Jumaat, 11 September 2015

Kelas Blog Penulisan Kreatif ABDR

Khas untuk mereka yang mahu belajar menulis cerpen. Bila sudah mahir tulis cerpen, Insya Allah boleh tulis novel pula.

Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? 
Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik.

Cerpen bermaksud cerita pendek. 
Ada juga istilah cerkon : cerita kontot/cerpen kontot, cerpan : cerpen panjang, cerpen bersiri tetapi itu semua istilah. Di dalam dunia penerbitan karya fizikal, buat masa sekarang, hanya tiga konsep karya yang diketengahkan; cerpen, novelet dan novel.

Cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. 

Kriteria cerpen adalah seperti berikut:

1. Maksima 10 muka surat (lebih kurang 2000 patah perkataan) - bagi cerpen kanak-kanak 4 muka surat.

2. Kebiasaannya menggunakan sudut pandangan orang pertama, aku, saya.

3. Wataknya kurang daripada 4.

4. Latarnya terhad.

5. Plotnya ringkas (hanya 1) dan pantas (pengenalan/konflik/twist/peleraian).

Novelet pula berada di antara cerpen dan novel. Kriterianya ialah jumlah perkataan yang diperlukan iaitu sekitar 20 000 patah perkataan. Tak perlu kira, aplikasi Words tu kan ada perisian Count Word.

Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200-250 dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat.

Kami sudah buka pendaftaran untuk kelas penulisan kreatif. Kita belajar bersama salah seorang penulis novel, juga guru online penulisan kreatif ABDR.


Minat ke berminat? Hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...