Khamis, 27 Ogos 2015

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi Sendiri


Kelmarin saya ada pemeriksaan rutin di klinik. Alhamdulillah, bacaan Hb (hemoglobin) dalam darah dah ok (11.6). Sebelum ini bacaan Hb berada antara 10.3-10.7 sahaja, menandakan darah kita cair. Bacaan normal mestilah antara 11-13. Puaslah jururawat tu pesan suruh makan itu ini dan cerita tentang keburukan Hb rendah kepada ibu dan bayi dalam kandungan. 

Cara saya meningkatkan kandungan Hb dalam darah:-

1. Tukar dari 4 jenis pil Hematinik yang klinik bagi tu kepada Zincofer yang lebih tinggi kandungan zat besi. Makan pil Zincofer tu 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan dengan air jus atau air masak. Jangan ambil pil dengan susu. Saya ambil dengan jus oren sebab nak bagi hilang rasa loya.

2. Seminggu sekali meratah kerang cicah sos cili atau sambal kicap perah limau. Haruslah lepas ni muak tengok si kerang tu. 

3. Minum Mineral Coffee setiap pagi. Saya memang suka minum kopi atau teh (saya tak cerita kat jururawat sebab nanti kena bebel). Sebelum ni saya bedal semua jenis kopi dan teh. Tapi demi kesihatan, saya cuba Mineral Coffee tu. Sambil guna sambil jual juga hehe. Kalau anda nak beli, wasap saya ye.

4. Minum air limau nipis / lemon, perah sendiri. Kadang saya buat panas, kadang saya letak ais. Nyaman.

Tapi semua ini dengan izin Allah SWT. Kita kena berdoa kepadaNya serta berusaha mencegah dan mengubati.

*******************************************************
Iklan tepi:
Anda boleh beli Mineral Coffee dengan saya. Kesan yang saya sendiri rasa selepas mengamalkan Mineral Coffee sejak 10 Ogos 2015.
  • Hb naik.
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Mengurangkan rasa letih dan lesu.
Jadi anda boleh cuba sendiri untuk melihat kesannya kepada diri anda. Orang yang ada sakit kepala / migran pun boleh minum.

Kebaikan Mineral Coffee:

Linda
sms/wasap 013-2006586

2 ulasan:

  1. Nice entry.

    Jaga kesihatan elok2 ya puan :)

    Jemput singgah blog saya ANAKSIHAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Pn. Natrah sudi singgah :)

      Insya Allah..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...