Khamis, 20 Ogos 2015

Dropship ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi sendiri

Biasa orang tanya saya tentang dropship ABDR, apa dan bagaimana?

Tidak semua orang faham atau jelas tentang bisnes dropship. Mungkin ada yang rasa sangsi sebab dikenakan yuran, stok barang tiada depan mata, produk yang disediakan ada orang nak beli ke, berapa banyak komisen yang diterima dan sebagainya. Tak mengapa, kalau tidak tahu boleh tanya.

Uniknya kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), anda akan diajar asas-asas untuk memulakan bisnes online dan membina kedai online anda sendiri. Matlamat kami untuk membantu anda, bukan mengaut keuntungan.

Walaupun ada yang rasa berat dan terdiam setelah dinyatakan kadar yuran, tetapi anda masih boleh bayar secara ansuran melalui Pakej Mampu Milik. Anda akan diberikan ebook sebagai rujukan satu demi satu sehingga selesai bayaran dan dibimbing oleh guru online untuk menyiapkan kedai online. Jika mengikut tugasan dan panduan yang diberikan, Insya Allah kedai online anda akan terpasak dalam carian Google / Yahoo berdasarkan produk dropship yang anda pilih dan promosikan.


Kenapa perlu mula bisnes online secara dropship?

Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula nak belajar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran dan lain-lain.

Saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula belajar berbisnes untuk sertai dropship ABDR. Kami tawarkan produk sambil belajar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Belajar menggunakan blog dan facebook untuk mempromosi produk.

Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama ABDR.

Pilih salah satu:
  1. Dropship Makanan Sunnah 
  2. Dropship Produk Makanan 
  3. Dropship Produk Islamik
  4. Dropship Telekung Solat
ATAU,

Pilih Pakej 2 dalam 1:
  1. Dropship Makanan Sunnah +  Produk Makanan 
  2. Dropship Makanan Sunnah + Produk Islamik
  3. Dropship Makanan Sunnah + Telekung Solat
Lima langkah mudah dengan Dropship ABDR. 
  1. daftar
  2. blog jualan
  3. fanpage
  4. ambil komisyen
  5. urus pesanan pelanggan
Tidak perlu
  1. simpan stok
  2. COD
  3. urus penghantaran
Hubungi saya untuk pertanyaan atau pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...