Rabu, 30 September 2015

Kelas Asas Akaun Bisnes

Pendaftaran kelas asas akaun bulan Oktober sudah dibuka.


1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE.

Tarikh: 18/10/15 Ahad
Masa: 9.30 pg - 12.30 tgh
Yuran: RM150

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-Invois, cash, bil, resit, purchase order. 

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)

Tarikh: 24/10/15 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15 pg - 4.00 ptg
Lokasi: Putrajaya
Yuran: RM250

Modul:
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan.
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan.
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet).
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI.
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya :

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

Asas Persediaan Berhenti Kerja

1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan.

2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja.

3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah.

4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.

Kelebihan bekerja sendiri.

1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.

2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.

3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.

4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign.
Dapatkan ebook ini untuk bacaan lanjut.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Selasa, 29 September 2015

Kelebihan Beriklan Di SOHO ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber dan Gambar: ABDR

Sebagai Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya fokus kepada 3 perkara utama untuk mengajak suri rumah dan suri bekerjaya menjadi pemula usahawan dari rumah 100 % secara online iaitu:-
  1. Kelas Online
  2. Buku Digital (Ebook)
  3. Sewa Tapak Iklan
Untuk tapak iklan, kami ada 2 cara iaitu kekal (tertera dalam ebook keluaran ABDR dan website homestay) atau diperbaharui mengikut tempoh tertentu (SOHO Directory). 

Di sini tidaklah saya menjaminkan bisnes anda yang beriklan dengan kami akan meletup jualannya tetapi beriklan dengan ABDR akan meningkatkan trafik kepada bisnes anda melalui pautan lebih 1000 blog alumni yang dibina bersama ABDR. 

Iklan produk anda akan berada di lebih 1000 blog alumni ABDR. Setiap blog alumni ABDR mempunyai logo iklan SOHO Directory ini akan membawa bersama iklan bisnes anda. Iklan anda dapat dilihat oleh pembaca / bakal pembeli yang singgah atau klik pada pautan.

Ini adalah salah satu cara kami membantu memasarkan produk yang beriklan di SOHO. Selain kaedah pemasaran ini, ia turut bergantung kepada kata kunci dan label hits oleh google dan blogspot.

Antara testimoni yang pernah beriklan dengan ABDR:


Untuk pakej lain SOHO Directory boleh terus lihat di sini.

Bagi usahawan yang berminat untuk beriklan di SOHO Directory melalui pautan pada lebih 1000 blog alumni yang dibina bersama ABDR. boleh hubungi saya untuk tempahan sewaan tapak iklan dari serendah RM50 sahaja.  

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Isnin, 28 September 2015

Buku Digital Dan Buku Fizikal

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR

Buku digital atau lebih dikenali sebagai ebook biasanya dalam format pdf adalah produk yang mudah diakses di gajet elektronik seperti telefon pintar, Ipad, tablet dan komputer.  

Ebook ABDR adalah informasi berkaitan kategori mula bisnes dari rumah. Ebook kami di tulis oleh Pengasas ABDR iaitu Pn. Masayu Ahmad.

Sasaran pembaca dan pembeli ebook ABDR adalah surirumah atau sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes skala kecil atau bisnes dari rumah. Kami sedang berkembang secara konsisten sebagai tempat rujukan. Akan datang, buku digital ini akan diterbitkan dalam naskah buku fizikal selain daripada buku digital.

Antara senarai ebook ABDR :-

1. Ebook Belajar Asas Blog .

2. Ebook Super Wahm Super Mom .

3. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes .

4. Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Offline Online.

5. Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online. 

6. Ebook Panduan Berpantang Tradisional Moden. 

7. Ebook 44 Resepi Berpantang. 

8. Ebook Yeay! Mama Sudah Resign. 

9. Ebook Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes. 

10. Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online.

11. Ebook 101 Idea Bisnes Makanan.

Hubungi saya jika anda berhajat untuk mendapatkan ebook ini. Anda boleh baca ulasan ebook di sini dan antara kandungan ebook di sini.


