Jumaat, 14 Ogos 2015

Berbaloi Dengan Kelas Asas Blog ABDR

Matlamat dan keistimewaan Kelas Asas Blog Penulisan yang dianjurkan oleh ABDR adalah untuk  menulis perkongsian dan pengalaman supaya fokus blog mantap disamping dapat membina kelompok pembaca tersendiri / bakal prospek. Kaedahnya seperti berikut :-
  1. Belajar asas blog (blogspot).
  2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN (jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sebagai panduan) berdasarkan kelompok PEMBACA SASARAN.
  3. Penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
  4. Tukar pembaca kepada PELANGGAN/PEMBELI.
  5. Belajar menulis secara konsisten dan santai.
  6. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca dan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
  7. Kuasai entri dan label yang digariskan oleh ABDR untuk menetapkan diri dalam carian Google dan sebagai kad nama anda di alam maya.


Ulasan / testimoni peserta Kelas Blog Bisnes Penulisan.

Penulis: Nasriah Abdullah
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: ABDR

Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.

Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merealisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.

Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.

Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.

Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.

Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.

Lagi di blog beliau 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...