Isnin, 21 September 2015

Kelas Blog di Whatsapp

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Screenshot


Tahun lepas, sebelum saya menyertai ABDR, saya tidak ada akaun facebook pun. Saya cuma tumpang facebook suami kalau perlu sahaja. Saya tidak ambil tahu sangat pasal aplikasi pada masa itu - Whatsapp ke, Wechat ke, Viper ke, Line ke. Agak ketinggalan di situ sebab belum guna smartphone ;p

Selepas mendaftar dengan ABDR, barulah saya belajar buat akaun facebook dan blog sendiri dengan panduan daripada guru online melalui nota dan tips penulisan dalam group rahsia kami di facebook. Ramai rakan-rakan kelas serta boleh berkongsi idea dan pendapat.

Tapi sekarang, ada macam-macam cara hendak belajar. Ada ilmu yang berbayar dan ada ilmu yang boleh didapati secara percuma sekiranya rajin mencari. 

Kenapa perlu belajar menulis di kelas blog?

Sebab semua orang sudah ada bakat menulis sejak zaman sekolah rendah lagi, boleh mengarang ayat ikut suka hati. Tetapi perlu ada perbezaan untuk menulis blog yang berinformasi supaya mendapat aliran trafik pembaca yang tinggi dan secara tidak langsung membantu kita menjana pendapatan. Oleh itu, perlulah belajar cara menulis blog yang betul. 

Dan terkini sudah berlangsung kelas membina blog secara online ABDR melalui aplikasi Whatsapp, khas untuk anda yang tiada akaun facebook. 

Namun digalakkan peserta menggunakan facebook untuk masuk kelas kerana dalam group kelas di facebook, lebih banyak perkongsian dan tip penulisan yang akan dikongsikan setiap hari.

Bagaimana kelas blog ABDR dijalankan?
  1. Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook / Whatsapp.
  2. Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan.
  3. Nota tutorial bergambar lengkap disediakan.
  4. Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm.
  5. Masih boleh ikuti tutorial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.
  6. Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE.
Hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...