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Ahad, 27 September 2015

Menulis Untuk Memberi Nilai Kepada Orang Lain

Guru: Pn. Masayu Ahmad
Sumber: ABDR

Pengalaman Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah.

Assalamualaikum.

Bagi memenuhi permintaan mentor saya Puan Masayu Ahmad, hari ini saya ingin berkongsi tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR. Saya adalah pelajar dari Kelas Fatimah, Tutorial Blog & Penulisan Asas.

Saya sebenarnya telah lama mengenali ABDR. Semenjak memulakan perniagaan atas talian pada pertengahan tahun 2013 lagi. Ketika itu saya sedang mencari tempat untuk mempromosi NHD BABY SHOP dan saya jumpa SOHO Directory milik ABDR. Saya bertanya kepada admin ABDR mengenai bayaran iklan yang kemudiannya membawa saya kepada perkenalan dengan dua orang Pengurus ABDR yang ada dalam senarai kawan saya di Facebook. Saya selalu lihat tulisan dan iklan mereka di newsfeed.

Walaubagaimanapun pada ketika itu saya merasakan belum terbuka hati ingin menyertai ABDR atau beriklan di SOHO Directory.

Lebih setahun kemudian, saya tiba-tiba sedar dan merasakan bahawa ada yang kurang, seperti ada yang tak kena, seolah-olah berniaga kerana terpaksa. Saya mampu bertahan selama lebih setahun bukanlah kerana minat yang mendalam tetapi kerana sikap dan tekad saya.

Saya seorang yang suka melakukan terbaik dalam apa sahaja pekerjaan walau pelbagai pahit getir yang melanda. Terus berusaha mengikut arus keadaan dan menimba pengalaman berharga. Itulah perangai saya yang memungkinkan saya melakukan hampir apa sahaja pekerjaan. Antara sebab saya menjadi kegemaran majikan saya ketika masih bekerja dahulu.

Dalam kegelisahan hati saya berdialog dengan Allah SWT memohon petunjuk apakah sebenarnya punca perasaan tidak enak saya. Selepas itu Allah SWT bagi saya sedar bahawa minat saya bukan pada perniagaan tetapi pada penulisan dan perkongsian.

Memandangkan saya telah ada NHD BABY SHOP, saya tidak mungkin meninggalkan kedai atas talian ini begitu sahaja sedangkan telah banyak wang, tenaga dan buah fikiran yang telah saya laburkan di situ. Jadi saya membuat keputusan untuk menulis ulasan mengenai barang kedai yang saya guna di samping membuat promosi. Dua dalam satu. Minat dapat dipenuhi, perniagaan juga berjalan.

Saya mula menulis di blog lama saya www.nhdbabyshop.blogspot, ketika itu saya mula mencari guru untuk belajar menulis. Bagi saya, saya memerlukan seorang guru. Kemudiannya terjumpa kawan yang telah sebulan menyertai ABDR. Saya kemudiaanya mencari info tambahan sebelum membuat keputusan untuk menghubungi pengasas ABDR, kak Masayu Ahmad.

Dengan Kak Masayu, saya ceritakan apa yang terjadi dan bagaimana saya rasa terlalu ingin menulis kerana minat dari kecil tetapi ingin meneruskan perniagaan online saya yang ada, Kak Mas kemudiannya mencadangkan saya menyertai kelas penulisan bisnes. Saya belajar menulis dengan mudah sambil menjaga anak di rumah sahaja.

Di Kelas Fatimah, Kak Masayu melakukan analisa dan memberi arahan tugasan yang amat mudah. Bina blog mengikut arahan beliau dan buat 44 entri. Jadi saya buat tanpa banyak soal.

Mulanya ada banyak keraguan juga tetapi setelah diberi contoh kepada persoalan saya, saya faham dan terus menulis tanpa henti. Kami juga di ajar supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Di ABDR juga kami diajar bagaimana tulisan menarik kami di Facebook juga kadang-kadang boleh menjadi entri di blog.

