari 2015

Panduan Menyertai ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Mungkin masih ada pembaca yang masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan langkah untuk menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Keluarga besar kami sudah hampir 1000 blogger. 

Apa kata anda baca penulisan rakan-rakan saya yang lain. Mungkin dapat membuka lembaran baru buat anda di tahun 2015 ini.

******************************************************
Penulis / Sumber: Bibi Normi
Guru Online: Anys Idayu Zakaria

Salam inspirasi.

Hari ini penulis ingin membawa anda untuk mengenali siapa sebenarnya Akademi Bekerja Di Rumah. Nama ringkasnya ABDR. Ramai yang bertanyakan saya apakah fungsi dan konsep ABDR. Paling penting apa keuntungan yang kita akan dapat apabila menyertai akademi ini. Di sini saya nyatakan sedikit untuk lebih difahami dan bagaimana mahu bermula.

Saya jelaskan bahawa ABDR bukan Akademi Fantasia (AF) yang kita tonton di saluran Astro. ABDR adalah sebuah akademi yang fokus kepada wanita atau lebih dikenali sebagai suri. ABDR sangat fokus kepada bagaimana cara menjana pendapatan dari rumah sama ada secara full time atau part time. ABDR tidak menggalakkan suri berhenti kerja dahulu sebelum mampu menjana pendapatan sendiri. ABDR mengajar suri erti berfikir dan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Suri yang bagaimana? Suri yang sama ada bekerjaya atau tidak bekerjaya yang bercita-cita ingin memulakan bisnes secara atas talian (online).

Konsepnya semudah ABC, iaitu tidak perlu buat pinjaman dengan mana-mana pihak untuk jadikan impian bisnes suri menjadi kenyataan. Kita di sini menggunakan apa yang ada. Maksudnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dengan menggunakan semaksimum mungkin bakat, minat, kelebihan, pengalaman dan ilmu yang ada untuk mulakan bisnes suri. Bersama ABDR, suri akan dilatih agar berkongsi ilmu yang ada bersama suri-suri yang lain. Berkongsi dan berkenalan sesama suri. In Syaa Allah ada ganjaran dan peluang yang kita tidak tahu menanti di hadapan. Kita memberi dan menerima sesama suri demi bisnes online masing-masing dengan gaya tersendiri berpandukan panduan dan assistance guru online yang profesional.

Maka apakah bisnes online? Penulis tahu ada suri di luar sana bertanyakan soalan ini. Untuk makluman suri yang dikasihi, kedai fizikal kita MESTI bayar sewa tetapi kedai online suri TIDAK PERLU bayar sewa. Jelas bukan? Dalam erti kata lain bersama ABDR bisnes online TIADA sewa tapak.

Suri sekalian mahu miliki bisnes online? Boleh, tiada halangan. Saya kongsikan langkah yang pernah saya lakukan satu ketika dahulu. Apa yang saya buat adalah:

1. Klik Like & Follow Fb page Akademi Bekerja Di Rumah dan Wahm Sahm Soho.

2. Baca informasi dan info yang dikongsi di Fb Page berkenaan dan cuba fahami apa konsep yang ingin disampaikan.

3. Berkenalan dengan Puan Pengasas ABDR iaitu Masayu Ahmad. Boleh add beliau di Fb: Masayu Ahmad atau baca blog beliau Masayuahmad.Com atau Blog NaufalSayang. Nota: Untuk pengetahuan suri, Puan Masayu adalah penulis kepada ebook popular seperti Jana Wang Dari Rumah salah satunya.

4. Berkenalan dengan guru online saya sendiri iaitu Puan Anys Idayu Zakaria. Boleh singgah dan baca perkongsian beliau di blog Panduan Mula Bisnes Dropship.

5. Berkenalan dengan saya sendiri iaitu pemilik blog Inspirasi Cinta Wanita pada bila-bila masa. Klik dan baca apa yang saya kongsikan di Tab menu : Kelas Online dan Pakej Ebook (WAHM) untuk permulaan dan jika suri faham apa yang kami sampaikan di sini maka anda 50% sudah bersedia untuk bergabung dengan ABDR dan mulakan bisnes online sendiri.

6. Klik dan baca mana-mana blog bisnes online suri yang lain yang sudah sertai ABDR. Suri boleh dapat di blog saya, Puan Mas, Puan Anys atau suri lain yang anda kenal. Mereka adalah senior kepada kita dan suri boleh berkenalan dengan mereka secara online.

7. Sebaik sudah lakukan semua langkah di atas, suri hanya perlu kenal diri, tanya diri apakah bakat dan kelebihan yang suri ada untuk suri jadikan ia sebagai bisnes online. Pasti ada kerana setiap makhluk ciptaanNYA tidak sama dan unik.

8. Sebelum mendaftar suri boleh bertanyakan kepada mana-mana pengurus online untuk dapatkan kepastian sejauh mana ABDR dapat membantu suri berbisnes secara online.

9. Dapatkan khidmat nasihat daripada guru/pengurus online yang suri yakin dapat membantu suri dan..

10. Mendaftar sebagai ahli dan bergabung dengan kami di ABDR yang semakin menghampiri 1000 ahli.

Maklumat yang suri perlu tahu adalah...Pendaftaran dibuka setiap hari dan guru online akan membantu suri. Ada banyak perkara dan niche yang suri boleh pilih dan fokus selepas menjadi ahli. Contohnya:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.
3. Kelas beriklan di Mudah.My.
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung.
8. Perkhidmatan Upah Blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...