Khamis, 27 Ogos 2015

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi Sendiri


Kelmarin saya ada pemeriksaan rutin di klinik. Alhamdulillah, bacaan Hb (hemoglobin) dalam darah dah ok (11.6). Sebelum ini bacaan Hb berada antara 10.3-10.7 sahaja, menandakan darah kita cair. Bacaan normal mestilah antara 11-13. Puaslah jururawat tu pesan suruh makan itu ini dan cerita tentang keburukan Hb rendah kepada ibu dan bayi dalam kandungan. 

Cara saya meningkatkan kandungan Hb dalam darah:-

1. Tukar dari 4 jenis pil Hematinik yang klinik bagi tu kepada Zincofer yang lebih tinggi kandungan zat besi. Makan pil Zincofer tu 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan dengan air jus atau air masak. Jangan ambil pil dengan susu. Saya ambil dengan jus oren sebab nak bagi hilang rasa loya.

2. Seminggu sekali meratah kerang cicah sos cili atau sambal kicap perah limau. Haruslah lepas ni muak tengok si kerang tu. 

3. Minum Mineral Coffee setiap pagi. Saya memang suka minum kopi atau teh (saya tak cerita kat jururawat sebab nanti kena bebel). Sebelum ni saya bedal semua jenis kopi dan teh. Tapi demi kesihatan, saya cuba Mineral Coffee tu. Sambil guna sambil jual juga hehe. Kalau anda nak beli, wasap saya ye.

4. Minum air limau nipis / lemon, perah sendiri. Kadang saya buat panas, kadang saya letak ais. Nyaman.

Tapi semua ini dengan izin Allah SWT. Kita kena berdoa kepadaNya serta berusaha mencegah dan mengubati.

*******************************************************
Iklan tepi:
Anda boleh beli Mineral Coffee dengan saya. Kesan yang saya sendiri rasa selepas mengamalkan Mineral Coffee sejak 10 Ogos 2015.
  • Hb naik.
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Mengurangkan rasa letih dan lesu.
Jadi anda boleh cuba sendiri untuk melihat kesannya kepada diri anda. Orang yang ada sakit kepala / migran pun boleh minum.

Kebaikan Mineral Coffee:

Linda
sms/wasap 013-2006586

Selasa, 25 Ogos 2015

Apa Kelebihan Berniaga Melalui Instagram?

  1. Bersifat mobil (bergerak) kerana ianya tersimpan di dalam telefon pintar. Malah, kuasa untuk berkongsi gambar ke platform kawanan sosial yang lain lagi mudah dan cepat.
  2. Saiz gambar akan dikecilkan dan boleh diedit mengikut kesukaan. Pengguna juga boleh menambah digital filters kepada gambar mereka. Ini akan menambah seri kepada gambar tersebut.
  3. Penggunaan hashtag (#) yang dapat kita gunakan untuk mengenalpasti sasaran pelanggan. Sebagai contoh, sekiranya kita menjual tudung di lokasi Shah Alam maka boleh gunakan hashtag #shah alam #tudung #murah sebagai lokasi penyimpanan semua gambar kita di dalam Instagram.
Mahu baca lagi? Semuanya ada di dalam ebook "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES".


Hubungi saya,
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Selain itu, Akademi Bekerja Di Rumah juga turut menganjurkan Kelas Asas Blog, Fanpage Dan Beriklan di Instagram bagi usahawan online yang berminat. Nantikan tarikh kelas yang akan datang ya. 

Khamis, 20 Ogos 2015

Dropship ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi sendiri

Biasa orang tanya saya tentang dropship ABDR, apa dan bagaimana?

Tidak semua orang faham atau jelas tentang bisnes dropship. Mungkin ada yang rasa sangsi sebab dikenakan yuran, stok barang tiada depan mata, produk yang disediakan ada orang nak beli ke, berapa banyak komisen yang diterima dan sebagainya. Tak mengapa, kalau tidak tahu boleh tanya.

Uniknya kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), anda akan diajar asas-asas untuk memulakan bisnes online dan membina kedai online anda sendiri. Matlamat kami untuk membantu anda, bukan mengaut keuntungan.

Walaupun ada yang rasa berat dan terdiam setelah dinyatakan kadar yuran, tetapi anda masih boleh bayar secara ansuran melalui Pakej Mampu Milik. Anda akan diberikan ebook sebagai rujukan satu demi satu sehingga selesai bayaran dan dibimbing oleh guru online untuk menyiapkan kedai online. Jika mengikut tugasan dan panduan yang diberikan, Insya Allah kedai online anda akan terpasak dalam carian Google / Yahoo berdasarkan produk dropship yang anda pilih dan promosikan.


Kenapa perlu mula bisnes online secara dropship?

Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula nak belajar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran dan lain-lain.

Saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula belajar berbisnes untuk sertai dropship ABDR. Kami tawarkan produk sambil belajar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Belajar menggunakan blog dan facebook untuk mempromosi produk.

Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama ABDR.

Pilih salah satu:
  1. Dropship Makanan Sunnah 
  2. Dropship Produk Makanan 
  3. Dropship Produk Islamik
  4. Dropship Telekung Solat
ATAU,

Pilih Pakej 2 dalam 1:
  1. Dropship Makanan Sunnah +  Produk Makanan 
  2. Dropship Makanan Sunnah + Produk Islamik
  3. Dropship Makanan Sunnah + Telekung Solat
Lima langkah mudah dengan Dropship ABDR. 
  1. daftar
  2. blog jualan
  3. fanpage
  4. ambil komisyen
  5. urus pesanan pelanggan
Tidak perlu
  1. simpan stok
  2. COD
  3. urus penghantaran
Hubungi saya untuk pertanyaan atau pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Jumaat, 14 Ogos 2015

Berbaloi Dengan Kelas Asas Blog ABDR

Matlamat dan keistimewaan Kelas Asas Blog Penulisan yang dianjurkan oleh ABDR adalah untuk  menulis perkongsian dan pengalaman supaya fokus blog mantap disamping dapat membina kelompok pembaca tersendiri / bakal prospek. Kaedahnya seperti berikut :-
  1. Belajar asas blog (blogspot).
  2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN (jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sebagai panduan) berdasarkan kelompok PEMBACA SASARAN.
  3. Penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
  4. Tukar pembaca kepada PELANGGAN/PEMBELI.
  5. Belajar menulis secara konsisten dan santai.
  6. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca dan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
  7. Kuasai entri dan label yang digariskan oleh ABDR untuk menetapkan diri dalam carian Google dan sebagai kad nama anda di alam maya.


Ulasan / testimoni peserta Kelas Blog Bisnes Penulisan.

Penulis: Nasriah Abdullah
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: ABDR

Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.

Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merealisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.

Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.

Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.

Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.

Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.

Lagi di blog beliau 

Khamis, 13 Ogos 2015

Hibernasi Dan Informasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat pembaca yang dihormati.

Kalau ada yang perasan, sudah lama saya tidak kemaskini blog ini. Maafkan saya kerana terpaksa 'berhibernasi' akibat mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan semua mood untuk menulis dan online di blog dan laman muka buku hilang seketika.

Namun begitu, bisnes online dan pertanyaan tentang produk atau kelas yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih berjalan seperti biasa. Saya cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati pembaca, pelanggan dan bakal pelanggan.

Matlamat keluarga besar kami ABDR adalah untuk membantu wanita dan suri rumah belajar asas-asas bisnes online. Dan kami menuju 2000 ahli untuk tahun 2015 ini.

Pendaftaran setiap hari untuk kelas online dan offline berikut:-
  • Kelas Asas Blog Penulisan
  • Kelas Asas Blog Bisnes Online
  • Kelas Asas Blog dan beriklan di Mudah.my
  • Kelas Asas Blog dan beriklan di Instagram
  • Penulisan ebook pertama
  • Kelas Asas Akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Kelas Penulisan Kreatif
  • Tempahan Blog Bisnes
  • Kelas borong telekung solat
  • Kelas Asas wordpress
  • Pendaftaran Rakan Niaga ABDR
  • Beriklan di Soho Directory

Sekiranya anda mahukan bahan bacaan / mencari informasi berkaitan asas bisnes online / mula bisnes dari rumah, kami mempunyai himpunan ebook yang ditulis sendiri oleh Pengasas ABDR iaitu Pn. Masayu Ahmad. Sesuai untuk suri atau sesiapa yang mahu memulakan bisnes skala kecil atau bisnes dari rumah.

Di antara ebook :-
  • Belajar Asas Blog
  • Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline
  • 101 Idea Home-Based Bisnes
  • Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden
  • 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu
  • Super WAHM Super MOM
  • Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
  • Yeay Mama Sudah Resign
  • Surirumah Juga Boleh Berbisnes
  • 10 Langkah Bina Kedai Online (bakal terbit)
  • Rahsia Bisnes Khadijah Isteri Rasulullah (bakal terbit)
  • dan banyak lagi.

Bagi anda yang sudah ada bisnes tetapi mahu membangun dan mengembangkan lagi bisnes anda, kami di ABDR menyediakan tapak iklan untuk mempromosikan bisnes anda dalam setiap blog ahli kami melalui Soho Directory atau perkongsian dalam ebook. Tujuannya untuk :-
  • Menambah jaringan networking dalam berbisnes.
  • Berkongsi kepada lebih ramai suri yang mahu belajar menggunakan blog dan facebook sebagai medium untuk berjualan produk.
  • membantu pembaca/pelanggan membuat jejak kedai atau blog usahawan/pemilik kedai/pemilik blog melalui carian google.

Pengurus Online
Linda 013-2006586

***************************************************
Ebook Promosi Ogos.

Ebook Yeay Mama Sudah Resign + Ebook 10 Langkah Bina Kedai Online
Bonus Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
Hanya RM50 Sahaja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...