Selain belajar, saya juga berpeluang berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan sekelas mengenai beberapa perkara, contohnya penggunaan #hashtag dan aplikasi blogger di telefon pintar. Seronok jadi seorang yang memberi nilai pada orang lain. Saya pula yang mengajar Kak Masayu dan kawan-kawan kan? Kelakar pula bila di ingat semula.

Asalnya yang dipinta Kak Masayu cuma 44 entri tetapi kerana kekangan masa menulis, bekerja dan menguruskan anak tanpa sedar entri ini telah menjadi entri ke-50 saya. Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur pada yang Maha Esa.

Saya cuba untuk menulis setiap hari, tetapi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, ada juga kadang-kadang terbabas sehari dua. Tetapi saya yakin dan percaya diri akan terus menulis selagi Allah SWT kurniakan kudrat dan idea.

Bagi yang ingin menyertai ABDR dan bertanya saya berbaloikah menyertai? Pada saya, kenapa tidak? Di sini anda akan mengenali ramai orang, banyak ilmu yang boleh ditimba dari rakan-rakan. Malah jika tidak salah saya sekiranya anda ingin berniaga tetapi tiada produk, juga boleh menyertai rangkaian ABDR. Belajar sampai tamat dan kemudiannya menghasilkan produk e-book sendiri ataupun menjadi ejen dropship.

Yang penting, belajar dan ikut arahan cikgu online, tanya kalau tak faham tetapi kalau tak faham juga hanya terus buat, lama-lama akan faham. Itu cara saya. Ayat yang selalu cikgu online saya guna untuk menegur saya apabila banyak sangat idea hendak dibuat "pelan-pelan kayuh". Jadi, saya juga ingin cakap benda yang sama dengan anda, pelan-pelan kayuh. Di sini tiada paksaan.

Dengan ABDR, saya memperolehi ilmu, rakan-rakan yang baik dan rangkaian perniagaan. Cita-cita saya sekarang adalah ingin menjadi penulis yang berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah.

*****************************************************

Matlamat dan keistimewaan Kelas Asas Blog Bisnes yang dianjurkan oleh ABDR adalah untuk menulis perkongsian, pengalaman dan kepakaran dalam membina jaringan / prospek. 

Kaedahnya seperti berikut :-
  1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis.
  2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
  3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
  4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan (produk digital dan produk fizikal).
  5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
  6. Asas kedai online, borang tempahan dan lima label utama.
  7. Pautan ke blog dan fanpage.
  8. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
  9. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.
  10. Kita jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya Allah.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Sabtu, 26 September 2015

Menimba Ilmu Mestilah Berguru

Teks: Rozanah Zakaria
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: ABDR

Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys.

Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye!

Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)

Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!

Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?

Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantaau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?

Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)

******************************************************


Jika sudah bersedia, boleh mendaftar untuk bersama keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan surirumah secara online. ABDR menyediakan 3 jenis kelas blog yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.

1. Kelas Blog Penulisan - menulis berdasarkan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada. Contohnya anda minat memasak, kongsikan resepi, rahsia dan tips-tips masakan di dalam blog. Ia boleh dijadikan panduan kepada pembaca yang mengikuti penulisan anda dan secara tidak langsung blog anda akan menjadi salah satu daripada kaedah pemasaran. Dapat menukar pembaca kepada prospek pelanggan.

2. Kelas Blog Bisnes - membina kedai atas talian (online) berdasarkan produk atau servis. Contohnya produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan seterusnya. Kelas ini sesuai untuk surirumah yang tiada asas atau pengetahuan tentang urusniaga online. Kepada anda yang hendak memulakan berniaga, tetapi tidak tahu cara atau tidak ada produk, pilih Kelas Blog Bisnes.


