Selasa, 24 Februari 2015

Kelas Blog Instagram



Terkini untuk anda yang berminat belajar membina blog dan fanpage bisnes (offline) coaching dalam kumpulan kecil. Sesiapa sahaja boleh menyertainya terutamanya suri.  
Tarikh : 7hb Mac 2015
Masa : 0930 - 1330 (4 jam)
Lokasi : Shah Alam (sekiranya 10 peserta) / Kelana Jaya (jika 10 peserta ke 20 peserta)
Harga Yuran : RM250
Tenaga pengajar : Pn. Aishah Hussein & Pn. Zaila Mohamad
Modul yang diajar:
1) Pengenalan kepada blog, fanpage dan Instagram.
2) Menggunakan Instagram sebagai ruang pengiklanan.
3) Belajar menggunakan medium Instagram sebagai tempat mempromosikan produk & bagaimana membuat pautan antara facebook, fanpage, blog & instagram.
4) Tips-tips membina blog yang digemari dan menguasai enjin carian Google.
Bonus:
1) 4 buah ebook ABDR.
2) Bimbingan berterusan secara online oleh guru ABDR.
3) Menyertai network ABDR yang semakin berkembang (melebihi 900 penyertaan). 
Hubungi saya.

Isnin, 16 Februari 2015

Jual Beli Online

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Bisnes online menjadi trend membeli dan menjual masa kini. Kenapa? Sebab mudah dan ringkas. Anda hanya perlu cari barang yang dikehendaki, lihat maklumat barang dan bandingkan harga dengan kedai lain, jika puashati dan setuju dengan barang dan maklumat yang diberikan, anda hanya perlu klik dan buat bayaran secara online atau pergi ke bank berdekatan untuk membuat pembayaran kepada penjual. Tunggu barang anda sampai ke pintu rumah. Senangkan.

Akademi Bekerja Di Rumah menyediakan kelas untuk suri yang zero dalam bisnes online untuk mempelajari kaedah mula bisnes.
  1. boleh lakukan secara online oleh suri di rumah
  2. boleh dilakukan secara part time ketika masa rehat oleh suri bekerjaya
  3. tak perlu simpan stok
  4. sekali yuran pendaftaran sahaja
  5. penghantaran diuruskan pasukan khas

Alhamdulillah, selamat datang pelajar Februari 2015, kami sedang rancak menerima pendaftaran untuk kelas mula bisnes:-

- Kelas telekung solat borong dan runcit
- Kelas mula bisnes makanan sunnah
- Kelas mula bisnes produk makanan
- Kelas mula bisnes produk islami

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 12 Februari 2015

Membina Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Belajar menjana pendapatan tambahan bersama kami, Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui BLOG. Pendaftaran dibuka setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan.

2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- borong runcit telekung solat
- produk islami

3. Pengurus Online Akademi (kelas online dan produk digital)

Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Rabu, 11 Februari 2015

Berpantang Secara Sihat

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

ABDR yang sinomin dengan suri, kembali lagi dengan ebook untuk rujukan suri khasnya ibu-ibu iaitu Ebook 44 Resipi Berpantang. Terdapat senarai menu yang sihat dan menghangatkan hari-hari suri selepas mengalami proses hamil dan melahirkan anak. 

Tidaklah ibu-ibu bosan dengan menu yang sama setiap hari sepanjang tempoh 44 hari berpantang.

Ebook ini boleh dijadikan panduan oleh bakal ibu, ibu-ibu, bapa atau penjaga yang akan menjaga isteri atau orang yang melahirkan anak. Juga sesuai untuk panduan anda yang ingin menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal.

Ebook 44 Resipi Pantang

Tinta Pengarang

Bahagian 1: Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam

Bahagian 2: Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Bakar
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang

Bahagian 3: Daging
16. Daging Lada Hitam
17. Singgang Daging

Bahagian 4: Ayam
18. Ayam Organik Bakar
19. Ayam Organik Bakar Halia Muda
20. Ayam Organik Lada Hitam
21. Ayam Organik Masak Tomato
22. Sup Ayam Kampung

Dan banyak lagi. Semuanya terhimpun dalam satu Ebook 44 Resipi Berpantang.

Dan..
Bonus Ebook Panduan 44 Hari Pantang.
Dengan harga promosi RM30 untuk 2 ebook.

Bonus
Harga selepas ini adalah RM60. Belian sekarang RM30 sahaja untuk 2.

Tawaran ini sah sehingga 30 Mac 2015.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khidmat Dan Perkhidmatan

Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah menggunakan basaha sopan dalam melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam proses komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.

Pelanggan gembira apabila dirai dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah untuk membeli.

Ketahui lebih lanjut tentang memberi perkhidmatan yang memuaskan hati kedua-dua pihak.

EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE.


Selasa, 10 Februari 2015

Menjadi Suri Hebat

Penulis: Norashikin Said
Guru Online: Khairunnisa Hamzahara

Ulasan Ebook Super WAHM Super Mom

Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 3600 apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri begitu tebal tapi setelah membaca EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Setiap halaman memberikan info-info dan tips-tips yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.

Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.

Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes. Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk. Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.


*******************************************************************

Hubungi saya untuk mendapatkan ebook ini sebagai motivasi untuk menjadi suri yang HEBAT.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 5 Februari 2015

Jana Pendapatan Dengan Blog

Banyak persoalan yang timbul tentang cara bekerja dari rumah. Berikut adalah contoh pertanyaan daripada seorang suri kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad. Bagaimana Menjana Income dari Kelas Blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)?

Puan, melalui kelas yang puan syorkan saya tadi, bolehkah saya dapat income juga darinya?
Puan H

Jawapan saya: Masayu Ahmad

Terima kasih kerana bertanya, salam perkenalan dari saya. Blog ini salah satu permulaan saya berhenti kerja, saya di belakang tabir berkongsi dan menulis. Atas niat untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin info dan perkongsian berkaitan dengan bekerja dari rumah khusus untuk wanita dan surirumah.

Segalanya sudah saya kongsikan dalam buku dan ebook saya:

1. Buku Jana RM Dari Rumah - terbitan Grup Buku Karangkraf, boleh dapatkan terus dari Mall Karangkraf.

2. Ebook www.janawangdirumah.com - Ini juga ebook asas persediaan bekerja dari rumah. Juga ada temuramah wanita yang bekerja dari rumah.

3. Ebook mula bisnes online/offline - Keterujaan paling ketara para wanita adalah mahu memulakan bisnes butik. Jadi sudah saya kumpul dan jadikan ebook. 

4. Ebook 101 idea bisnes makanan - Khusus buat tuan /puan yang mahu menceburi bidang/industri makanan.

5. Ebook super wahm super mom - Kisah realiti hakikat dan cabaran bekerja dari rumah, saya temuramah wanita yang sudah lama bekerja di rumah. Wajib baca jika mahu bergelar wahm.

6. Ebook 101 idea home based bisnes - Ini yang terbaru, salah satu yang saya kongsikan ialah bagaimana mahu mula dengan apa yang ada. Baca dahulu persediaan asas ini.

Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah
==========================

Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.

Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot.com dan catatan harian di naufalsayang.blogspot.com Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.

Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.

Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog. Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.

Mulakan dengan apa yang ada
====================

Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambilan sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...