Khamis, 5 Februari 2015

Jana Pendapatan Dengan Blog

Banyak persoalan yang timbul tentang cara bekerja dari rumah. Berikut adalah contoh pertanyaan daripada seorang suri kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad. Bagaimana Menjana Income dari Kelas Blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)?

Puan, melalui kelas yang puan syorkan saya tadi, bolehkah saya dapat income juga darinya?
Puan H

Jawapan saya: Masayu Ahmad

Terima kasih kerana bertanya, salam perkenalan dari saya. Blog ini salah satu permulaan saya berhenti kerja, saya di belakang tabir berkongsi dan menulis. Atas niat untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin info dan perkongsian berkaitan dengan bekerja dari rumah khusus untuk wanita dan surirumah.

Segalanya sudah saya kongsikan dalam buku dan ebook saya:

1. Buku Jana RM Dari Rumah - terbitan Grup Buku Karangkraf, boleh dapatkan terus dari Mall Karangkraf.

2. Ebook www.janawangdirumah.com - Ini juga ebook asas persediaan bekerja dari rumah. Juga ada temuramah wanita yang bekerja dari rumah.

3. Ebook mula bisnes online/offline - Keterujaan paling ketara para wanita adalah mahu memulakan bisnes butik. Jadi sudah saya kumpul dan jadikan ebook. 

4. Ebook 101 idea bisnes makanan - Khusus buat tuan /puan yang mahu menceburi bidang/industri makanan.

5. Ebook super wahm super mom - Kisah realiti hakikat dan cabaran bekerja dari rumah, saya temuramah wanita yang sudah lama bekerja di rumah. Wajib baca jika mahu bergelar wahm.

6. Ebook 101 idea home based bisnes - Ini yang terbaru, salah satu yang saya kongsikan ialah bagaimana mahu mula dengan apa yang ada. Baca dahulu persediaan asas ini.

Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah
==========================

Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.

Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot.com dan catatan harian di naufalsayang.blogspot.com Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.

Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.

Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog. Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.

Mulakan dengan apa yang ada
====================

Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambilan sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...