3. Kelas Penulisan Kreatif - anda ada idea untuk menulis cerita dan mahu menghasilkan cerpen / novel sendiri. Belajar menggunakan ayat dan tertib yang betul daripada guru berpengalaman menulis.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Jumaat, 25 September 2015

Cabaran Bisnes Makanan

Pada Oktober 2011 saya telah membuat keputusan untuk menceburi bidang makanan. Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk mencuba menjual sambal yang di panggil SAMBAL IKAN BILIS RIQZMIE ini. Kami melihat ia bakal mempunyai pasaran yang luas memandangkan penduduk Malaysia rata-ratanya bekerja dan sibuk. Ini dapat memenuhi keperluan mereka yang sudah tentu memerlukan produk yang mudah dan cepat untuk dipelbagaikan dalam hidangan.

Mungkin bila sebut bisnes online, pasti ramai yang membayangkan ia senang dan modal yang diperlukan juga kecil. Tetapi sebenarnya bisnes online memerlukan modal yang besar jika ingin cepat maju. Walau bagaimanapun dengan modal yang kecil, perlaksanaan bisnes boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Dengan modal yang besar, pemasaran secara online dapat dilakukan dengan secara meluas. Ini semua memerlukan kos yang agak besar. Tanpa modal yang besar, perancangan untuk mengembangkan bisnes juga akan tersekat. Pinjaman modal dari bank juga akan menjadi susah kerana bisnes tidak mempunyai premis. Jadi untuk mengumpul modal secara perlahan-lahan agak mencabar juga.

Resipi asal SAMBAL IKAN BILIS RIQZMIE adalah dari resipi bapa saya. Resipi yang mudah sahaja tetapi agak leceh untuk dibuat untuk bisnes. Pada mulanya saya menjual sambal menggunakan resipi asal dan lihat komen dari pelanggan. Berbulan juga kami mencari dan mencuba untuk menghasilkan sambal yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan. Walaupun masih ada lagi kekurangan dari pelbagai sudut, di atas sebab teknologi yang memerlukan kos yang agak mahal jadi kami teruskan dengan resipi ini dahulu.

Pada peringkat awal ada pelanggan yang suka dan ada yang tidak suka dengan hasil produk kami. Setiap komen dan maklumbalas dari pelanggan kami terima dengan positif dan cuba memperbaiki mutu dan rasa sambal kami.

Ada juga pelanggan yang memberi pendapat dengan kata-kata yang tidak sedap didengar membuatkan kami rasa amat tertekan. Ditambah dengan masalah dari syarikat penghantaran membuatkan pelanggan selalu marah-marah tidak puashati dan menuduh kami menipu mereka.

Namun syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini rasa dan kualiti kami telah dapat diterima oleh majoriti lapisan masyarakat.

Mahu baca lagi kisah motivasi inspirasi usahawan bisnes makanan? Dapatkan ebook 101 Idea Bisnes Makanan. 

Sekarang masih dalam Pakej Promosi September, 3 ebook hanya RM 50 sahaja! Cepat sebelum tamat ;)


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Khamis, 24 September 2015

Teknik Meningkatkan Paparan Blog

Penulis : Umi Arbee Ali
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : ABDR

Uniknya Bergabung dengan ABDR

Entri pertama saya di blog ini bertarikh 13 April 2015. Sehingga ke hari ini lebih kurang 2 bulan sudah berjaya mencuri perhatian pembaca 1,006 pageviews.

Ada tekniknya yang percuma sahaja boleh diusahakan sendiri tak perlu bayar iklan.

1. Menulis tentang kebaikan produk/servis, bukan nawaitu menjual semata-mata. Usah segan sebarkan kebaikan. Masih ada anak dara yang tak pandai menumbuk membuat sambal belacan asli kan.

2. Tajuk sangat penting. Fikirkan tajuk yang sekali imbas pembaca tertarik. Letak diri dalam kasut pembaca. Jadilah wartawan Harian Metro.

3. Bercerita dalam penulisan. Elakkan promosi iklan terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan selang seli selitkan cerita, nasihat, tips yang berguna. Pelik juga kedai kain kedai perabot setiap hari jualan murah cuci gudang.

4. Jadi lebih kreatif. Guna gambar menarik, audio atau video. Ada orang suka 123, ada yang suka kartun, ada yang suka gambar makanan sedap menyelerakan tapi ulat buku suka karangan panjang berjela.

5. Pertukaran link blog. Inilah unik untungnya bergabung dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ia sangat bantu menaikkan ranking blog. Ia umpama IG swap review. Tapi kuasa kemampuannya lebih jauh hebat dari itu.

Blog ibarat raja apabila google ia dengan mudah berada di mukasurat pertama. Tak percaya cuba google qaseh gold bangi, dan cari di mana blog saya berada. Walaubagaimanapun, mesti rajin update blog.
Alumni ABDR Di Media
Apa pilihan kelas popular di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

Bagaimana sesi kelas ini berlangsung?
-Selepas faham masalah/kehendak.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka.
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa, tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja anda berada.

Pendaftaran untuk Kelas Blog Penulisan Kreatif sedang berlangsung. Kadar yuran hanya RM 250 dan automatik diserap sebagai Pengurus Online ABDR.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi saya untuk pendaftaran dan pertanyaan tentang kelas atau pembelian ebook.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Rabu, 23 September 2015

Pengalaman Memulakan Bisnes Makanan

Cabaran kami bermula dari untuk mendapatkan modal perniagaan. Modal tersebut untuk digunakan mengubahsuai bahagian bawah rumah kami untuk dijadikan bengkel dan juga untuk membeli peralatan yg berkaita seperti mesin. 

Untuk permulaan kami telah berjaya membuat pinjaman dengan TEKUN NASIONAL sebanyak 20k disamping dengan simpanan sendiri yang tidak seberapa. Setelah semuanya selesai, dengan rasminya bisnes kami bermula. 

Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk mencari pelanggan. Sebelum kami mula jual produk kami kepada pelanggan, kami telah menguji terlebih dahulu produk kami dengan cara memberi ujirasa kepada penduduk setempat, rakan-rakan, jiran-jiran, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya. Setelah mendapat respon yang baik, baru la kami mula membuat pengeluaran produk makanan sejukbeku iaitu karipap frozen, beberapa jenis pizza frozen, pau dan juga samosa frozen.

Pengalaman suka duka yang kami hadapi untuk memulakan bisnes ini, kami terpaksa membawa anak yang masih kecil yg pada masa itu baru habis pantang setiap pagi untuk menghantar produk (tetapi dah siap sedia untuk dimakan) ke gerai-gerai di sekitar pekan Kg. Gajah.

Kemudian kami juga menghantar produk frozen di kedai-kedai yang menjual produk sejuk beku. Tetapi tidak lama kerana kedai-kedai tersebut tidak menjaga dengan baik produk yang kami hantar. Jadi kami nekad untuk menjual dan memasarkan produk tersebut sendiri sahaja. Alhamdulillah oleh kerana di kawasan saya tidak ada lagi pengusaha yang berniaga produk seumpama ini, produk hasilan kami mendapat tempat terutamanya Pizza Sejuk Beku. Maklum lah, di kawasan saya susah nak dapatkan pizza, perlu pergi ke bandar besar baru boleh dapatkannya, namun begitu harganya agak mahal.

Tidak lama selepas itu, produk kami telah dapat dikesan oleh pihak Jabatan Pertanian Perak Tengah dan mereka bersetuju memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan jumlahnya bernilai 10k. Dengan bantuan tersebut, kami mengorak langkah dengan lebih jauh lagi untuk memperluaskan lagi bisnes ini. Pihak Jabatan Pertanian melihat kami sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini, mereka telah menawarkan secara kontrak untuk kami beroperasi di Pusat Aperantis di Padang Kangar Parit, Perak. Walau bagaimana pun, kami beroperasi di Pusat Aperantis tersebut selama beberapa bulan sahaja atas sebab perjalanan dari rumah ke pusat aperantis mengambil masa selama 40 minit dan juga dalam masa yang sama, saya terpaksa meninggalkan opah saya yang juga seorang OKU (cacat penglihatan) seorang diri di rumah untuk tempoh masa yang agak panjang. Jadi untuk mengambil langkah selamat, kami terpaksa menamatkan kontrak dan berbalik beroperasi semula di rumah.

Untuk meneruskan kelangsungan bisnes ini, setelah berpindah semula ke rumah, kami mengambil kesempatan untuk mempelajari pelbagai jenis kek continental. Kami amat bertuah kerana ada seorang tauke kedai bakeri yang berbangsa Cina sudi mengajar kami daripada asas sehinggalah kami boleh buat kek. Kami tidak berhenti di situ, saya terus mencari sifu-sifu kek yang terkenal di Malaysia ini.

Pada masa yang sama masih terus belajar dengan tauke Cina tersebut. Kami belajar membuat kek di serata tempat. Antara chef yang kami belajar, Chef Ame Hamxa, Chef Khairi Anuar dan juga tauke bakeri berbangsa Cina.

Kemudian kami juga belajar membuat pelbagai jenis roti sebagai punca pendapatan sampingan. Kami telah melabur untuk tujuan mencari ilmu ini hampir 20 ribu sejak kami bermula sehingga kini. Sampai sekarang saya masih belajar jika ada perkara baru yang belum saya belajar. Alhamdulillah, kami telah dikenali bukan sahaja dalam bidang memproses makanan sejuk beku tetapi juga dalam bidang kek dan bakeri.

Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan.

Siapakah usahawan ini? Dapatkan ebook ini sekarang dalam Pakej Promosi September. 3 ebook hanya RM 50 sahaja.


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Selasa, 22 September 2015

Ada Apa Dengan #Hashtag?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dalam group whatsapp dengan kawan-kawan, ada cerita tentang kebaikan simbol # untuk entri di blog, facebook dan Instagram. Nanti senang nak cari semula perkara/nota atau perkataan yang ditandakan # tu. Jejak carian di Google pun mudah terpapar di mukasurat pertama. Sekarang # dimana-mana pun akan keluar.

Saya ni baru ambil tahu pasal #, lagipun saya kurang aktif di facebook. Cuma rajin menulis di blog ini sahaja, itupun bukan buka blog setiap hari. Entri yang keluar tu dah set siap-siap (scheduled post) untuk sekian hari guna Auto Publish. Tapi nak kena cuba la guna simbol # dalam blog ni.

Jadi saya pun minta tolong Encik Google cari tentang # dan tertarik dengan perspektif seperti di bawah ini. Bagi yang belum tahu atau kurang tahu macam saya, jom kita sama-sama baca.


Hashtag merupakan simbol # yang sememangnya ada di semua gadget yang mempunyai keyboard seperti komputer, telefon bimbit/pintar dan tablet. Sebelum wujudnya banyak laman sosial, simbol hashtag ini kurang popular penggunaannya.

Namun ia kini merupakan antara simbol yang sering diguna oleh pengguna laman sosial seperti Twitter dan Instagram. Semakin hari semakin ramai yang tegar menggunakannya. Ia menjurus kepada persoalan tentang fungsi dan tujuan penggunaan simbol hashtag. 


Gambar diatas menunjukkan bahawa kebanyakan trending di Twitter bermula dengan simbol # dan ini merupakan perkara yang sering dilihat hampir setiap hari.

Apakah fungsi sebenar penggunaan #hashtag dilaman sosial?

Bagi pengguna twitter, simbol tersebut sudah sinonim. Tujuan # atau hashtag diletak diawal perkataan adalah bagi memudahkan carian sesuatu perkara yang ditweet seperti #SayaLapar. Jadi, apabila saya klik #SayaLapar, maka saya akan melihat senarai tweet yang menggunakan #SayaLapar tidak kira sama ada saya follow atau tidak follow pengguna berkenaan.

Di Instagram pula, penggunaan hashtag diawal perkataan berfungsi sama seperti di Twitter. Namun ia juga berfungsi membuatkan gambar yang dimuatnaik tersebut menarik lebih ramai pengguna melihat gambar tersebut.

Penggunaan hashtag ini juga telah tersebar ke Facebook. Namun ramai yang mempertikaikannya. Dari perspektifku, jika anda menggunakan hashtag diawal perkataan di Facebook adalah lebih baik anda berhenti menggunakannya sekarang kerana tiada apa fungsi pun sebenarnya.

Kesan penggunaan hashtag.

Hashtag adakalanya mendatangkan kebaikan dan adakalanya menjengkelkan (annoying). Kebaikannya datang apabila ia amat membantu dalam memudahkan carian tentang suatu topik yang sedang diperkatakan ramai seperti yang dinyatakan diatas iaitu penggunaan ‘#SayaLapar’.

Hashtag juga memudahkan pengguna Twitter berdiskusi tentang suatu topik. Misalnya kini menjelang pilihanraya ke-13, penggunaan #PRU13 membuatkan lebih ramai mendapat info terkini tentang PRU-13. Ini membuktikan bahawa penggunaan hashtag merupakan cara paling mudah untuk menyebarkan maklumat terkini.

Malah, jika kita meneliti trending di Twitter setiap hari, sudah pasti akan ada beberapa topik yang trending mempunyai simbol # diawal perkataan. Justeru ia menunjukkan juga bahawa sesuatu topik akan mudah menarik lebih ramai untuk tweet tentang ia jika hashtag diguna.

Selain itu, penggunaan hashtag dalam tweet boleh diguna untuk membuatkan sesuatu perkataan itu sebagai ‘punchline’ atau penarik untuk lebih ramai yang membaca tweet tersebut. Di samping itu, ia menyerlahkan mesej yang ingin kita sampaikan dalam tweet tersebut.

Walaubagaimanapun, hashtag boleh menjadi suatu yang menjengkelkan terutamanya apabila terlalu banyak hashtag diguna untuk hanya satu Tweet atau satu gambar di Instagram sahaja. 

Ada yang berpendapat dengan cara ini ia akan meningkatkan peluang lebih ramai yang akan ‘Like’ gambar tersebut. Misalnya gambar yang dimuatnaik ialah seekor kucing dan kita guna hashtag #Cat , dan apabila ada pengguna Instagram yang membuat carian #Cat peluang gambar kita dilihat lebih ramai dan dapat lebih ‘Like’ adalah tinggi.

Namun, ada juga yang berpendapat jika terlalu banyak hashtag untuk satu gambar, ia seakan-akan seseorang itu memang mahu banyak Like. Malah ada yang mengatakan mereka yang terlalu banyak menggunakan hashtag untuk satu gambar adalah ‘attention seeker’.

Penggunaan hashtag boleh juga menjengkelkan apabila ia disalahguna seperti bukan mahu menyampaikan mesej atau topik tetapi untuk mengutuk seseorang secara tidak terus ataupun ‘indirect’. Ini biasanya dilihat dengan penggunaan #PleaseTerasa.

Dari perspektifku, ia berbalik kepada asas iaitu niat dan tujuan masing-masing tentang penggunaan hashtag. Tak semestinya yang guna banyak hashtag ini adalah ‘attention seeker’ atau berniat mahu mengutuk seseorang.

Gunakanlah hashtag sebetulnya.

Secara kesimpulannya, penggunaan hashtag merupakan suatu cara untuk membuatkan interaksi pengguna-pengguna laman sosial lebih menarik dan menyerlah. Di Twitter ia amat memudahkan kita berdiskusi tentang sesuatu topik di samping berkongsi maklumat terkini.

Walaubagaimanapun penggunaan hashtag ini boleh menimbulkan perasaan kurang senang apabila ia disalahgunakan seperti yang telah dinyatakan diatas. Namun setiap pengguna laman sosial mempunyai hak untuk menggunakan hashtag tanpa limit.

Malah setiap pengguna mempunyai pandangan yang berlainan tentang fungsi hashtag. Bukalah minda kita untuk menerima pandangan orang lain.

Lain orang lain perspektif, Ini Perspektifku.

Kelas Blog Online Untuk Semua Golongan

Penulis : Faten Fattah
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : ABDR


Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage & Beriklan di Instagram. 

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WAHM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak.

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Apa tunggu lagi? Jom sertai saya dan rakan-rakan dalam Kelas Asas Blog & Fanpage. Insya Allah, semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita usahakan. Dunia dan akhirat. Aamiinn.

*******************************************************
Pilihan senarai kelas online / offline ABDR:-
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas mula bisnes online.
3. Kelas akaun untuk bisnes kecil
4. Kelas penulisan ebook pertama.
5. Kelas penulisan kreatif.
6. Kelas borong telekung solat.
7. Kelas asas wordpress.
8. Kelas beriklan di instagram.
9. Kelas mula bisnes makanan sunnah.
10. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online ABDR.
11. Kelas beriklan mudah.my
12. Beriklan dengan kami di soho directory.
13. Iklankan Homestay.


Hubungi saya untuk pendaftaran kelas.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Isnin, 21 September 2015

Kelas Blog di Whatsapp

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Screenshot


Tahun lepas, sebelum saya menyertai ABDR, saya tidak ada akaun facebook pun. Saya cuma tumpang facebook suami kalau perlu sahaja. Saya tidak ambil tahu sangat pasal aplikasi pada masa itu - Whatsapp ke, Wechat ke, Viper ke, Line ke. Agak ketinggalan di situ sebab belum guna smartphone ;p

Selepas mendaftar dengan ABDR, barulah saya belajar buat akaun facebook dan blog sendiri dengan panduan daripada guru online melalui nota dan tips penulisan dalam group rahsia kami di facebook. Ramai rakan-rakan kelas serta boleh berkongsi idea dan pendapat.

Tapi sekarang, ada macam-macam cara hendak belajar. Ada ilmu yang berbayar dan ada ilmu yang boleh didapati secara percuma sekiranya rajin mencari. 

Kenapa perlu belajar menulis di kelas blog?

Sebab semua orang sudah ada bakat menulis sejak zaman sekolah rendah lagi, boleh mengarang ayat ikut suka hati. Tetapi perlu ada perbezaan untuk menulis blog yang berinformasi supaya mendapat aliran trafik pembaca yang tinggi dan secara tidak langsung membantu kita menjana pendapatan. Oleh itu, perlulah belajar cara menulis blog yang betul. 

Dan terkini sudah berlangsung kelas membina blog secara online ABDR melalui aplikasi Whatsapp, khas untuk anda yang tiada akaun facebook. 

Namun digalakkan peserta menggunakan facebook untuk masuk kelas kerana dalam group kelas di facebook, lebih banyak perkongsian dan tip penulisan yang akan dikongsikan setiap hari.

Bagaimana kelas blog ABDR dijalankan?
  1. Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook / Whatsapp.
  2. Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan.
  3. Nota tutorial bergambar lengkap disediakan.
  4. Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm.
  5. Masih boleh ikuti tutorial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.
  6. Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE.
Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Khamis, 17 September 2015

Pilih, Daftar Dan Mula

Apa pilihan kelas popular di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

Bagaimana sesi kelas ini berlangsung?
-Selepas faham masalah/kehendak.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka.
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja anda berada.

Terkini, pendaftaran untuk Kelas Blog Penulisan Kreatif sedang berlangsung. Kadar yuran hanya RM 250 dan automatik diserap sebagai Pengurus Online ABDR.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi saya untuk pendaftaran dan pertanyaan tentang kelas atau pembelian ebook.


Pengurus Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...